"Susu ibu bergitu berharga"

Salam...

Syukur..syukur..alhamdullilah..masih ada kudrat nak menulis...yeay..still counting my day to complete 1 year of breastfeeding and aimi's birthday..1 more day to go..hmmm..breastfeeding akan kuteruskan lg sunnahMu itu..kerana "susuibu begitu berharga". 

Ok this time nak cerita pasal susu tepung nie kecoh pasal susu yg pengeluaran di tarik balik dari pasaran.

Bab-bab niela CheRus kureng agak kureng suka walaupun bende in masih tidak pasti punca utama..hmmm..my conclusion..breastmilk always the best!!..say no to milk powder if you agree and if you can ..trully takdelah nak bias sgt pasal susu tepung nie..as my 1st kid masih guna milk powder till now...he..he..say no to milk powder for your infant..he/she deserved your breastmilk! bercerita mengenai susu ibu..ada cerita menarik dan mybe boleh kita fikirkan bersama...

Last week..Che Rus terima panggilan dari 'urgent' customer untuk membeli breastpump.baru je bersalin 2 minggu..memandangkan only 1 unit available for booking dan hanya akan sampai minggu depan..so terpaksela excused..to that customer..ok..ape yg menariknya...?..saje bertanya..kenapa urgent sgt nak breastpump?jawapannya adalah terlalu letih, every 1 hour ..2 hour nak menyusu and malam bangun kerap nak susu..errrkss..terdiam juga CheRus  :-P bukankah itu normal bagi sesorg ibu yg melahirkan?..baby yg baru lahir akan kerap menyusu sbb susu ibu muadah absorb and digest  ...apa pendapat anda..pengorbanan sesorg ibu..letih.?..sakit?..tolak tepi..aje....bila tgk baby menghisap susuibu adalah masa yang amat berharga..indah kan?..

Will always miss this moment..

mmg jd kenangan nanti..gunakan masa itu sepenuhnya degn direct feed selagi kita mampu untuk bersama...maksud CheRus..bg wanita yang bekerja..masa confinement adalah masa yg sepatut digunakan sepenuhnya untuk direct feed...Che Rus ingat setiap wanita yang melahirkan 'ready' utk menghadapi tanggungjawab seorg ibu?...hi..hi..ok apepun persediaan mental and fizikal adalah amat penting..bg ibu baru...melalui pembacaan sedikit sebanyak dapat membantu...

Ok..insyaAllah sambung esok ye...birthday Aimi...hi..hi (kalau sempat nak memblog) :-P

Salam manis dari CheRus


Tik..tok..tik..tok...dah nak cukup setahun

Salam,

Tik tok..tik tok...yeah dah nak 15 february...tarikh itu juga CheRus menantikan Aimi genap 1 tahun...bermakna genap juga perjalanan breastfeeding CheRus selama setahun..insyaAllah dan Allhamdulillah...

Sekejap je masa berlalu..sebagai suri rumah tak banyak masalah utk breastfeed anak nie...yelah sentiasa ada bersama kan..kelebihannya adalah boleh bg direct feed berbanding bottlefeed..dan baby mendapat manfaat susu yg paling fresh dan juga ikatan kasih yang lebih akrab... ..letih?..tetap letih..mmg terasa berbeza masa penyusuan ketika bekerja. Cabaran pun berbeza...apapun diri sendiri yang boleh mangatasi segala cabaran yang ada..tak yah nak excuse2 pun...nak kurus?..tak pakai alat ape pun?..just breastfeed..insyaAllah boleh kurus nya la...CheRus pun maintain 44 or 45 kg sekarang..tak yah lah nak cari alat2..ker..pil kurus ker..hu..hu..

Ok bercerita mengenai breastfeed ni..rasa masih jauh lagi perjalanan CheRus..setahun lagi ker?...tak tahu cabarannya cemane pulak..hmm..apepun CheRus sgt kagum dgn MommaMia dgn kegigihan beliau dalam meneruskan cabaran breastfeeding walaupun bekerja dan pada masa yang sama kene travel...ke luar negara...banyak tips2 yg boleh dipelajari dari beliau..jom baca kisah dia


Alhamdulillah, alhamdulillah.. alhamdulillah.... today genap 1 tahun 10 bulan perjalanan penyusuan lil genius Dzakirah... Ada 2 bulan lagi kami perlu bertahan dalam menjayakan misi penyusuan kami... Semoga momma sentiasa diberi sekeping hati yang "degil" dan cekal untuk terus berusaha dan menjayakan penyusuan susu ibu untuk lil Dzakirah.Doakan kami berjaya. Tuhan sahaja yang dapat membalas segala doa anda itu... 

Alhamdulillah ini pencapaian terbaik sepanjang tempoh penyusuan mommaMia. Semasa Damia kami berjaya sehingga 1 tahun 2 bulan. Tu pun sebab mengandungkan lil Dzakirah & end-up Damia diberikan formula & wean off selepas lil Dzakirah dilahirkan. Tu cerita lama & itu juga sebagai penguat untuk mommaMia berjuang untuk penyusuan lil Dzakirah sehingga ke hari ini... I never care berapa banyak saya ada berbanding org lain, atau berapa org lain ada berbanding saya, yang saya tau susu-susu saya cukup utk lil Dzakirah hingga 2 thn JIKA sy rajin memerah mengikut rutin. 

Sesungguhnya dugaan selepas mendapat Master Degree 1 tahun 6 bulan maha hebat. Serius, tanpa ilmu & support memang boleh give-up... Pesanan en suami sentiasa tersemat & berbisik-bisik dicorong telinga ni...





CheRus jadikan tips yang diberikan sebagai panduan dan semangat beliau yang patut dicontohi..ok jumpa lagi di lain entry..oh ye jgn lupe promosi yang sedang berjalan..sebarang masalah berhubung terus dgn CheRus ya

Salam manis dari CheRus..


Sharing : Perjuangan dan perjalanan penyusuan yang belum selesai

Salam,

Hari nie melihat ceramah mengenai breastfeeding..iye breastfeeding is sunnah..husband and wife..should together support this sunnah.this responsible bukan hanya tanggungjawab isteri sahaja...owh husband please watch this video and understand it..Islam itu indah

And yes for Aimi another great year for aimi to keep on breastfeed..really hope I will achieve it..insyaAllah and semoga Allah mempermudahkannya..amiin..

attached here the video.share and share for something yg baik...see it! and enjoy it! and don't forget to understand it :-)


Salam manis dari CheRus


Sharing : Ketua Pediatrik HKL: Derma susu ibu ikut syarak

ANITA ABU HASSAN, SUHARNE ZAINUDIN & FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN
January 23, 2012



KUALA LUMPUR - Program pendermaan susu ibu yang mengikut tuntutan syarak dijangka akan mula dilaksanakan di hospital-hospital kerajaan di negara ini tahun ini, kata Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Hussain Imam Muhammad Ismail.
Beliau berkata,rancangan mewujudkan program itu telah diluluskan Kementerian Kesihatan selepas perbincangan antara pakar-pakar pediatrik seluruh negara.
 
“Semua pakar bersetuju melaksanakan program ini secara rasmi me­ngikut mekanisme ditetapkan. Ianya kini berada di peringkat akhir sebelum pelaksanaan,” katanya kepada  Sinar Harian.

Pakar kanak-kanak itu berkata, susu ibu adalah nutrien yang amat penting terutama bagi pembesaran bayi pra-matang jadi program derma susu itu akan memberi manfaat besar kepada bayi yang memerlukan.
 
Dr Hussain berkata, program derma susu ibu ini akan dijalankan mengikut hukum syarak bagi me­ngelakkan berlaku masalah dari segi nasab dan keturunan.
 
Menjelaskan lebih lanjut mengenai proses pendermaan di bawah program itu, Dr Hussain berkata, pihak hospital akan membuat pengumuman di wad-wad bersalin jika terdapat ibu yang mempunyai lebihan susu untuk didermakan, dan akan mengenal pasti ibu yang memerlukan bekalan susu.
 
Beliau berkata, wanita penderma akan dipastikan bebas penyakit seperti Hepatitis B, C dan tidak merokok selain beberapa syarat penting lain.
 
“Selepas mengenal pasti penderma dan penerima, kami akan me­ngambil stok susu, menyaringnya untuk memastikan ia bebas daripada penyakit sebelum dipasteurkan di dapur susu yang terdapat di hospital.
 
“Kemudian, penderma dan ibu penerima akan diminta menandatangani borang persetujuan untuk menderma dan menerima susu secara sukarela (seperti dikehendaki sya­rak),” katanya.
 
Dr Hussain berkata, wanita yang menderma dan menerima susu juga akan melalui sesi kaunseling mengenai hukum hubungan keluarga susuan dan larangan berkahwin.
 
Beliau berkata, tiada had terhadap jumlah anak susuan yang boleh diambil oleh seorang wanita penderma.
 
“Bagi mengelakkan masalah perkahwinan pada masa depan, wanita yang mempunyai ramai, atau hanya anak perempuan digalakkan menderma susu kepada bayi perempuan sahaja,” katanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


Source : www.sinarharian.com.my

Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan juga Ulang Tahun Pertama Aimi Irdina ...Promosi!

Salam,
Bersempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan juga  Ulang tahun yang pertama Aimi Irdina, Mom Simple Shop mengadakan promosi jualan breastpump dan supplement/vitamin Shaklee utk set breastfeeding.

Promosi ini  bermula 26 Jan 2012 sehingga 15 Feb 2012

Medela Swing Electric [Promosi bermula 26 Januari 2012 hingga 15 Febuari 2012]

Come with new packing and Calma bottle feeder!

Normal Price RM650
Promotion Price RM630


Medela Harmony [Promosi dilanjutkan sehingga 15 February 2012 


Normal Price RM190
Promotion Price RM160








Introducing Calma® :Designed exclusively for breastmilk feeding.


Salam ,

Kali CheRus nak memperkenalkan produk baru dari Medela. hmmm..dapat anugerah lagi produk nie..nak kata bagus mmg bagus especially pada yg bottlefeed anak..sedikit keterangan dari produk ni..so terpulang kepada anda dan boleh menilainya..apepun bukan nak menggalakan semua org bottlefeed ..kalau dapat breastfeed directly lg bagus..sekadar alternative terutama kepada ibu yang bekerja..

Switching from bottle back to breast has never been easier. Calma was developed using evidence-based research on babies' natural feeding behavior so you can enjoy your breastfeeding bond longer.

With Calma, the milk will only flow if your baby works and creates vacuum to remove the milk. This enables the feeding behavior learned at the breast to be used with Calma..
Calma was developed using evidence-based research on babies' natural feeding behavior so you can enjoy your breastfeeding bond longer

Innovative nipple allows baby to transition from bottle to breast.  Mom can store and feed in one container! Baby Controls flow of milk, similar to the way baby feeds at breast.

FEATURES AND BENEFITS
  • Flow control valve allows baby to control milk flow.
  • Milk only flows when baby creates a vacuum.
  • Mimics natural feeding behavior: baby can feed, pause and breathe, similar to breastfeeding.
  • Natural feeding behavior supports easy transition from bottle to breast.
  • Calma doesn't leak. Vented nipple designed to help avoid gassiness.
  • One size/shape nipple for all stages of breastmilk feeding.




Menarik kan?..he..he..kalau berminat boleh email, sms or call .(only available for pre-order) Harga boleh rujuk di sini  ya! tq

Salam manis dari CheRus



Pre-order HARMONY MEDELA BREASTPUMP

Salam ,

Announcement : Effective today we are open for preorder Harmony Medela Breastpump. At starts preorder we offer with the very special price at only RM160 including postage. The only manual pump with breakthrough 2-Phase Expression® pumping for maximum milk flow. First researched and developed for hospital breastpumps, 2-Phase Expression is an advanced pumping pattern that mimics your babys nursing rhythm by pumping in two distinct modes:

  •  Let-down ModeSimulates your babys initial rapid suckling to initiate faster milk flow or let-down.
  • Expression ModeSimulates your babys slower, deeper suckling for maximum milk flow in less time.


THIS OFFER PRICE VALID TILL 31 Jan 2012


Please email at cherus@momsimpleshop.com or sms : 012 3320460 to place your order.Hurry !Thanks

Salam Manis dari CheRus





Rafiq's 1st day school and no more dillemma

Salam uols,

Hari ni nak cite pasal kisah sekolah anak-anaak..last week kan budak sekolah dah naik sekolah..kalau dalam FB semua hupdate pasal anak-anak dioarang.. so aku nie naklah cite juga..tp dalam blog jelah he..he..maka panjanglah sikit kan...ha..ha..ok so far Rafiq agak pasif ajer..bila 1st time masuk kelas...actually bila aku tgk parent2 nilah yg lebih2 tentang anak2 mereka..hu..hu..kelako pun ade..kalut pun ade ade..agak meriah lah juga dgn tangisan budak-budak nie hari 1st ni.la katekan..as yng diberikan oleh teacher kepada Rafiq dianya class na 4 Al Basrah.Alhamdullilah  tak de yang nangis masa yang hari pertama tu..kelas 1 lgi ada yang menangis..so bila sorang dah nangis geng lain duo nagis lah juga....hu...hu...dah masuk minggu ke dua..semakin seronok diorgn nie..setiap 2 hari ade aje hasil tgn mereka..yg diorg buat sendiri.. setaip kali balik rumah bercerita ape dia buat kat school..layankan aje...so bila dah hantar ke sekolah nie..dah tak de dillema lag lah..dah tak de risau juga...tp kerja semakin bertambah meh..hu..hu..kene pickup anak lew setiap hari..

ok..nanti CheRus upload gmbar yg ade lah..

Salam manis dari CheRus

Kenaikan harga Medela Freestyle pada Jan 2012

Salam,

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 1 Januari 2012 terdapat kenaikan harga bagi breastpump Medela FS. Kenaikan ini langsung dari manufacturer itu sendiri. Harap Maklum ya...Sekiranya ingin mendapatkan harga sebelum kenaikan sila buat tempahan sebelum 10.00 mlm 31 Disember 2011. Sebarang pertanyaan sila email or sms kepada saya.

Cepat ya rebut peluang sebelum new year hu..hu..


Salam manis dari CheRus

Cerita tahun lepas..welcome 2012

Salam,

Rasa sekejap je 2011 nie berlalu..hmmm...masa berlalu dengan begitu pantas...diam tak diam dah setahun bergelar 'housewife'..wah mmg sgt mencabar!!!..dan sgt menguji kesabaran...dan masih berusaha utuk menjadi seorng yang sabar...insyaAllah ingin berusaha untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih SABAR..senang sebut nak amalkan ya Allah...tuhan saje ynag tahu...well apa yang dilalui pada tahun 2011 dapat dijadikan iktibar, pengalaman dan pedoman utk masa hadapan dalam memperbaiki diri sendiri.

Bercerita pada akhir 2011 nie teringat kisah tahun lepasnya 2010 yang mana pada ketika itu aku sedang  mengandung dalam minggu ke 31 or 32 gitulah... kira dah sarat juga lah..terpaksa bermalam selama 4 hari di hospital serdang memandang berlaku pendarahan di hidung yang tidak diketahuai puncanya...ha..ha..new year kat spital ajerrr....duduk le dgn pesakit2 dibahagian ENT...semasa berlaku pendarahan di hidung tu aku pun confuse sebenarnya..dari mana punca darah tu ....meh sini aku cerita...saje je nak cerita...nak baca-bacalah...tak nak sudah..aku pun suka baca balik apa yng aku tulis nie..sbb nak refresh kenangan lalu...eceh...

Minggu terakhir bulan 12..gitulah aku terasa ada ada cecair dalam hidung belah kanan..mula2 tu rasa macm basah2 je..then ambil towel kesat macm biasa..the kering dah...ingat sebab panas dalam tetapi mmg kalau hidung berdarah tu mesti org kate panas dalam...mula2 aku tak heran lah...sbb keluarnya masih dalam kuantiti yg tidak banyak...so next day ingat dah kering..tp bila mcm ade je lg darah tu...minta pendapat gynea..sbb tgh mengandungkan manelah tau...ada kaitan nye dgn mengandung..so call Gynea...bgtau masalah..tu..then Gynea tak boleh ckp ape sbb kene refer bahagian ENT..yelah tersgtlah jarang kes begini berlaku...hmmm..menjelang malam..dah makin worse..sbb bleeding makin lame makin banyak ketika baring...aduh..mmg tak boleh tido  kene control lendiran darah masuk ke tekak dan sure tertelan...kejap2 masuk bilik air..keluarkan dari mulut..errkkksss..tak boleh tido..then..esoknye terpaksa decide pergi pakar ENT...ape lg..camera masuk ke dalam lobang hidung..hamik ko sakit wei..tapi yg aku pelik...boleh pulak darah tak keluar lagi...Dr sahkan tiada masalah apa sgt..tiada luka..yg menyebabkan pendarahan..memandag kanaku pregnant Dr tak boleh nak push lagi camera ke dalam..aku pun tak sanggup...sakit..sabar jelah...so balik rumah cam happy juga..sbb darah mcm dah tak de..jeng-jeng menjelang malam nye..hamik ko sekali lagi...bleeding kembali menyerang dan menjadi lebih banyak..aku terpaksa sentiasa sumbat kapas dalam hidung..5 min tukar..5 minit tukar..sbb dah banyak...utnutk menudah rujukan..aku simpan kapas2 yang bleeding supaya Dr dapat lihat betapa banyaknye..darah tu..tak dapat tido lagi...esoknye..ambil keputusan cari Dr lain...aku pergi Dr biasa je...he...he.manelahtau dia boleh tolong..then bila dah jumpe..dia pun tak boleh kate ape sbb aku dah jumpe pakar..patutnye pakar lah boleh kawab..ye tak ye juga kan..aduh..pergi ke mane2 sumbat je hidung tu dengan kapas..mmg tak selesa langsung...then.rase tak puas hati problem masih tak selesai..aku ajak asben aku...jumpe balik pakar ENT yg aku refer sebelum ni...tunjuk kat dia bleeding yg sebenarnya...bila jumpe terus tunjukan kapas2 yng telah penuh darah..(terkumpul agak-agak setengah plastik) terus dia kate buat surat ke hospital...utk warded..hmmm..redha jelah...nasiblah hospital tu tak delah jauh sgt dari rumah...and again ptg tu juga...ke hospital and terpaksa di tahan...sepanjang menunggu process kemasukan dan menunggu rawatan..mak aih...terus aje mengalir..al maklumla..hospital gov..process menunggu yang lame biasa la kan....tak kisah lah tu...ha..ha..semua kat bahgaian situ mcm pelik apesal wanita mengandung nie ade kat sini...what everlah..siap ada yang tanye..lg..jawab je la..bila giliran tiba...sekali lagi..camera masuk dalam hidung...uhukk..uhuk..kalau aku nak ikutkan mmg aku tak nak...tp itulah basic procedure utk mengenal pasti punca pendarahan...kali agak lain sikit..bila camera dah masuk je..pendarahan jadi semakin banyak.aku menangis menahan kesakitan..tudung aku dan penuh dgn darah..dan Dr tidak dapat melihatkan dgn lebih detail memandangkan bahagian dalam hidung sudah penuh dgn darah..Dr juga tidak berani nak masuk bahagian lebih dalam khuatir tekanan terhadap kandungan.

Antara gambar setiap kali pendarahan berlaku...errrrkkk..ngilu pulak bila teringat balik..

Yang nie kalau setiap kali hembus ke sinki..hu..hu


Ketika di hospital di masukkan di bahagian tu ..ha..ha..tak reti nak sebut...

So stop procedure terus decide utk meletakkan 1 alat ke dalam hidung utk menghalang pengeluaran darah.Sepanjang masa le ade bende dalam hidung ni yang mmg tak selesa nak bernafas..kene tunggu 4 hari baru boleh buka..so terpakselah melalui saat itu sehingga selepas new year di hospital...sian Rafiq..bila jumpa ibu..kata ibu sakit...nasib lah ruang bahagian *as photo* tak ramai patient ..kawasan  yang luas..dan agak selesa dan boleh solat di tempat sendiri...bilik air pun dekat..so kira oklah..apepun layanan mereka mmg terbaek...sesiapa yang dtg melawat kat bahagian nie dan siapa yang ada kat kaw nie mmg pelik melihatkan ada perempuan mengandung...hi..hi...oklah selapas 4 hari Dr decide utk buka alat tu...then esok nye boleh keluar sekiranya tiada perdarahan lagi...so far after buka tu dah tak de pendarahan...Jd apekah punca pendarahan itew?..just kemungkinan sbb mengandung..tiada sebarang penyakit or sebgainya..so dgn gumbiranya balik lah kerumah..sampai ade nurse sape amboi laju je jalan ...bila nak balik..ha..ha...lepas keluar hospital actually masih ade pendarahan lagi sikit-sikit aje..tp aku just monitor je...kalau makin banyak aku kene refer balik..tp alhamdullilah ...makin sikit-sikit dan tiada lg pendarahan...then bila buat weekly checkup dgn gynea..dia tanye masih berdarah ke lg?..sy bgtau kene warded semua..then dia kata kalau ENT kata tiada ape2...maknenya kerana mengandung juga...aha..amacam ..pjng cerita niekan...ha..ha..saje refresh balik..asben ada rujuk ke dalam internet kes mcm nie mmg sgt jarang berlaku..tetapi melalui pembacaan beliau..mungkin sbb peningkatan penghasilan sel darah merah yang tinggi ketika mengandung sehingga boleh memecahkan sel yang paling lembut dalam badan..mungkin ada betul nye juga...oklah..nanti ade cerita lain smbg di lain entri


Salam manis dari CheRus



Rafiq's birthday and dillemma

Salam,

Alhamdullilah..anak ibu yang sulung dah cukup 3 tahun..Happy birthday..bila umurnye dah meningkat cakapnye pun makin meningkat vocabularynya...kene layan juga walaupun kekadang faham apa yg dia nak cakap tp tak terluah..tgk kan muka dia bila tak boleh sebut..last2 tersengih sendiri..kekadang ada juga cakapnya dan fikirannya boleh tahap yg tidak disangka..he.he..apepun semoga Rafiq menjadi anak yang bijak dan soleh dalam memimpin keluarga dan adiknya suatu hari nanti..kalau sekarang nie,,dia sgt keras hati...sgt mengada2 dgn ayahnya....dan sgtlah gembeng (erti kata lain kuat nangis)...pastu mmg tak boleh nak mengalah dgn adiknya...nasiblah adik nye belum mengerti sgt..tp dah mula pandai dah...nak defend diri sendiri..sebelum mmg kene jer....yes adikmu mmg sgt cepat belajar darimu wahai birthday boy..Meraikan ?..hmmmmm..tak de rezeki la nak buat majlis2..banyak bende belum stable..sorry ya Rafiq....ayah banyak komitmen nak kene manage..insyaAllah bila ada rezeki lain ye....apepun ibu dah belanja makan cake and ice cream kat secret recipe...muahee.muahe...huru hara bawa makan budak dua org..ibu nak makan pun tak boleh...si Rafiq mmg gumbira sgt dapat makan cake and ice cream si aimi mmg haru dibuatnya...asyik usha family sebelah tu makan..org tu  ade anak tp dah besar...mmg si aimi suka dgn org lain..dia duk ketawa dgn budak kat situ sampai mak budak tu cakap si  aimi peramah...semua org kat area makan tu dok tgk je aku makan dgn anak2...mane tak nye..huru harakan dgn bisingnye si rafiq tu...satu hal lg si rafiq nie bila makan kat secret resepi tu..aduhai..lagi bertambah kalut..rafiq mmg sy dah train tak pakai diaper lg..mmg dia dah pandai cakap semua...so memandgkan decide nak peergi makan sekejap .lgpun dekat jer dgn rumah..so terus je pegi...hah...lepas dia dah makan banyak semua cake and aiskrim..tetibe ibu nak 'shi-shi la'..(nak kencing) hah?...alamak mane nak cari tandas...cepat ibu nanti keluar...kejap2 rafiq..tahan tau...terpakse tebalkan muka nak gune tandas..menghangkutlan dgn si aimi2 sekali..nasib juga si rafiq mmg sy dah train suruh basuh sendiri..mmg dia dah pandai...ok setel..dan sambung makan...lg sekali..ibu nak puh-poh...erks?...aduhai..."rafiq tahan dulu kita balik rumah jelah.." dia angguk...aduhai..terpaksa la keluar jer...aiskrim masih banyak lg....he..he..takpela...apepun itu semua pengalaman dan kenangan di harilahir Rafiq....dia berjaya tahan sampai rumah...


Ok..special presentation from Rafiq..



 
 



Yea cerita pasal dilemma...betul Rafiq baru je mencecah 3 thn...tp thn depan kalau ikut calendar sekolah dia dah 4 thn...nak kene..hua..hua...hantar ker sekolah..tp kesian kan dia..tahap perkembangan dan pemikirannya mesti agak lmbt sikit....hmmm...kesian juga..tp harp2..dia boleh carry apa yang dia ajar...insyaAllah mungkin dia boleh jadi advance dari budak yg sebaya dia..siapa tahu..as a parent ..pendedahan kepada ilmu adalah tanggungjawab mereka...seawal mana itu terpulang...jgn bagi terlalu stress dgn ilmu yg terlalu academic...biar dia belajar sesuatu yang mengikut kemampuannya..dan  mengikut creativit dia...so stelah survey beberapa pusat pendidikan nie...hati tertarik dgn Genius Aulad...lgpun dekat dgn rumah...dan bila tgk tempatnya..sgtlah cantik...dan sgt kids friendly..and GA nie bukan lah exam oriented...so by next year Rafiq ibu hantar ke sekolah ye...he..he...kalau nak tunggu ibu ajar semua...entah ape yg ibu sempat...so ibu harap dilemma nak hantar ke sekolah ke tidak...tidak membebankan rafiq...kan..kan Rafiq..wish u all the best....and ibu harap Rafiq dapat jd abaang yg baik ye...!!!

Setakat ini catatan utk rafiq...

Salam manis dari CheRus


Kembali Online dan preorder Medela FS and Swing

Salam...Alhamdulillah...sy sudah kembali beronline...he..he..fuh!sebelum ni hanya dapat on and off jer...ok2..so lepas nie sebarang pertanyaan boleh YM or email or SMS pun takpe...sy ok jer

Memandangkan cuti Christmas dah nak dekat sy tidak membuat sebarang tempahan tuk medela breastpump...walaubagaimanapun sy akan buka pre-order selepas new year...sekiranya berminat atau ingin membuat sebarang pertanyaan mengenai breastpump Medela FS or Swing jgan lupa hubungi sy ya...


Salam manis dari CheRus



temporary offline

Salam...

Untuk pengetahuan semua..sekarang nie sy tidak dapat online sepenuhnya untuk sementara waktu..sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke handphone no sy or SMS..sy berpindah ke rumah baru..wah sungguh penat pindah rumah nie..kalau ada baby nie...asben terpakse buat kerje sensorang ulang alik antar barang....rasa nak tolong je angkat2 barg nie..tp urusan anak-anak mmg tak boleh terabai..lg2 baby nangis sana sini..hu..hu...haru-biru dibuatnya..the day nak packing semua barng...nasibla kakak dgn anak mereka dtg dr melaka...tolong packing semua kasi abis..mane yg patut jd siap... kalau takde mereka tak tahu bila barang boleh siap...tq2...the next day time to unpack pulak...dapur dah siap unpack..kakak juga yg tolong tq2 again....yg lelain tu unpack sikit2 la jawabnya..ntah bila boleh siap...oklah rasa sampai sini dulu dulu..tunggu UNIFI nie bila boleh masuk lambat juga nak process permohonan nie....so sementara tu mmg tak boleh online...sabar2..ok..ketemu lagi..

salam manis dari CheRus

Salam,


Alhamdullilah..hr nie berakhirlah tarikh dan tahun 1432 H dan bermulalah tahun baru mengikut kalendar islam..Sempena 1 Muharam 1433H ni, kalau boleh sama-sama lah kita berhijrah menjadi manusia yang lebih positif dalam semua hal. Berhijrah menjadi hamba yang jauh lebih mulia pada pandangan mata Allah, berhijrah menjadi saudara se Islam yang jauh lebih baik untuk semuanya,berhijrah menjadi manusia yang jauh lebih sempurna daripada semua segi ringkasnnya...Hijrah juga boleh diaplikasikan kepada semua perkara..dalam kehidupan harian kita..kepada sesuatu yang lebih baik dari sebelum nya...mmm...banyak lagi perkara yang tergantung2 di fikiran..nie..semoga Allah memberi aku petunjuk dan hidayah supaya menjadi muslimah yang solehah di sisi Allah amiin...

Sebelum mengakihiri entry apa kata kita baca doa akhir tahun dan awal tahun.






Salam manis dari CheRus



Perkara yang saya tak ingin buat tp terpaksa buat..

Salam...

Entry kali masih berkisahkan breastfeeding journey yg aku lalui..oklah 15 hb November betul2 genap 9 bulan aku bf untuk baby Aimi...alhamdulillah masih murah rezeki yang diberikan Allah utk Aimi ..tiada masalah kekurangan stok..tiada masalah susu tidak keluar..dan juga tiada kebimbangan susu drop...untuk setakat ini...mesti ada yg nak tahu apa yg perkara yg saya tak ingin buat tp terpaksa buat juga....huwaa...huawaa....huawaa.....ish over laks..haku nie...dah2 ..tabahkan hati utk meluahkannya ok...aku terpaksa membuang susu perahan yang banyak itu ...stok simpanan ketika dalam confinement ...bukan ape..dah expired dah haku rase..so mmg tak confident lagi nak bg kat baby....dah lama dah mmg kene patut buang..yelah peti sejuk 2 pintu paling lama 6 bulan je tahan...mula-mula buang sikit-sikit supaya ak rasa ralat..apepun berat nye hati nak buang banyak...so biarkan je dalm peti sejuk tu lelame..bukan ape bila tgk stok dalam peti perasaan dalam hati bahagianya ...ya Allah begitu banyak rezeki yg kau beri tetapi hambaMu terpaksa menolaknya...semoga Allah  mengampuniku..
Ini adalah sebahagian daripada stok simpanan dan ini semua perlu dibuang!!!..sedeh2

Mesti korang tertanya2 jugakan kenapa aku tak bg jer kat anak org lain yang memerlukan susu...mmm..nampak simple tapi perlaksanaan perlu berhati-hati dan hati kecilku masih belum ready untuk memberikan susuku kepada 'mereka'.. mmg niat dah ada..tetapi tidak kesampaian..risau pun ada..so kesimpulannya aku diamkan sahaja..sehinggalah expired...so now nak tak nak kene lah buang dan perkara ini amatlah aku sedih dan tidak suka sama sekali...ya Allah jgnlah Engkau tutup pintu rezekiMu terhadap ku...

Yang ni pulak  barisan susu perahan baru ...utk waktu2 kecemasan or pada masa-masa akan datang selagi tidak expired...Alhamdullillah masih boleh membuat stok perahan walaupun I am directfeed Mom..mmm..ok sampai sini dulu..ada cerita lagi sy cerita di next entry..

kalau nak tips eksklusif berkaitan breastfeeding please do not hesitate to email me..insyaAllah..sy cuba membantu..


Salam manis dari CheRus

e-cert for MMPS's One-Minute Simultaneous Breastfeeding event on 9.10.11

Salam,


Aha...just to share my interest in breastfeeding ..sebelum ini saya ada join event ni..ha..ha..menarik idea nie..just to support breastfeeding and this event...hari nie dapat email e-certificate dah ready..hi..hi...memandangkan event ini berlangsung secara virtual so kite panggil dia e-certificate


Kalau ada lagi event nie akan sy panjangkan jemputannya ..insyaAllah
more details boleh lawati website ini  : http://pgmmps.wordpress.com/


Salam manis dari CheRus




Cerita Aimi..oh aimi dikala 8 bulan

Salam,

agak lama menyepi..masih berserabut untuk memikirkan proses perpindahan rumah nie..dgn ada hero dan heroin kat rumah...sukar bangat nak mengemas...ade yang masuk kotak..ade yg tolong keluarkan brg..terjerit sana sini..melalak..nak susulah .poopooh-poohlah shi-shila..aduhai....amat2 memerlukan assistant di kala ini...sy mau pindah rumah!!!..oklah this time cite pasal aimi jelah..he..he..pasal pindah rumah nanti-nantilah bila semua dah selesai..aimi sudah semakin besar dan semakin lasak dan semakin bijak....mueheee..muaheee...mentang2 dah tumbuh 4 btg  gigi seawal 8 bulan ..dia dah boleh pronounce a few word kalau kita ajukan kepadanya..takdelah betul sebutan tu tp dianye ada intention tuk follow ape yg kita sampaikan kepadanya..the very clearest word adalah ayah!!!...sikit2 ayah!..sikit2 ayah...cube ajar sebut ibu..tetap bunyinye ayah..bijak2....sudah pandai tepuk amai-amai...sy tak ajar..tp dia explore sendiri now bila kita nyanyikan dia automatik mengayakanya...meniti di mana tempat berdiri..dengan confidennya...sy dah tak perlu standby...dah...dan suprising turun katil sendiri...berdegup jantung bila tau2 dia bangun tido senyap2..terus turun katil terus main ubat nyamuk..tanpa ayahnya sedar...abg rafiq pun terperanjat menjerit memanggil ayah...(masa tu sy tgh sibuk menjemur kain)...hi anak oh anak....mmg tak boleh nak rehat..nanti ade je bende yg dia kutip masuk dalam mulut..mata ibu kene AWAS...

tempat paling peberet bg aimi..tak tahulah ape yg menarik perhatian dia kat area tu

kalau dah dgn abgnya..main ajelah...cume abg agak ganas la main...



Salam manis dari CheRus


Hari ini terpaksa pumping 'terasa' ada lebihan

Salam,

Menariknya hari ini 1.11.11 wah..cantik tarikh ni kan..dan tarikh ini juga menunjukan perjalanan penyusuan ku selama 8 bulan 15 hari...dan seiring dengan perkembangan umur si Aimi comel tu..hi..hi...semakin lasak dan semakin bijak bermain bersama abangnya. .mmm..dan secara automatik akupun semakin 'busy' melayan karenah dua org anak-anak ku ini....bercerita mangenai hari ini..saja nak berkongsi cerita...mengenai sesi pumping utk direct feed mom..faham tak maksudnya...sy ni bukan pumping mother tetapi memandangkan sy terasa ada 'lebihan' did alam payudara ni..just terfikir why not keluarkan...buat je stok baru..manalah utk kegunaan 'emergency' pd  bila-bila la...kan2..mmm surprising hasilnya...


Ini hasil sy pump pada  selama 11 minit..daripada sebelah payudara sahaja ya..sebelum nie..pernah pump hasilnya 5oz utk kedua-dua belah...utk sekali session..alhamdullilah rezeki anak melimpah ruah... meriah ko jah!!..he..he..

Saya amat menyarankan ibu-ibu menyusu mengamalkan pengambilan ESP setiap pagi dan malam bagi menggalakan penghasilan susu pada waktu malam..dan jgn lupa minum air yang sewajar  selangkan dengan pengambilan jus buah-buahan..insyaAllah mmg sgt membantu.


Kepada sesiapa yang berminat utk membeli ESP, sila berhubung terus dengan CheRus utnuk mendapatkan harga diskaun!! jgn lupa ya..


salam manis dari CheRus




Welcome to Mom Simple Shop

Salam,

Hari ni ada introduction entry...alhamdulillah..siap juga online shopping saya selama ini..walaupun tak secantik mana..yang penting system up and running 24 hour 365 days...bagi memudahkan pelanggan saya..apa pun cara dan kaedah membeli..saya harap ianya adalah sebagai langkah selanjutnya bagi saya untuk memperkembangakan perusahaan saya...terima kasih yang sudi menyokong..dan insyaAllah sy akan terus memberikan layanan yang terbaik untuk anda. Dengan ini saya ingin mengucapkan WELCOME to www.momsimpleshop.com


Selamat bershopping..weeeee!!!!

p/s : jgn lupe 'LIKE' di facebook ya.


Salam manis dari CheRus

Special Offer Breastfeeding Set

Special price Supplement/vitamin untuk ibu menyusu


1. Set Breastfeeding B (Basic) 


Full Pack 
 
SET B
                                            

:: Vitalea (120biji) :: Vita C (180biji) :: B Complex (120biji) :: Alfalfa (330biji) ::

also available SET B in Euphoria trail pack[Extra 30 tabs Alfalfa for FREE!!!]. Please email to cherus@momsimpleshop.com or sms 0123320460 for price and discount!!..

2. Set Breastfeeding with ostemetrix/calcium


Full Pack 

SET B
OSTEMATRIX

      : Vitalea (120biji) :: Vita C (180biji) :: B Complex (120biji) :: Alfalfa (330biji) + Ostematrix (120 biji)::

also available SET B Euphoria  trail pack[Extra 30 tabs Alfalfa for FREE!!!] . Please email to cherus@momsimpleshop.com /contact 0123320460 for price and discount!!.


3. Set Breastfeeding with ESP (Energizing Soy Protein)


Full Pack 
SET B
                                                                                     
ESP
:: Vitalea (120biji) :: Vita C (180biji) :: B Complex (120biji) :: Alfalfa (330biji)  + ESP (850g) ::

also available SET B Euphoria  trail pack[Extra 30 tabs Alfalfa for FREE!!!] . Please email to cherus@momsimpleshop.com or sms 0123320460 for price and discount!!..

4. Set Breastfeeding 3M


Full Pack 


SET B
ESP
                                                                                      
OSTEMATRIX
     
Vitalea (120biji) :: Vita C (180biji) :: B Complex (120biji) :: Alfalfa (330biji) :: + ESP (1 canister) + Ostematrix (120 biji)::

also available SET B Euphoria  trail pack[Extra 30 tabs Alfalfa for FREE!!!] . Please email to cherus@momsimpleshop.com /contact 0123320460 for price and discount!!.


Peringatan: Di ingatkan bahawa semua tawaran dan pakej Trial Pack hanya boleh di dapati secara EKSKLUSIF dari mommaMia dan jaringan kami iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...