Nak cerita sikit..anda pernah dengar org tua2 kata susu ibu yg kanan tu utk makanan yg belah kiri utk minum?..hi..hi..anda percaya?..mmm..itu hanya pendapat org tua-tua dahulu jer..actually sy pun macam percaya juga bila diri sendiri sudah melalui pengalaman penyusuan ini. Secara amnya mungkin anda akan terasa salah satu bahagian payudara kita mudah mengalir susu manakala sebelah lh terasa ade kekurangan sedikit..dapat dilihat juga dari segi keselesaan ketika sesi penyusuan di salah satu payudara.Mungkin kebanyakan ibu dapat merasakan pengalaman ini dan sedikit sebanyak menyokong 'mitos' yg kanan itu makanan dan sebelah kiri itu minuman...yelah org tua terdahulu mane ade buat kajian secara mendalam..kita patut bersyukur generasi kita mampu menghasilkan kajian yang lebih mendalam mengenai susu ibu dan seterusnya membantu dan menyokong generasi sekarang dan akan datang tentang kebaikan susu badan .
Dan selepas membaca beberapa artikel mengenai topik ni..barulah sy faham bahawa kedua-dua belah payudara susu ibu adalah mempunyai komposisi nutrien yang sama dan tidak memerlukan anda mengasingkan nya sekiranya ianya diperah keluar. Sebagai ilmu, susu ibu melalui 3 fasa iatu
1. Kolustrum - berlaku pada peringkat hujung kehamilan sehingga beberapa hari bayi dilahirkan. Keaadan nya lebih pekat dan berwarna agak kekuningan. Kaya dengan protien,vitamin, dan semua antibodi yang melindungi bayi daripada pelbagai jenis penyakit yg disebabkan oleh kuman di persekitaran bayi
2. Susu perantara - berlaku selepas 2 minggu kelahiran dan mengandungi banyak lemak, laktosa dan vitamin yg membantu bayi mendapatkan beat badan yang hilang selepas kelahiran. Masa nie lah kita dapat lihat pembesaran bayi naik dgn begitu sihat.
3 Susu matang-susu yang terakhir yang dihasilkan. Lebih kurang 90% adalah air utk mengekalkan hidarsi bayi. 10% lagi adalah karbohidrat, protien dan lemak utnuk keperluan tumbesaran tubuh dan tenaga. Susu matang nie juga ada 2 jenis 1. (susu awal (foremilk) : agak cair dan dihasilkan oleh payudara yang penuh pada awal sesi penyusuan (kurang lemak dan tinggi karbohidrat) 2. susu akhir (hindmilk) : lebih pekat(lebih berlemak) dan dihasilkan dipenghujng sesi penyusuan apabila payudara dikosongkan dengan sebaik-baiknya.
Dan sebenarnya payu dara tidak akan benar-benar kosong memandangkan penghasilan susu merupakan proses biologikal yang berterusan.(sumber rujukan : majalah pama)
So barulah fahamkan..itu saja dulu..kalau ade article2 menarik lagi boleh kita share2 hokey..
0 comments:
Post a Comment