Lengkap 2 tahun perjalanan penyusuan.

Assalamualaikum..ya Allah lamanya tak update blog nie...bersawang dah...uhuk..uhukk sibuk..actually banyak yang ingin dikongsikan...tp belum ada masa yang tenang untuk dicoretkan..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...syukur...lengkap sudah 2 tahun perjalanan penyusuan CheRus bersama AIMI...hu..hu..mcm2 perasaan ada...gembira!sedih!syukur!rindu!risau!..mcm2 la...

Gembira sebab berjaya dengan penyusuan ini tanpa additional formula milk,gembira dengan peluang yang diberikan secara direct feeding which CheRus rasa itu adalah kaedah terbaik!..

Rindu bila mana masa penyusuan ini akan berlalu dan terus berlalu dan terus akan berlaku juga process wean of. Cuma untuk setakat ini masih teruskan.dan masih kekal sehingga ke hari ni...dan sekiranya ada rezeki lain itu wallahualam...
gambar : celebrate birthday CheRus ..simple2 je..

Risau dan ragu-ragu adakah ganjaran ini benar diterima?...CheRus manusia biasa..pada CheRus breastfeeding adalah sesuatu yang perkara terlalu menguji kesabaran, ketahanan mental dan fizikal, Breast feeding nampak mudah hakikat nya memerlukan daya tahan mental dan fizikal yang kental!..suri rumah + breastfeeding lagi org kata lebih mudah.kan?..hakikat kene lebih kental!!..Hikmahnya CheRus melalui kedua2 situasi penyusuan [bekerja + breastfeeding] dan [suri rumah + breastfeeding] ...hmmm..ada perbezaan..yang mana lebih mudah?...he..he...hmmm.masing2 punya pendapat dan cabarannya berbeza-beza...

mereka berdua ni sgt akrab


.kepada sesiapa yang bermula dengan cabaran penyusuan susu ibu ini, sokongan daripada org yang paling dekat adalah sangat2 membantu...

aimi dah besar..tetapi badannya slim aje..cam CheRus..ha..ha..ni klon CheRus


Ok secara kesimpulan..kepada ibu ibu yang ingin menyusukan anak dengan penyusuan susu ibu...pelajari ilmu breastfeeding itu sendiri..tanya dengan org yang berilmu..membaca  dan fahami..kemudian alaminya sendiri...supaya kamu tidak mudah putus asa..

Susu ibu always the BEST..salam manis dari CheRus...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...