Showing posts with label perahan. Show all posts
Showing posts with label perahan. Show all posts

Pumping setelah hampir 8 bulan tidak mengepam..

Salam..

Hi..hi..entry kali nie bukan sambungan bahagian 2..tetapi sebagai selingan sahaja...Bukan ape..x tersangka selepas aimi 1 tahun 4 bulan mmg aimi menyusu secara direct feed..tetiba terasa nak mengepam! Kah..kah..bukan sengaja tetapi terpaksa..hi..hi..masa aimi berumur 3 to 4 bulan..pernah cuba ajar menggunkan bottle feed..mmg dia tak berapa nak suka..mcm tau je ibu dia mmg akan duduk rumah..so mmg sentiasa direct feed sehingga lah hari ni..mcm surprise juga..lately terasa susu di payudara melimpah ruah?..mmg rase sentiasa ada lebihan..tak boleh jadi..payudara mula kerap mengeras mcm rasa breastfeedung 6 bulan gitu...almaklum lah dah setahun mesti penghasilan susu tu berkurangan si aimi ni pulak mcm menyusu memain aje melempah aje..ke atau susu dah x sedap? Errks ade ke susu x sedap bg baby la :-).hu..hu...so cherus decide mengeluarkan breastmilk dgn medela freestyle tu la yg dah lama juga tersimpan dan kadang kala memberi khidmatnya kepada customer yang dirahmati...haha..ini inilah hasilnya..
                                            
kagum juga..sbb anak 1st dulu breastfeeding sehingga setahun sahaja..dan rase susu semakin kering..then now rasa bersyukur diberi peluang kedua ini telah melepasi stage setahun..secara fullybreast feed dan rezeki itu dipermurahkan dagn izin Allah..pucuk pangkal..kene kuat semangat dan istiqamah. .banyak bende yg cherus terpaksa lalui(nanti cherus cerita yg kisah bahagian ke2 nanti)..dan sesungguhnya ia bukan perkara mudah!..mmg perlukan pengorbanan..InsyaAllah masih menruskan perjuangan sehingga menuju ke thn ke 2. Ok bila dah pump tu ade hati nak bg susu perahan guna bottle...hua..hua...aimi memainkan..bg sikit je masuk mulut tp dia biakan melimpah...aduhai anak..dia memilih utk directfeed sambil memberi isyarat tagn di breast..padahal rasenya sama juga samekan..well mayb lebih nikmat..kot..keh..keh..anak owh anak..apa saja utk mu..ok next entry insyaAllah bahagian ke 2..selepas setahun breastfeeding cherus rasa lebih fun! Tunggu entrynya..ya..ok setakat ini dulu selingan nya..

Sebagai perkongsian....CheRus sarankan sentiasa mengambil supplement dan vitamin secara consisten bagi membantu ibu lebih sihat, ceria dan kekal bertenaga..SET B shaklee utk breastfeeding..untuk Trail pack juga available. ?berminat boleh sms/call or email CheRus ya...harga istimewa menanti customer CheRus.

Salam manis dari CheRus







Kaedah penyimpanan susu perahan

Salam,

Hasil susu perahan dated 5 April 2011.(sebelah sahaja)


Kali ni nye entry sy nak bercerita pasal kaedah penyimpanan susu perahan...sekadar berkongsi ilmu utnuk disebarkan-sebarkan.Walaupun sy dah practiskan kaedah ini..tetapi kekadang tu boleh lupe juga..atau terdapat maklumat tambahan yang kita tak sedari.Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Terdapat kaedah tertentu untuk menyimpan susu yang diperah untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Ini adalah kerana susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas simpan susu perahan yang sesuai digunakan seperti:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA
  • Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • Breast milk storage liners yang memang dikhususkan yang digunakan menyimpan susu perahan


Suhu
Tempoh ketahanan
Suhu bilik
19 hingga 26 °C
 4 jam
Bekas penyejuk (cooler bag/box)
kurang 4 °C
12 – 24 jam
Di dalam peti sejuk
kurang 4 °C
7 hari
Peti Sejuk (Freezer/beku)
(-18 hingga -20 °C),
3 hingga 6 bulan * ada rujukan lain 12 bulan


Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk (Sumber: Le Leche League)
 Sharing is caring, jadikan ianya sebagai panduan bersama

Wassalam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...