Pengumuman ready stok

salam,

Sebagai makluman pelanggan, medela freestyle ready stok masih available. Sila email@sms@ym untuk harga dan next day delivery. Very limited unit yg tinggal ..ade diskaun ya! hurry!..

thanks

Tips mudah dan berkesan ketika memerah susu badan

 Salam,
Ramai menyangka memerah susu badan adalah sesuatu perkara yang sukar. tetapi jika kita menggunakan teknik dan kaedah yg betul, perkara ini dapat diteruskan dengan mudah sekiranya ibu kembali bekerja. Antara panduan yg mudah untuk dipaktiskan adalah seperti berikut;
  • Mencari rempat yang selesa, bersih dan terlindung 
  • Perah susu sekerap yg mungkin seperti anda menyusukan bayi anda pada waktu siang bagi mengekalkan tahap pengeluar susu.
  • Susukan bayi anda apabila bersama seperti sebelum dan selepas waktu bekerja termasuk pada hari tidak bekerja. Ini adalah untuk memastikan bekalan susu secara konsisten
  • Pada permula penyusuan, susu mungkin meleleh secara sendiri, dan gunakanlah lapik coli bagi membantu menyerap lelehan susu dan jika boleh pakailah pakaian yg bercorak.
  • Makan makanan yang berkhasiat dan minum air ketika berasa dahaga dan dapatkan rehat yang secukupnya.
  • Buat permulaan, walaupun hanya sedikit jumlah susu yang dapat diperah dan diberikan kepada bayi anda, ia lebih baik daripada tidak memberi bayi anda susu badan langsung.

Sudah tentu susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. berbanggalah di atas usaha anda.
Rujukan : Positive Parenting




ketibaan tempahan bulan April

Salam,

Sebagai pengumuman tempahan bagi bulan April telah pun selamat tiba.  kepada puan-puan/ibu-ibu  dan bakal ibu yang telah menerima breastpump freestyle mereka diharap anda berpuas hati dan selamat mengepam dan sesungguhnya susu ibu adalah yg terbaik. Untuk makluman juga, minggu depan stok baru medela freestyle akan tiba. hanya tinggal   3 unit sahaja yg masih belum ditempah. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli ready stok sila berhubung dengan saya dengan kadar segera. 




Sekian dulu.

Keperluan makanan untuk ibu menyusu

Salam,

Apa yang patut ibu menyusu makan?.mmmm...penulisan saya ini adalah berdasarkan pembacaan saya..tak salah kalau kita berkongsi cerita kan?..

Kebanyakkan wanita yang menyusukan anak memerlukan 2000-2200 kalori per day tetapi ianya bergantung kepada ketinggian dan juga saiz badan.Saranan ini adalah berdasarkan jumlah susu ibu yg diperlukan oleh bayi.

Panduan Pengambilan Nutrisi untuk ibu menyusu:

Kalsium : Mineral yang penting untuk tulang dan fungsi badan yang lain. Jumlah harian yg disarankan bg pengambilan mineral ini adalah sebanyak 1600 mg bersamaan dengan  2 hingga 4 penyediaan produk tenusu setiap hari. Contoh produk yang mempunyai nilai kalsium yg tinggi seperti yogurt, susu, cheese, brokoli, almonds, oranges, sardine, tofu and etc. Ada juga kajian menunjukan, semasa mengandung dan menyusu, kalsium akan dikeluarkan dari tulang, so kalsium tulang akan digantikan silih berganti dan menjadikan tulang kita semakin kuat.
Vitamin : Memperbanyakkan makan buah-buahan dan sayuran bagi memastikan pengambilan vitamin yang cukup. Pengambilan vitamin D adalah penting bg membantu perkembangan dan pembesaran tulang byi. Antara sumber makanan utnuk vitamin D termasuklah ikan, susu telur dan menteda.

Supplemen dan herba : Sebagai pengetahuan, FDA tidak mengawal produk herba dan supplemen.Ini adalah kerana kebanyakan produk yg berasaskan herba atau suplemen kurang penyelidikan dan manfaatnya terutamnya kepada ibu menyusu dan wanita mengandung. Walaubagaimana, adalah dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor sebelum mengambil sebrang herba dan suplemen.

Adakah anda tahu?

Susu ibu mengandungi 87% air. Oleh yang demikian, badan kita akan memerlukan air tambahan ataupun jus ketika menyusu. Minum 8 hingga10 gelas setiap hari, ataupun ketika kita berasa dahaga. Pada kebiasaannya kita akan berasa dahaga selepas menyusu. Jadi cara terbaik untuk memastikan kita mempunyai cecair yg cukup ketika menyusu adalah dengan  minum segelas air atau jus perahan sendiri. Sebagai petunjuk, sekiranya urine kita berwarna kekuningan, menunjukan kita mempunyai cecair yg mencukupi. (kecuali pengambilan vitamin B complex juga menyebabkan urine berwarna kekuningan)
Peringatan !
Kajian menunjukan minum extra liquid tidak menyebabkan  peningkatan penghasilan susu. Ia adalah tindakan penyusuan secara berterusan dan kerap akan meningkatkan penghasilan susu.

p/s : Peringatan ! Penulisan ini adalah informasi penyusuan secara am sahaja.


 tunggu sambungannya di lain entry plak...

Sharing is caring... :-D




Kaedah penyimpanan susu perahan

Salam,

Hasil susu perahan dated 5 April 2011.(sebelah sahaja)


Kali ni nye entry sy nak bercerita pasal kaedah penyimpanan susu perahan...sekadar berkongsi ilmu utnuk disebarkan-sebarkan.Walaupun sy dah practiskan kaedah ini..tetapi kekadang tu boleh lupe juga..atau terdapat maklumat tambahan yang kita tak sedari.Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Terdapat kaedah tertentu untuk menyimpan susu yang diperah untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Ini adalah kerana susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas simpan susu perahan yang sesuai digunakan seperti:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA
  • Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • Breast milk storage liners yang memang dikhususkan yang digunakan menyimpan susu perahan


Suhu
Tempoh ketahanan
Suhu bilik
19 hingga 26 °C
 4 jam
Bekas penyejuk (cooler bag/box)
kurang 4 °C
12 – 24 jam
Di dalam peti sejuk
kurang 4 °C
7 hari
Peti Sejuk (Freezer/beku)
(-18 hingga -20 °C),
3 hingga 6 bulan * ada rujukan lain 12 bulan


Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk (Sumber: Le Leche League)
 Sharing is caring, jadikan ianya sebagai panduan bersama

Wassalam

    Medela Freestyle mmg best..

    Salam..

    Saje nak bercerita pasal fs nie..yelah..dah gune sendiri..kirenye ni testimoni diri sendiri..la..he..he..mmg superb la...1st month susu...banyak..bila pump..sekejap dapat 12 oz satu sesi..1 hari kalau buat 4 hingga 5 kali sesi..waaa...meraih kan..memang meriah pun peti sejuk ku..dah tak muat bahagian freezer nie...mmm..penuh sesagt...nak buat cemane ek...pump jelah..sometime keluar kan juga stok EBM nie..utk teach baby guna botol..tapi jumlah stok EBM yg masuk lebih banyak dari stok yg keluar ..apepun syukur ahamdulillah...mampu untuk mengeluarkan susu sendiri..
    Stok EBM setakat 29 March  2011

    Tak rugi rasenye melaburkan duit utk membeli FS..yag pasti hasilnya amat berbaloi dan lumayan.pengalaman sebelum mengunakan FS..tak de lah sehebat nie punye stok..hhe..he..mungkin masa tu belum ckp ilmu sgt..apepun sy bukan nak kate pemilihan breastpump yg bagus bukanlah penentu kejayaan breastfeed..sekurang2nya ia membantu, memudahkan dan menyokong seseorang itu untuk memberi susu ibu kepada anaknya terutama ibu-ibu yang bekerjaya.

    Satu perkara lagi yang best tentang FS nie..ianya mobile.dan  baterinye sgt tahan lama. memang memudahkan betul..kat memane boleh pump..tak perlu nak gelabah nak cari power electric..then ianya sgt ringan.As pengguna FS nie sy bg rate 9/10.mmg mantop.

    wassalam




    Berhati-hati membeli barang melalui internet

    salam,
    Hari nie nak berkongsi pengalaman berurusniaga secara online..mcm tak percaya berlaku pada diri sendiri..apepun sy jadikan ini teladan dan pengajaran kepada diri sendiri dan pembaca.

    Perjalanan mengandung anak kedua nie mmg menduga betul..macm2 yg berlaku..dari allergi gatal seluruh badan, ke nose bleeding tanpe sebab hingga warded hospital, kene fired tanpe bagi peluang utnuk memberi penjelasan..hinggalah..ditipu dalam berurusniaga secara online...sampai hati..manusia nie (bangsa sendiri, sama agama,,,,tp seorang yang munafiq...mmm...sedih betul..

    So sesape yang ingin berniaga biarla buat secara jujur...kalau tak mampu nak buat bisness..jgn susahkan org lain..terus terang dgn customer...tak boleh...pulangkan hak dia semula..selesai masalah...nie tidak sesetengah org tu..sanggup menipu...kan jadi tak halal sumber rezeki tu....tak berkat bisness tau...sbb tu kita boleh lihat..bila bangsa kita berniaga kebanyakkannya...lingkup separuh jalan...mungkin salah satu..mudah gelap mata bila dapat duit...and ade betulnya kate Dr Mahathir 'Melayu mudah lupa'...mmmm...org mcm nie mmg menyusahkan org lain....tak tahulah nak cerita mcm mane..sy melalui pegalaman menunggu barang selama 4 bulan dan sampai sekarang masih tiada berita sama ada brng yg sy order tu dapat ker tidak..duit refund pun..nampak gaya pun tak dapat..boleh 'dia' keep on promising yg duit dah bank in...lah..barang dah pos lah...tp semuanye cam hampeh..yg lagi sy tak tahan..siap bersumpah dgn nama Allah..dia dah buat semua tuh..tapi semua tu tak de...tipu belaka....beranikan org nie..berkate dan bersumpah dgn name Allah..tapi dia tetap menipu....mmm...nak kategorikan mcm mane lah org macam nie...so sebab dah lame sgt menunggu..sy pun dah malas nak follow up lagi bende nie..dari belum beranak..hingga dah beranak..tetap juga tak dapat barang nye...mahupun refundnye...aduhai...rase geram yang amat sgt..so sekarang nie redha jelah..malas nak buat ape2 tindakkan..hanya berserah kepada Allah...dan mungkin itu bukan rezeki sy...apepun sy tetap tidak menghalalkannya.kepada yg 'berkenaan' tu..mungkin sekarang awak senang lenang dgn duit tu...tapi senang awak tu tak berkat...dan mungkin tidak bersifat..kekal....Hanya Allah dapat membalasnya...

    kepada pembaca sebelum memuat ape2 pembelian secara online make sure sumber atau site tersebut dari sumber yg dipercayai...

    Persediaan untuk membuat EBM

    salam,

    bercerita mengenai EBM, persediaan barang dalam bentuk fizikal juga perlu dititik beratkan. sebagai cth bekas storage, deep freezer, alat mengepam.. mmm..sy sendiri menggunakan barang2 bekas anak yg pertama dulu..kecualu pump..he..he..beli baru definately yg FS nye...pengalaman menggunakan FS nie mmg mantop..dan sgt berpuas hati...tak rugi belilah...susu banyak..sampai tak muat peti sejuk nak simpan...tu baru 10 hari pump..takpe..susun betul2...so keluarlah segala jenis botol yang ada....tak ckp dgn botol..plastic bag milk storage pun sy gunekan...pun dah nak abis....terpakse order baru..lagi nie...

    Yang nie adalah susu perahan yang pertama dgn menggunakan FS..hu..hu..kolostrum tu..pekat and kuning....seingat dulu..mase 1st baby..pump gune medela symphony..hanya dapat 2 oz jer...mase mule2 dulu..la..pastu baru dapat 4 oz secara purata...so bila dah guna FS nie..secara purata 10 hingga 12 oz sekali pump...satu hari 3  hingga 4 kali pump...banyak kan...?????...sampai terpikir..kalau tak muat takkan nak buang?...sayang nye...
    hasil pengumpulan susu dari 20 hb February hingga 3 march (lebih kurang 10 hari) yang ni version tak tersusun
    Yang nie version tersusun sedikit..hi..hi..bolehlah nak tambah lagi..lepas ruang ni penuh..kene gune peti sejuk lain...(he..he..dah ready peti sejuk kecik yang lain...beli 2nd jer..

    Segala ruang telah ku penuhi dgn susu...hi..hi...alhamdullilah..rezeki anak...

    Last order arrival

    Salam,

    Sebagai pengumuman untuk last order sebelum penutupan order telah pun sampai..to Puan Anis..sy akan mengambil tindakan segera untuk penghantaran FS. terima kasih kerana sabar menunggu dan terima kasih di atas tempahan puan.

    Untuk makluman semua, pembukaan order akan diumumkan tidak lama lagi. sila berhubung melalui email or sms untuk keterangan lanjut.Sekian harap maklum.


    My sweet baby girl selamat dilahirkan bersempena Maulidur rasul

    Alhamdullillah..rase bersyukur kepada Allah dapat melahirkan baby sy dengan selamat..fuh.. adventure kali nie bersalin..mmg agak berbeza dgn kelahiran pertama...mcm serik je nak beranak lagi...hi...hi bile tgk baby dah keluar..sejuk hati...
    Sekadar ingin berkongsi cerita dan pengalaman... sy agak musykil..kenapa sy tidak menunjukkan tanda-tanda bersalin..mmm...memandangkan sy due pada 8 hb Feb 2011...so kenelah extend lg seminggu..even dah extend seminggu pun..masih tak menunjukkan tandanya..mmm...dan I am lucky..kene pulak maulidur rasul..so induce lah pada 12 rabiulawal dan baby nanti dapat meraikan maulidur rasul bersama-sama...seronok2...

    Bercerita tentang induce..ya Allah..subhanallah..sakitnye...uwaaa...masih teringat2 sakitnye..memandangkan Dr tgk kesakitan yg sy alami agak kuat...dia advice epidural..so sy merelakannye..memandangkan bukaan baru 3cm selepas induce...so sementara nak tunggu ke 10cm..lame lagi sy dah tak larat dah...menhana sakit...pengalaman sebelum nie amik epidural mmg tak sakit..langsung.tenang je beranak...hi.hi..tp kali nie...mungkin dos yg digunakan tak tinggi so...lepas pkul ptg...sy rase nak muntah...dan terus muntah2..menunjukkan epidural sudah abis..then bermulalah rase sakit kembali terasa kembali..sakit yg amat sgt...bila dah mencapai 10 cm..ready to push...mmm...push punya push...akhirnya keluar la baby dengan berat 3.7kg!!!...suprise..besarnya..!!!...badan ku...kecil...dia membesar ddalam perut...setelah overdue...mmm...apepun suprise juga kat diri sendiri sbb boleh bersalin normal..syukur2 sgt..dan sy namakan  Aimi Irdina..oh so sweet






    Masih Menunggu kelahiran

    Dear myblog...he..he..dah lame tak update blog aku nie....
    terlalu banyak nak diceritakan...dah terlalu banyak nak kongsikan sepanjang pregnancy nie..tetapi last2..ambik pedoman dan tauladan jelah..kan...

    Esok 8 hb February merupakan due date untuk menantikan kelahiran.hr nie..nampaknya..masih belum menunjukkan tanda-tanda...lagi..so extra 1 weeks lah nampaknye...tak pe tunggu jela..yang penting semuanya selamat...keadaan diri semakin tak berape nak larat.memandangkan tumbesaran baby yg semakin membesar di dalam perut..

    Oh ye sebelum..penutupan order terdapat beberape org yg dah buat order dan telah selamat samapi ke tangan masing2 (thanks to Puan Eza yg juga menunggu kelahiran pd bulan 3 ini, terima kasih kerana sabar menunggu.)..dan last tempahan akan samapi dalam middle february ini (to Puan Anis diharap sabar menunggu ye)..



    2nd last order

    Penutupan order

    Salam,

    Kepada semua visitor a.k.a pelanggan  yg dihormati, sy telah membuat penutupan order utk sementara waktu bagi memberi laluan kepada sy untuk persiapan serta menyambut kelahiran anak yg kedua ini. pembukaan order seterusnya  akan dibuka pada masa yg akan diberitahu kelak.

    sekian, terima kasih.

    p/s : semoga mendapat kesenangan dan rahmat dariNya..amiin...

    3rd order and thank you

    Sebagai makluman seterusnya, order yg dijanjikan telah pun diterima oleh pelanggan-pelanggan semua. terima kasih kerana sabar menunggu. Semoga terus dapat memberikan anak susu yg terbaik

    2nd batch order dah sampai...


    Untuk makluman..2nd batch order dah sampai dengan selamatnya...so next order akan samapi within a week...please contact ibu rafiq..for booking...

    Terima kasih to pelanggan yang dihormati.... :-D

    :: iburafiq::

    Wish all the best to Puan Aswahaida Abdull Manan

    Salam hai..kali nie sy nak cerita pasal breastpump freestyle sy tu...hu..hu...ade kisah menariknya...actually ramai juga yg respon kepada saya pasal nie..means that ramai ibu-ibu looking this breastpump..actually is good...feedback for me ,,menunjukkan ibu-ibu kat Malaysia nie mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memberi susu yang terbaik untuk anak-anak mereka.walaupun terpaksa buat 'investment'...masing-masing ade cerita tersendiri tentang kegagalan anak pertama untuk breastfeed, halangan yg terpaksa ditempuhi, dan ade yang agak terlewat untuk menyediakan persiapan...tapi itu semua bukan penghalang untuk ibu-ibu untuk membetulkan kesilapan lalu pada masa yg akan datang...

    Apepun ape yang sy nak ceritakan di sini, sy telah menjual breastpump sy kepada Puan Aswahaida!!..sy tak kisah..perjalanan prengnancy sy masih panjang lagi...sy dengan rela hati mendahulukan apa yang saya ada untuk diberikan kepad Puan As, actually sy rase berpuas hati kerana dapat membantu kerana  seem like Puan As mmg agak berminat sgt dgn medela freestyle ini...semoga dengan kehadiran medela freestyle itu dapat menceriakan dan mengurangkan kesakitan yang dia lalui ....Sy mendoakan agar Puan As dapat terus dapat breastfeed selama mungkin..insyaAllah...amiiiin...


    So selepas ini sy akan survey lagi2..breastpump..kalau boleh nak dapatkan the best price...kepada sesiapa yng berminat nak kirim saya...sy alu-alukan....

    :: mommylicious a.k.a. iburafiq ::
     

    Medela breastpump freestyle saya...

     

    Ok now..time to present ape yg I tunggu selama ini...mmm..medela frestyle sya..alhamdulillah..sampai dengan selamat...now baru rase confident dan puas hati...bila buka kotak..mcm complicated pulak nak pakai freestyle tapi yg lain semuanye accesories jer...antara barang-barang yg disertakan :

    1. cooler bag termasuk cooler pack..tapi bukan dalam bentuk plastic yer..sgt thn lame tidak perlu risau bocor
    2. handbag to carry all the equipment..agak sesuai sizenye kalau nak kemane-mane..
    3. 2 jenis corong pump...1 jenis yg fully plastic and 1 lg yg ade getah sikit...
    4. 4 botol (5 oz ) bekas susu brand medela termasuk tutupnye dan extra 1 puting..
    5. Tali pinggang khas untuk free-hand pumping (letak mesin pump)
    6. Getah pengikat untuk free hand pumping
    7. Medela freestyle smart mechine + kabel (boleh gune batery(rechargable) or electrik)
    8. tubing
    9. international adapter kod...(semua jenis adapter ade)...best2.
    banyak kan barang2...nye..tapi bile pergi memane yg penting beberape ketul barang jer..tak perlu semua..

    seronok rasanye..now boleh lah menunggu masa nak bersalin dgn gembira..now kepada sesiapa yg berminat nak membuat pertanyaan mengenai breastpump brand medela...bolehlah berhubung dgn saya..insyaAllah..sy cube membantu..



    :: mommylicious a.k.a iburafiq ::



    BP Medela freestyle saya dah sampai Malaysia

    Tak sabar  rasanya nak lihat medela freestyle saya kat depan mata...sy telah menerima confirmation daripada adik sy yang bp tu dah sampai kat tgn dia..alhamdullilah samapi juga...rasa sgt berpuas hati cume belum rase puas hati yg penuh..selagi tak sampai kat tangan sendiri....adik sy kate sgt mantop!!!..arrrrgh..itu yg membuatkan sy tak sabar nak ambik ...apepun mlm ni sy akan berada di shah alam ...untuk berjumpa MIL and FIL yang akan berangkat ke tanah suci Mekah dan sekali terus nak ambil freestyle tuh......semoga mereka selamat pergi dan kembali..serta mendapat haji yg mabrur..amiin..ok nanti lepas nie sy update gambar pulak...

    :: mommylicious a.k.a iburafiq ::

    Medela Freestyle price!!

    Hi there...welcome back after hari Raya..maybe I sajelah nak share info nie...dalam 2 bulan sebelum ni...I lebih tertumpu untuk monitor currency and price medela freestlyle..yelah mmg dah plan nak beli..cume kalau boleh dapat harga yg sesuai.. actually bukan tak nak beli kat malaysia...mahal sgt lah..di luar kemampuan...my style lambat dapat tak pe..asal ape yg I nak beli adalah dengan harga yang amat-amat berbaloi...actually i nie bukanlah kaya sgt..so beli decide sesuatu yg I kategorikan mahal..mmg sgt berhati2...dan actually bukan kedekut.....looking for something yg ade value for what you spending of..

    Ha..ha..nak tau kenapa  I monitor currency?..sbb I beli kat UK...so far kat UK harga below RM 1200...but must be smart..sbb ade yg boleh bg lagi murah...dari harga itewww..hu..hu...dgn mengambil sikap amat berhati2. dgn membeli secara online...ha..ha..(terpaksa pinjam kad kredit hubby) sbb I tak pakai kad credit....I buat research on a few websites secara online ...bile currency Ringgit tgh mahal...cepat2...tgk balik website tu..terus diaorg up kan harga..ayaaakkkk..pandai juga diaorg nie...tetapi harga still within RM1000....mmm...so nak tak nak...cari lagi website lain jumpelah website lain...yg harga lebih kurang...tetapi kalau dapat bg discount code...dapat save 10 pound ...ha..ha..ape lagi...kire punye kire..dapatlah harga dalam RM970...oklah not bad juga kan!!!...

    strong reason sbb beli kat UK ..ade contact yg dudk kat sane berulang alik Malaysia - UK..so takyah lah susah2 nak kene deliver ke Malaysia...'mamat' tu bleh tolong bawakan katenye...hi..hi...Thanks a lot....apepun I dah selamat order dan telah pun menerima confirmation the stock dah hantar ke address yg diberi...so tunggu masa jelah..'mamat tu bawakan...ok..apepun.budget tu nak beli breastpump dah lepas...alhamdullilah...nak tunggu barang jer...

    will inform later kalau barang dah samapi ke tangan I....(tak sabar rasenye)

    ::mommylicious a.k.a iburafiq

    "Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri"

    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” Salam dihulur memohon kemaafan yang tidak tidak terhingga. Semoga Kegembiraan Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan..amiin..


    Mood menulis

    mmm..mengeluh je lah minggu nie...bukan ape..kenapa perasa malas berganda2...yelah puasa kan...tapi puasa bukan alasan (ape la aku nie)...actually banyak yg nak cerita yag nak dikongsikan....tapi memandangkan jari jemariku..tersgtlah malas nak menaip...membuat kan story pasal nie terbantut...ape-apun..semoga mood aku nie kembali pulih..

    came on che rus...don't be like this....
    p/s:" semoga mood menulis akan kembali ..amiin.."

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...