Keperluan Kalsium mengikut usia

بسم الله الرحمن الرحيم ❇  اسلام عليكم

Adakah anda selalu MIGRAIN? GUSI BERDARAH? GIGI ROSAK,? NGILU TAPAK KAKI?
******************************************************************************
check! semua itu tanda anda kekurangan KALSIUM!!!
Tahukah anda kalsium tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan..ia perlu diambil melalui pemakanan harian kita. Adakah anda tahu keperluan kalsium anda? kategori yang bagaimana?
.anda rasa anda cukup kalsium?...kalau gigi dah mula gugur 1 persatu...aha..itu tanda tubuh anda perlu tambahan kalsium dalam diet harian....


Untuk amalkan pengambilan kalsium secara tepat dan mudah, mmg sukar untuk disediakan ..so pilihan lain telan 2 hingga ke 4 biji ostematrix dr Shaklee setiap hari sudah lengkap sebgai sumber kalsium harian tubuh badan mengikut kategori yang sesuai..aha..mudah dan ringkas...dan tidak perlu bimbang..jaminan produk-produk SHAKLEE adalah semulajadi dan selamat...

Fabulous february!!...ada promo Ostematrix Buy 6 percuma 1..membekalkan keperluan kalsium harian anda..grab cepat...
khidmat nasihat selanjutnya sms.whatsapp 012 3320460 CheRus

B complex Shaklee PERCUMA..jadi 10 yang terawal

بسم الله الرحمن الرحيم ❇  اسلام عليكم


CheRus rasa nak bagi B complex Shaklee kepada 10 orang yang bertuah dalam page ni lah..Free je..hanya untuk hari ini sahaja..syaratnya anda bukan SID Shaklee ...hi..hi...



siapa berminat komen "NAK" atau whatsapp 012 3320460...10 orang yang terawal ...sila la komen

*kos penhantaran sendiri ye...

Shaklee untuk kesihatan atau pendapatan?

بسم الله الرحمن الرحيم ❇  اسلام عليكم

Kenapa CheRus pilih Shaklee? kesihatan? peluang pendapatan?or kedua-duanya?

Ok kita mulakan dengan produk. Sememang produk Shaklee memang terbaik, dan CheRus sendiri sudah menggunakan untuk diri bermula dengan untuk penyusuan, dan sehingga kini masih mengamalkan Shaklee!..sebelum Shaklee??mcm-mcm masalah kesihatan almaklumlah lepas beranak..dan usia meningkat kan..kann... Alhamdulillah ..semakin sihat-sihat juga sekarang ni selepas hampir 3 tahun mengamalkan produk shaklee!...anak dan suami juga mengamalkan produk Shaklee!..mmg awesome...terbukti berkesan menaik taraf kesihatan diri..dan sesungguhnya hanya dengan Izin Allah..
Shaklee sendiri memang terkenal dengan produk Nutrisi..tetapi ada juga produk Shaklee yang lain termasuklah produk  pengurusan berat badan, penjagaan rumah dan penjagaan diri yang kesemuanya 100% jaminan semulajadi, berkesan dan selamat.Jadi bila kita yakin dengan produk yang bagus maka tak salah jika kita kongsi pengalaman kita  produk dengan sesiapa sahaja dengan siapa  yang kita kenal...dan itu  adalah asas kepada peluang pendapatan.
Bermula dari rumah secara online dan sekadar sebagai suri rumah ..alhamdulillah sehingga kini masih bergerak secara online dengan kemudahan masa bersama keluarga, dan anak-anak...urusan masa yang fleksible ..yang penting ada income sendiri...itu yang yang CheRus mahukan...sendiri yang tentukan hala tuju..

So CheRus pilih keduanya kesihatan dan pendapatan!.
[ I use, I share, I build ]- YOU could be the next SID?..jom join CheRus..tiada risiko rugi pun..anda rugi jika tak mampu JIHAD utk kesihatan..


Jika berminat boleh whatsapp CheRus ya : 012 3320460



Ketahui 5 jenis sumber makanan semulajadi melalui warna

بسم الله الرحمن الرحيم ❇  اسلام عليكم
Dalam memilih buah-buahan dan sayuran untuk dijadikan jus atau makanan, anda tidak perlu rasa bimbang untuk mencuba kepelbagaian warna sumber makanan semulajadi. Malah mencuba pelbagai warna semulajadi makanan dapat memberi keperluan kesihatan secara menyeluruh.
Setiap kumpulan warna sumber makanan membawa kepada keperluan kesihatan yang berbeza. Bila anda memenuhi kesemua kumpulan warna makanan ini akan memberi nutrien atau pun vitamin yang mampu melawan pelbagai jenis penyakit. Inilah hebatnya alam semulajadi kepada manusia.Jom kita belajar 1 persatu dan anda suka makanan dalam kumpulan warna apa?

5 jenis makanan yang diklasifikasikan mengikut warna yang mampu meningkat kesihatan
================================================================
1. Makanan Hijau- sinonim dengan klorofil dan mempunyai keupayaan merawat penyakit. Fungsi utama makanan hijau adalah mengekalkan pertumbuhan sel yang sihat dan membantu memudahkan interaksi antara sel untuk meningkatkan kesihatan.Manfaat makanan hijau termasuklah
  • mencuci darah, mengawal gula dalam darah, kawal paras kolestrol
  • kawal kolestrol dan mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung
  • membunuh dan menghalang jangkitan virus dan kulat
  • Mengekalkan kekuatan tulang
  • Mengurangkan kesan allergi 
  • melegakan masalah pernafasan seperti asthma dan sinus
  • mengurangkan kesakitan akibat keradangan menghilangkan bau badan dan nafas berbau
  • meningkatkan kesihatan usus

Contoh makanan hijau ada seperti Alfalfa sprouts, asparagus, brokoli, kobis hijau,salari, epal hijau. daun ketumbar, pasli,lada begala hijau,  teh hijau dan sebagainya






2. Makanan Putih - berperanan menyokong penyenggaraan metabolisme tulang yang sihat
Manfaat yang boleh diperolehi untuk jenis makanan berwarna putih
  • Memusnahkan mikroorganisma 'jahat' di dalam proses pencernaan
  • Menghilangkan pelbagai jenis jangkitan  virus dan  kulat 
  • Meningkatkan makanan untuk pembiakan bakteria baik 
  • Mengaktifkan sel darah putih sebagai pertahanan pertaman daripada serangan bakteria
  • mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung
  • Penggalak imun sistem tubuh  yang hebat dan mengawal keseimbangan horman 
  • Mengelakan kanser perut, prostat dan darah

Antara jenis makanan berwarna putih seperti serai, bawang putih, halia, bunga kobis, bawang besar, lobak putih, cendawan,sengkuang dan lain-lain lagi

3. Makanan Merah ~ banyak didapati buah-buahan . Makanan berwarna merah ini biasanya mempunyai kaitan dengan antioksida dan mampu menyokong kesihatan jantung, prostat dan meningkat imun sistem badan.
  • Menghalang atau memperbaiki masalah rabun silau ,katarak dan penyakit mata yang berkaitan penglihatan sentral
  • memnghalang dan memperbaiki paras gula dalam darah utk masalah diabetis 
  • melancarkan peredaran darah nak tidak mudah merasa lemah atau kebas-kebas kaki, 
  • Mengelakkan Kanser
  • Mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan
  • meningkatkan kolestrol "baik” HDL dan mengurangkan paras kolestrol  
  • mengurangkan keradangan yang kronik
  • Mengurangkan pembentukan batu karang
  • anti bakteria dan kulat
  • mengawal keseimbangan hormon


Contoh makanan yang dikategorikan merah  epal merah, semua jenis berries,strawberi, pir plum,delima, prun , anggur merah, anggur ungu, bawang merah, kobis ungu, buah naga merah, tembikai, dan lai-lain lagi

4. Makanan warna kuning dan oren ~ menyokong penglihatan dan mengekalkan penghidratan kulit
Manfaat makanan ini mampu
  • mengelakkan atau memperbaiki kerosakan DNA daripada serangan radikal bebas
  • Melindungi daripada penyaki kardiovaskular
  • Melindung kesihatan mata, mengelakkan silau, 
  • Membantu dan meningkatkan kesuburan dan  berfungsi dengan baik
  • Menghalang pembentukan sel kanser dan melindung sel dari pembentukan abnormal sel
  • Penggalak imun
  • mengawal paras gula dalam darah

Contoh makan berwarna oren dan kuning
Apricots, tembikai jingga, carrots, mangga, nectarines, oren, betik, pisang kaki , labu,keledek  dan banyak lagi,

5.Biru/ungu ~ Campuran daripada pelbagai warna makanan akan menghasilkan fitonutrien makanan yang pekat mewarnai biru dan hitam. Dengan gabungan warna ini menjadikan ia "superfood" yang mengandungi pelbagai nutrien.Lebih antioksida, lebih fitonutrien, lebih mineral dan lebih vitamin
Kebaikan sumber makanan dari kumpulan warna ini adalah
  • Menguatkan dan meningkatka kesihatan buah pinggang
  • Membina semula dan menguatkan tulang
  • kandungan antioksida yang lebih tinggi utk melawan musuh
  • anti-tumor dan anti viral
  • Penggalak imun yang lebih hebat
  • meningkatkan dan menggalak metabolisma proses

Antara contoh makan berwarna biru/hitam
beri biru, , plum hitam, keledek jepun, beri hitam, blackcurrants,anggur ungu, anggur hitam,
buah zaitun hitam, kobis ungu, cendawan hitam, kacang merah, bijan hitam

Aha yang mana pilihan warna makanan anda?...kesinambungan kesemua jenis warna sumber makanan memberi kesihatan yang menyeluruh kepada kesihatan anda .

Iklan : Mencari supplement phytonutrien terbaik?  VIVIX sesuai untuk awet muda, penyakit kanser, penyakit jantung.
 






Promosi hebat sepanjang bulan Januari 
**beli 6 botol VIVIX  PERCUMA 1 botol, 
**beli 2 botol VIVIX DISCOUNT 5%
**get free membership
**cash bonus
whatsapp : 013 3320360

CheRus..healthy is priceless

**artikel ini adalah berdasarkan rujukan melalui pembacaan.

Info produk : Alfalfa

بسم الله الرحمن الرحيم ❇  اسلام عليكم 


Wow..amazing Alfalfa!..apa yang membezakan alfalfa Shaklee dengan yang lain?..Alfalfa Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam secara organik di ladangnya sendiri di California,USA. Ditanam tanpa pestisid, racun kulat, bateriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
Alfalfa Shaklee juga hanya dituai jika betul-betul matang lebih kurang 2 tahun sehingga akarnya menyerap semua mineral dalam tanah sehingga 20 kaki ke bawah sebelum ia diproses untuk dijadikan pil.



promosi harga jimat Buy 6 free 1 @ Buy 2 with 5% discount
whatsapp 012 3320460

5 Jenis Makanan yang mampu mengawal paras kolestrol secara semulajadi yang perlu anda tahu.

بسم الله الرحمن الرحيم ❇  اسلام عليكم


Tahukah anda?? ~ Sterol Tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.Ia juga dikenali phytosterol atau stanols adalah sebatian tumbuhan  yang bersifat merendahkan  kolestrol. 
Pengambilan sumber marjerin seperti marjerin, jus oren, dan minuman yogurt yang diperkuat dengan sterol tumbuhan dikatakan mampu menurunkan tahap kolestrol sebanyak 10 hingga 15 peratus.
Berikut adalah 5 jenis makanan yang mengandungi sterol tumbuhan yang boleh dijadikan amalan pemakanan yang baik untuk mengurangkan paras kolestrol dan kebimbangan risiko penyakit jantung dan strok.



1. Oat - Bijirin yg mengandungi serat larut dikenali sebagai " beta glukan" yg memang terbukti secara scientific mampu merendahkan tahap kolestrol.kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yg tinggi turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

2. Minyak ikan omega 3 merupakan asid lemak yg penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi asid lemak tak tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.
Anda juga boleh dapat minyak ikan dari sumber makanan harian seperti dari ikan salmon atau pemakanan supplement.Biasanya pemilihan minyak ikan omega 3 lebih mudah melalui pengambilan dari supplement. Walaubagaimanapun pemilihan supplement minyak ikan omega 3 perlu diteliti dan memerlukan pemahaman kerana sebagai pengguna kita perlu bijak memastikan kandungan minyak ikan adalah dari sumber yang natural dan bebas dari kandungan merkuri.

3. Kacang badam dan walnut. Bagaimana kacang badam dan walnut juga mampu membantu mengurangkan kolestrol dalam darah secara semulajadi? Kajian telah membuktikan walnut boleh mengurangkan paras kolestrol dalam kerana kaya dengan kandungan asid poli tak tepu yang baik untuk mengelakkan obesiti.Kacang walnut juga dikatakan membantu mengekalkan salur darah sihat dan anjal.Manakala dengan pengambilan badam dalam amalan pemakanan menunjukkan satu peningkatan ketara dengan hanya empat minggu.. cubalah 

4. Minyak Zaitun.Untuk pengetahuan anda minyak zaitun mengandungi antioksida yang kuat dan dikatakan boleh mengurangkan kadar kolestrol tidak baikt LDL tanpa mengurangkan kadar kolestrol baik (HDL). Dengan mengamalkan sebanyak 23g minyak zaitun atau bersamaan 2 sudu setiap hari adalah sudah cukup untuk amalan harian. Minyak zaitun juga boleh digunakan di dalam masakan.
Ia jugakan makanan yang banyak disebut di dalam Alquran dan mempunyai kebaikan tersendiri.Ia juga dikatakan tidak memudaratkan jika diambil berlebihan kerana badan akan menyerap mengikut keperluan dan selebihnya akan diyahkan.

5. Psyllium Husk secara lazimnya digunakan untuk menangani masalah sembelit. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan paras kolestrol di dalam darah. Sejah tahun 1998 lagi, FDA telah pun meluluskan phyllium husk di dalam akuan kesihatan.3 hingga 12 gram fiber mudah larut daripada phyllium husk, apabila digunakan untuk sebahagian diet boleh mengurangkan risiko serangan sakit jantung.

Justeru itu,selain sterol dari tumbuhan, pengambilan sterol melalui suplemen juga adalah pilihan alternatif kerana Suplemen ini memberikan sterol tumbuhan yang pada kadar yang relevan.

iklan : 

maklumat lanjut : whatsapp 0123320460

Jika anda berisiko tinggi sila amalkan pemakanan sihat sebagai langkah pengawalan

CheRus..Healthy is priceless





7 jenis makanan yang membekalkan sumber kalsium yang perlu anda tahu.

بسم الله الرحمن الرحيم ❇  اسلام عليكم 

Kalsium adalah penting kepada proses perkembangan kanak-kanak. Namun ia juga penting untuk individu dewasa juga memerlukan kalsium agar tubuh badan kekal sihat. Tahukah anda kalsium tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara semulajadi. Kalsium hanya boleh diperolehi melalui pemakanan dan diet harian. Jika kita kekurangan kalsium tubuh badan akan mengambil sumber kalsium dari tulang dan gigi  yang menyebabkan mudahkan nya berlaku pereputan tulang, osteoperosis dan masalah gigi. Bagaimana kita boleh memperolehi kalsium?
berikut adalah 7 jenis makanan yang membekalkan sumber kalsium.


  1. KEJU merupakan makanan yg berasaskan susu.keju memiliki hampir semua kandungan  nutrisi pada susu seperti protien, vitamin, mineral, kalsium, fosfor, lemak dan juga kolestrol. Namun pengambilan yg berlebihan juga boleh menyebabkan gangguan kesihatan
  2. YOGURT adalah susu yg dibuat melalui fermentasi bakteria dan diperbuat dr pelbagai jenis susu termasuklah kacang soya.
  3. SAYURAN HIJAU. Tahukah anda syuran hijau seperti brokoli dan bayam terutamanya adalah sayuran hijau  yg membekalkan sumber kalsium yg tinggi..mcm pelikkan tetapi ini adalah fakta
  4. KACANG SOYA memgandungi kalsium yg tinggi.Jika anda merebus secawan kacang soya tanpa dicampurkan garam, ia dikatan mampu menghasilkan sehingga 261mg kalsium..menarikkan kan?.tetapi pastikan ianya bukan kacang soya gmo!
  5. SALMON.Tahukah anda sepotong ikan salmon mengandungi 181mg kalsium..wow!..ikan salmon juga kaya dengan lemak sihat dan protien.
  6. BADAM diperkaya dengan vitamin e.apa yang menarik mengenai badam ia juga mengandungi 70-80mg kalsium.Selain susu badam juga mampu menjadi sumber kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan
  7. KOBIS.aha kobis nie sebenarnya dikategorikan kepada sayuran yg berbentuk buahan.Dalam setiap hidangan, ia dikatakan lebih bermanfaat daripada segelas susu.jadi lebihkan sayuran ini untuk setiap hidangan anda..

Bagi memudahkan pengambilan kalsium harian secara tepat?..amalkan ostematrix utk mendapatkan manfaat kalsium kepada tubuh badan anda!

CheRus ,..healthy is priceless



Phtytocol-St membantu menurunkan kolestrol LDL


بسم الله الرحمن الرحيم ❇  اسلام عليكم 

Selamat pagi..CheRus nak sentuh sikit bab makan sebab lately customer dah mula cari set kolestrol untuk suaminya..ayahnya...kolestrol tinggi???bahaya!! nak tahu kenapa ? sebabnya high kolestrol penyumbang yang TINGGI untuk risiko penyakit JANTUNG!!!!..
Berhati-hati kepada mereka yang gemar makan..hobi suka makan..makan dan makan..mmg sukar nak kawal makanan yang sedap-sedap..lagi-lagi bila dah terhidang depan mata takkan nak tengok je kan..well berbalik kepada ajaran agama bersederhana..apapun tindakan kita yang berlebih-lebih tentunya akan membawa mudharat..begitu jugalan makan..terutamakan makanan yang berkarrbihdrat dan berlemah tinggi..


gambar : beginilah keadaan saluran tersumbat akibat high kolestrol terlekat di dinding-dinding saluran darah
Tahukah anda kolestrol tinggi datang tanpa kita sedari tiada simptom atau tanda-tanda yang jelas..tau2 buat medical Check-up zasss! detected!..zasss tinggi!..aha masa tu baru gelabah...what to do..what to eat..kat malaysia je ni lebih 6juta orang mempunyai kolestrol tinggi - mengikut kajian pada 2006..he..he..kalau sekarang ni mcm mane..adakah anda, keluarga terdekat anda menyumbang statistik itu? erkkk..cegah sebelum terlambat

gambar : 6 juta rakyat malaysia mempunyai kolestrol tinggi

Mengawal makanan dan pengambilan Phytocol-st
===================================
Sebenarnya bukan mudah juga nak nak ubah cara makan kepada pemakanan sihat walaupun anda disahkan ada high kolestrol dan selalunya bergantung kepada ubat semata. tapi nak ubah mmg corak pemakanan mmg sukar. Aktiviti sihat seperti senaman pun kadang-kadang malas dan culas..atau tak sempat dengan kesibukkan kerja dan pelbagai lagi.
Disebabkan permasalahan itu, saya cadangkan pengambilan PHYTOCOL -st dari Shaklee untuk membantu menurunkan dan mengawal kolestrol tinggi dengan SEMULAJADI!.
Apa itu PHYTOCOL-st dan bagaimana ia bekerja dengan semulajadi? CheRus sambung di entry selepas ini hi..hi

Dengan mengamalkan PHYTOCOL -St dari Shaklee ianya mampu menurunkan kadar kolestrol LDL yang tidak diperlukan oleh tubuh badan

Kenapa mesti amik PHYTOCOL -ST ???


Untuk maklumat lanjut boleh sms.whatapp 012 3320460
Your trusted SID : CheRus



Vitamin untuk wanita/ibu kekal sihat

بسم الله الرحمن الرحيم ❇  اسلام عليكم


Assalamualaikum..hai mommies! sering keletihan? wajah kusam? kurang bermaya?

Masalah ini memang selalu di hadapi dikalangan ibu-ibu..ye tak?...ditambah pula bg ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil juga masih bayi.....ibu perlu kekal sihat untuk memastikan tanggungjawab sebagai ibu dalam rumahtangga lancar dan sempurna...kesibukan golongan ibu-ibu zaman sekarang ni kadang-kadang menyebabkan mereka kekurangan pelbagai vitamin dan mineral tanpa disedari...kesan kekurangan ini menjadikan mereka stress dan dalam jangkamasa panjang kelihatan lebih tua dari usia dan muncul pelbagai penyakit...upppst..taknak lah nampak tua sangat kan..biarlah seiring dengan usia....

Cerita mengenai stress ni kan...tetiba2 teringat kata kata ustazah yang mengajar usrah di kejiranan rumah CheRus. yang merupakan pengamal perubatan darul Syifa'...ya mmg zaman sekarang golongan wanita lah yang mempunyai masalah stress yang paling tinggi....dulu CheRus ni pernah melaluinya...selepas bersalin....masa tu belum kenal Shaklee lagi..hi..hi....kira baru berjinak-jinak lah..tp mmg bila keadaan kita stress..pelbagai masalah kesihatan akan meyusul.....keadaan diri kurang bermaya, keletihan, kemurungan..ditambah dengan fizikal yang sakit..lagi menambah ketidak selesaan pada diri...sehinggakan pemakanan sihat untuk diri sendiri pun terabai..tp itu dulu lah..alhamdulillah sekarang ni takde  lagi masalah di atas... semoga Allah memberi kesihatan dan rezeki yang baik....

Apa yang CheRus nasihatkan kepada ibu-ibu yang sedang menyusu mahupun yang sedang dalam proses membesarkan anak-anak..kesihatan perlu dijaga untuk memastikan kita meniti usia yang sihat bukan dengan sakit sana sini...ubah cara hidup dengan mengamalkan supplement dan vitamin..inshaAllah ianya baik untuk diri sendiri dan juga kesihatan...




Cara paling mudah amalkan supplement dari Shaklee mengikut saranan...tapi pastikan ianya selamat dan diyakini membantu meningkatkan tahap kesihatan diri.

Dapatkan cadangan supplement dari saya? hubungi CheRus 012 3320460 untuk khidmat nasihat dan panduan pemakanan yang betu

Perkongsian Ilmu : Amalan sebelum tidur


بسم الله الرحمن الرحيم ❇      اسلام عليكم
Hai...lama dah CheRus tak update blog kan..hua..hua..takde idea..hi..hi...malas terlebih je ni..ok sedikit perkongsian ilmu dari usrah yang CheRus join...rasa macam rugi jika tidak dikongsikan bersama..kira menyampaikan apa yang dipelajari..sampaikan walaupun satu ayat....kan...

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke rumah puterinya Sayyidah Fatimah.Ketika itu, Fatimah sudah bersiap-siap berbaring untuk tidur.
Rasulullah SAW lalu berkata " wahai Fatimah puteriku, janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat perkara :

  1. menghatam Al- Quran
  2. memperoleh syafaat dari para nabi
  3. membuat hati kaum mukminin dan mukminat senang dan redha kepadamua
  4. Melakukan haji dan umrah

Fatimah bertanya bagaimana mungkin aku melakukan itu semua sebelum tidur? 
Rasululllah menjawab
"Sebelum tidur, bacalah oleh kamu Qul huwallahu ahad 3 kali. Itu sama nilainya dengan menghatam AlQuran."

Rasulullah menlanjutkan ucapannya " kemudaian supaya engkau mendapat syafaat dariku dan para nabi sebelumku bacalah selawat
dr Hadis [An-nasae'i 1292. sahih] - selawat yang paling ringkas 
اللهم صلى محمد و على ال محمد
Ya tuhan kami, selawatkanlah ke tasa Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Kemudian untuk kamu beroleh rasa redha dari kaum mukminin dan mukminat, supaya kamu disenangi oleh mereka dan supaya kamu juga redha kepada mereka, bacalah istighfar bagi dirimu, orang tuamua dan seluruh kaum mukminin dan mukminat
Lafaz istighfar dalam buku wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali
استغفرالله العظيم لي ولوالدي ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الاحياءمنهم والاموات
Maksudnya "Aku beristighfar (memohon ampun) kepada Allah yang maha besar bagi diriku, kedua ibu bapaku, semua umat Islam lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah mati.

Dan nasihat terakhir dari Rasulullah SAW kepada Fatimah adalah "Sebelum tidur, hendaknya kamu lakukan haji dan umrah." Bagaimana cara? Rasulullah SAW bersabda " Siapa yang membaca 
سبحان الله والحمدلله ولااله الاالله ٠الله اكبر لاحول ولاقوة الا بالله حسبنا الله ونعم الوكيل
ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah" (tasbih 33x, Tahmid 33x, Takbir 33x)

Menurut Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca wirid itu lalu tertidur,kemudian dia bangun kembali Allah menghitung waktu tidurnya sebagai waktu berzikir sehingga dianggap sebagai orang yang berzikir terus menerus. Tidurnya bukanlah tidur dalam kelalaian, tapi tidur dalam keadaan berzikir



Semoga kita sama-sama mampu istiqamah....feel free to share

Salam sayang ...CheRus




Medela Breastpump come back sale!

بسم الله الرحمن الرحيم ❇      اسلام عليكم
hai mommies saja nak buat annoucement....ramai yang tanya CheRus lately masih jual lagi tak Medela Breastpump??..hi..hi..actually jual lagi..memang ada stop kejap...now kembali atas permintaan..so CheRus nak buat "comeback sales" untuk medela breastpump...

Untuk dapatkan khidmat nasihat dan tips pembelian breastpump Medela boleh hubungi CheRus ek?...

maklumat lanjut [ http://www.momsimpleshop.com/p/medela-breastpump.html]
===================
whatsapp | 012 3320460
===================

Please email cherus@momsimpleshop.com, whatsapp or pm FB to get the latest price quote!


Jom start business Shaklee!..

بسم الله الرحمن الرحيم ❇      اسلام عليكم
aha..entry kali nak ajak sesiapa pun join CheRus utk business Shaklee..kali ni CheRus offer business dan bukan sekadar sebagai pengguna tetapi menceburi bidang perniagaan Shaklee...kalau tak kenal CheRus..takpe kita berkenalan..jalinkan ukwah..kalau dah kenal pun takpe..kita rapat-rapatkan ukhawah itu..Apa yang CheRus ingin kongsikan..melalui business Shaklee la CheRus belajar banyak perkara...dari ilmu pernaigaan mahu pun cara hidup..cara berfikir...termasuklah amalan-amalan rohani...

Ukt memulakan perniagaan Shaklee ini saya tidak melihat background anda? bekerja atau suri rumah sesiapa je lah as long ada minat untuk memulakan langkah dalam business..bersedia untuk belajar...sentiasa berusaha untuk memajukan diri...



kenapa CheRus ajak bermula perniagaan dengan Shaklee? Sebab modal yang anda keluarkan hanya RM75 sahaja utk seeumur hidup...jika anda rajin tak mustahil RM75 to boleh jadi RM7500 atau lebih lagi..sbb Shaklee tidak meletakkan sebarang had pendapatan yang mampu anda buat...CheRus dah buktikan dengan RM75 tu nilainya telah pun berganda..dah balik modal la kiranya..

Di sini CheRus listkan 10 perkara kenapa memilih Shaklee sebagai memulakan perniagaan adalah langkah bijak.

[1] tawaran produk pada harga ahli lebih jimat daripada harga runcit
[2] tawaran "career development plan" yang lebih telus
[3] pelan pemasaran patuh syariah dan halal yg diiktiraf oleh jakim
[4] produk berqualiti yang diyakini selamat, berkesan dan mesra alam..hampir 100 tahun
[5] syarikat makanan tambahan berinovasi yang stable dan kukuh lebih 50 tahun pasaran dunia
[6] tidak perlu mengumpul stok dan segalanya boleh dilakukan secara online
[7] risiko kerugian yg rendah atau tiada risiko langsung
[8] pelbagai insentive termasuklah program subsidi kereta, melancong dalam dan luar negara termasuk lah umrah yang semuanya ditanggung oleh syarikat.
[9] insentif dalam bentuk cash selain dari jualan semasa juga ditawarkan dari masa ke semasa
[10] Konsep perniagaan yang memberi peluang sesiapa sahaja utk berkongsi kebaikan kesihatan juga meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarga

Dengan kaedah pemasaran yang boleh dilakukan secara online...menjadi kan konsep perniagaan lebih mudah dan skop yang lebih luas..anda juga mempunyai flesibiliti masa yang anda sendiri tentukan ..kiranya arah tuju business anda yang anda sendiri tentukan ..anda adalah bos...

Hakikatnya jika anda telah melalui perniagaan ianya sesuatu yang priceless kerana business Shaklee menguji kemampuan anda, kreadibiliti anda, leadership anda...persaingan yang sihat...istilah MLM yang  bukan mengkayakan leader anda...utk mengetahuinya bagaimana...berhubung dengan CheRus utk penjelasan lebih lengkap

orait setakat ini dulu..celoteh kali ni..janagn lupa tau roger CheRus jika nak tahu lebiih lanjut marketing plan Shaklee utnuk memeulakan business Shaklee

sms.whatsapp : 012 3320460 - "SHAKLEE" untuk maklumat lanjut.
(。●́‿●̀。)(。●́‿●̀。)(。●́‿●̀。)(。●́‿●̀。)(。●́‿●̀。)(。●́‿●̀。)(。●́‿●̀。)





soya GMO? ..erks..hati-hati memilih soya!

بسم الله الرحمن الرحيم ❇      اسلام عليكم
Hari ahad hr tu 12hb ada sessi sharing and coaching untuk anak2..biz dan juga group sideline lain...yeap..CheRus yg bg talk kali ni dengan  tajuk setting blogspot ke domain name termasuklah how to set newsletter.lepas sessi sharing..as usual...quiz utk para peserta jawap.he..he.2 soalan teknikal apa yg CheRus ajar td and 1 soalan product knowledge tak lain dan tak bukan produk Shaklee la...

Ok memandangkan Shaklee  punya offer bulan ni ESP so CheRus pun tanye pasal GMO dan non GMO soy bean.. ..tentunya ramai SID mesti promo ESP shaklee non gmo..secara general.mungkin kita faham, non gmo bahan tidak diubah secara genetik tetapi sejauh mana anda tahu mengenai SOY bean yang GMO? perlu tahu? yes anda perlu tahu...
So ..bagaimana nak menilai soya yg telah diubah genetiknya...adakah soya gmo ni bagus?...secara general kita kene faham..genetic modification ada dua jenis iaitu dari sumber tumbuhan (GMP) atau menggunakan genetik dr sumber haiwan (GMO)..now berbalik kepada soya yang gmo....adakah ia menggunakan GM dr sumber haiwan or tumbuhan?..ok merujuk kepada penjelasan rakan sideline cherus yg merupakan seorang lecturer biology...pada kebiasaan ..biji soya yang kita lihat..permukaan yg licin cantik dan elok adalah tergolong dari soya yg gmo..iaitu genetiknya diubah dari sumber organisme dan ada juga pengeluar kacang soya mengguna gmo dr  khinzir..why khinzir?..sbb khinzir mempunyai genetik produktivi yg banyak..kiranya sekali beranak banyak..dengan nilai genetik pada khinzir  ini yg digunakan kepada kacang soya supaya daya penghasilan nya juga dapat dimaksimumkan..so fahamkan?



Tahukah anda biji soya yang non gmo tidak mempunyai permukaan yang licin dan agak memggerutu...jadi berhati-hati dengan dengan pemilihan produk yang berasaskan  kacang soya ..terutama kacang soya yang berasal dari China kemungkinan menggunakana genetik dari khinzir utk penghasilan soya dalam jumlah yang besar.Sebagai orang islam perkara-perkara in adalah sesuatu yang amat sensitif.



So cherus yakin dengan minuman berprotien tinggi d dan sememanganya dr sumber yg non gmo..ESP.adalah yg terbaik penghasilannya dan sumber protien terbaik untuk tubuh badan dengan penyediaan yg lebih mudah dan ringkas sangat menjimatkan.

Bulan oktober bulan promosi ESP beli 6 percuma 1...sgt digalakan untuk dijadian minuman asas keluarga...sesuai utk semua peringkat umur.



Untuk sebarang khidmat nasihat selanjutnya..boleh hubungi CheRus

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Your SID : 858776
CheRus : 012 3320460
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Makanan sihat untuk anak-anak tak perlu pertikaian

بسم الله الرحمن الرحيم ❇      اسلام عليكم

Tadi pagi sembang-sembang dalam group watsapp adalah geng print screen seoarang ibu ni question kenapa perlu bagi mealshake kepada anak?..loh..rasanya sebagai ibu mestilah kita nak anak-anak kita sentiasa sihat..membesar dengan bijak.....ye tak???..kalau anak selalu sakit...badan macam tak cukup zat atau badan macam terlebih zat pun ..belajar pun kurang fokus je.....perasan kerisauan tu mmg susah nak katalah....manakala jika sering demam sakit...kos perbelanjaan dirumah juga akan meningkat...well sekarang ni klinik swasta dah agak mahal lah kosnya...

Mealshakes makanan tambahan yang berkhasiat bukan la suatu kewajipan kena bagi..itu terpulang kepada ibu-ibu nak bg apa kat anak-anak..sekadar nak bg susu harian je pun ok..tapi bagi CheRus susu harian tu tak cukup memandangkan pengambilan makanan harian yang berkhasiat anak-anak mmg rasa takdelah hebat mana...satu lagi CheRus sendiri pun mengakui untuk menyediakan pemakanan yang betul-betul sihat setiap hari untuk anak dan keluarga bukanlah sesuatau yang mudah...karenah anak tak makan sayur jangan cakap lah...makan dua 3 kali suap je pun dah tak nak kan...CheRus pasti ramai ibu-ibu diluar sana juga mempunyai masalah yang sama...ye tak...



CheRus ibu kepada anak-anak yang CheRus jaga sendiri bukan lain orang lain..so kita tahu apa yang anak kita makan...kita tahu apa yang dia suka dan apa yang anak tak suka....definately junk food, fast food mmg anak-anak suka..bukan anak-anak je suka mak bapak pun suka juga..ha..ha..faham-faham jelah kan kalau anak orang lain jaga..CheRus tak nak komen banyak-banyak gunakan naluri ibu ya membuat kesimpulan..

So penyelesaian CheRus makanan tambahan Mealshakes..dah dua tahun alhamdulillah..mmg CheRus suka sangat dengan mealshakes untuk anak-anak....kesihatan anak bertambah baik...anak-anak cergas dan cerdas...lagi satu dari segi khasiat yang ada dalam mealshakes itu sendiri memberi keyakinan utk CheRus terus mengamalkan Melashakes kepada anak-anak..Shaklee pula mmg dah bagi jaminan produk dia selamat, berkesan dan natural...kenapa perlu kita menolak ye tak?

Satu lagi ha..ha..CheRus ni bukan jenis ibu yang rajin sesangat mop lantai hari-hari..ruamh sentiasa  bersih kilat bagai...well rumah ada budak-budak aktif..faham je la..kan so menyediakan makanan sihat seringkas mana ketika bersarapan adalah sesuatu yang diperlukan... bila ada Mealshakes hi..hi..mudah je nak sediakan campur 1 sudu kecil dengan susu harian anak-anak..then oklah..cukup untuk keperluan protien anak-anak..mak-mak pun boleh juga..ambik 2 sudu mealshake and 2 susu ESP..inshaAllah boleh kenyang sampai tgh hari...


Kalau anak-anak jenis penjaga atau pengasuh taska atau mana-mana pusat penjagaan..keperluan chewable vita C amatlah digalakan untuk kekal sihat sepanjang masa..Chewable vita C ni pun adalah adalah asas nutrien kepada tulang, gigi dan gusi...jadinya anak-anak membesar dengan hebat!

So..tak perlu nak question sangat  makanan kesihatan anak-anak pelaburan yang lebih berbaloi....aha..kalau kita kerap sangat bagi junk food ..fast food aha..tu mmg patut kene question..confirm makanan tu tinggi kalori dan tinggi msg!...kadar gula yang tinggi juga boleh menyebabkan anak-anak sukar fokus, hilang selera makan dan hyperactive...

CheRus sekadar menyeimbangkan makanan tambahan yang menyumbang kepada kesihatan anak-anak dengan makanan harian utk memastikan apa yang anak-anak makan ada nilai kesihatan..bukan sekdara kenyang sahaja..setiap makanan yang memberi kesihatan yang baik juga makanan sunnah kan.. ~ healthy is priceless

orait cukup dulu entry hari ni..so jumpa lagi dilain entry...if ada sesiapa nak cuba Mealshake and Chewable Vita C boleh roger CheRus,...inshaAllah boleh bagi best price utk pelanggan Mom Simple Shop..

Salam sayang ~ CheRus
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼
♡ Your SID : 858776 ♡
☆ CheRus : 012 3320460 ☆
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼





new features dalam blog CheRus

بسم الله الرحمن الرحيم ❇      اسلام عليكم

New features???? apanya?...CheRus dendangkan lagu I believe dari Irfan Makki feat MAher Zain... dalam blog ini...he..he..so kira ada music background..feeling-feeling soft and harmony gitew...enjoy lah baca entry-entry CheRus kan...so enjoy la ek....

Kalau ada sesiapa yang berminat nak belajar buat blog ke...nak tahu masukkan  features ni comment je "NAK" kat bawah ye...nanti cuba post tutorial and tips...

ok saje nak bgtau tu..ha..ha....ok nak hantar gi sekolah...Ok lupa nak bagitau ESP on sale!!! Buy 6 free 1..Free membership..Cash bonus next month  mau tak?...

ta..ta..ti..tii tu....Salam sayang ~ CheRus

Shaklee Collagen Powder..wow pejal dan menganjalkan!

بسم الله الرحمن الرحيم ❇      اسلام عليكم

Cerita semalam..closing september..nak cerita juga supaya CheRus boleh buat throwback dimasa hadapan...apa yang bestnya semalam..30 september?..closing shaklee la..closing september ni CheRus dah surrender hu..hu..malas nak fikir sangat sbb mmg tak berharap..so closing awal sikit agak ptg kul 4 ptg dah tutup dah..hi.hi..so nak fokus bulan oktober..dgn dah siap semua visualise dan tulis apa perlu buat untuk oktober...
Malam 30 hb biasanya kejiranan saya ni mmg ada ceramah agama selain malam jumaat..as usual CheRus tak melepaskan peluang utk hadir..majlis ilmu kan...belajar pasal mazhab imam yang 4 tu..

Nak jadikan cerita jiran saya ni pernah ambik collagen awal bulan hr tu..tetiba dia sapa..CheRus collagen shaklee ada promo lagi tak...uit..kak!...mlm ni last day promo..sebulan je....hualoh..akak nak ke?..nak brp?..saya ushakan mcm mane nanti...akak makan ok ke?..sbb hari tu ada rasa healing crisis kan...so far dah takde dah...tu yg nak bg testimoni ni...akak rasa badan lebih pejal dan anjal..uuuuuu..tetiba seorang jiran lain..terdengar..anjal?..collagen  shaklee le..aha..betulah tu ye ke..bab2.anjal saya suka..ok cherus.saya nak dua kotak la...


Aha..3 kotak terus..tu dia penangan collagen shaklee..even cherus pun makan badan rasa lebih pejal dan anjal...yg kendur2..tu anjal..giteww.....hu..hu..faham faham jela orang yg breastfeed lama nikan....so mmg sesuai sgt lah amik collagen..kita mantapkan sikit segala kekenduran kan..ha.ha..aha kene bg perhatian juga umur pun dah makin berusia.nak bermakeup tebal...semata nak tutup kedutan wajah.sampai bila kan mak jemah,?..cherus bkn kaki makeup bagai..sejak ada anak2..makeup ni last choice ler  ..siapa setuju anngkat tangan!..

Ok..sambung cerita collagen lagi..ok betul confirm 3 kotak...ape lagi berdesup ku berwhatsapp dengan group leader jika ada sesiapa berminat nak join order cukupkan lagi 7..

Cerita lanjut mengenai shaklee collagen powder [link]


Alhamdulillah..cukup 7 kotak..dalam masa 10 minit..syukur syukur.dipermudahkan.walaupun hanya tinggal beberapa jam sahaja..nak tutup order...
Kat sini CheRus belajar sesuatu..sepatutnya jangan sekali2..give up..berjuang dulu sehingga ke hujungnya...then baru tawakal..sbb hati manusia Allah yg pegang....segala aturan Allah yg tentukan...bila2 masa Allah mampu mengubah..segalanya..sebsgai manusia kita kene yakin dengan  meletakkan kebergantungan dengan Allah..inshaAllah kita lebih tenang dan redha..
So nak guna alasan ramai dah pengedar Shaklee kat Malaysia...rasanya..tak perlu takut...letak kepercayaan kepada Allah..kita usaha sebaiknya diiringi dengan tawakal ye ya tak!
Ok dah panjang juga celoteh pagi ni..so jika ada rakan lain nak join shaklee nak start business..ayuh! Mulakan langkah...sama2 dengan cherus..ok je

Ta ta ti ti ti tu sambung di lain entry..tak sabar nak tahu apa promosi bulan Oktober pula..:) .salam sayang ~ CheRus~ 

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼
♡Your SID : 858776♡
☆CheRus : 012 3320460☆
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼

Motivation Rally and recognition of Acheivement Shaklee

بسم الله الرحمن الرحيم ❇      اسلام عليكم

Ya Allah ngantuk nye masa menulis blog ni...letih semalam tak abes lagi..ape cerita semalam?...28 September 2014..saje tulis date supaya baca entry ni boleh tau bila....tarikh event...berlangsung majlis penganugrahan pencapaian masing-masing..dari rank Supervisor hinggalah snr key coordinator...kalau master coordinator  lain event sepecial khas gitew..actually ini kira 1st time Shaklee meraikan majlisuntuk meraikan semua leader  Shaklee..tahun tahun sebelum ni mmg takde pun....aha..nak pergi ni kene plan juga mana nak letak anak-anak..tak sanggup nak bawa bebudak sebab hubby tak join pun due to dia ada class master nya..so tak boleh la nak kaco schedule dia..tp dengan keadaan yang ramai tu...mmg tak sanggup ler bawa anak-anak..hu..hu..kalut CheRus nak naik stage....the best hantar bebudak dekat rumah adik..he..he...kebetulan event berlangsung kat Shah Alam Convention Centre...dekat lah juga dengan rumah adik...

Ya sebut pasal SHAH ALAM.....seroius walaupun sudah berkali pergi rumah adik dan pergi Shah Alam mmg CheRus fail jalan shah Alam walaupun guna waze..adoi..berkali-kali sesat la...tapi kira oklah...ada waze banyak lah  juga membantu. memandangkan asyik sesat..pergi dan balik...tu yang menambahkan keletihanan..menunggu event habis agak keletihan sebab lapar.....hu..hu..lepaskan makan baru balik.....ambik anak dr rumah adik hantar anak bizz sasuzana ke rumah dia dalam 9.30 malam baru sampai rumah..lama tak drive pusing2 sgt..selalu hubby yang bawakan..kita jadi mem besar....he..he..apepun Alhamdulillah semuanya selamat..

Ok..cerita mengenai recognition ni kira 1st time naik stage ambik..he..he..kira bersemnagat lagi lah...ada speaker jemputan master yang share dah well success...mmm...menarik apa yang disharekan..ada yang bagi tips kejayaan...inshAllah CheRus pasti akan jadi Master Coordinator juga...inshaAllah teruskan usaha..ada 4 tangga lagi yang perlu didaki....

Nampak tak CheRus hujung tu..hu..hu...tak dapat nak bergambar sangat takde camera nak shoot-shoot gambar camera telepon dan telephone dah lemau..hi..hi ni pun dari camera orang lain..apepun oklah..at least seketul dua tu ada...jugaa......

 Yang ni bergamabr group Success Super Mommies dengan Victor Lim dari Shaklee..ha..ha..nampak tak CheRus?..he..he..cenonet jer pun...

Hai setakat ni jala dulu update..mata dah nak tertutup...so jumpa lagi dilain entry ya...

salam sayang...CheRus



Kucing..kucing...meow ..geram tau!!

بسم الله الرحمن الرحيم ❇      اسلام عليكم

weeeee..entry kali nak cerita pasal kucing...huk..hik..sapa suka kucing sila komen banyak-banyak hi..hi...CheRus kalau kucing ni ada geram sikit..kesian pun ada...kiranya agak-agak mmg suka la..tapi takdelah sampai nak bela bebanyak sangat...kalau ikut keluarga CheRus..abah mmg suka sangat dengan kucing..sanggup bagi makan je...mmg rajin siap tumbukkan ikan dengan nasi semua....tp kalau mak CheRus adieh...mmg anti kucing....asal nampak je kucing nak baling dengan penyapu..hu..hu...ganas  tak?...he..he..darah suka kucing turun kat CheRus he..he..actually mmg geram pun dengan kucing ni...comel tau..pastu kalau dia start main-main abis rumah pun bersepah-sepah...

Ok nak cite bagaimana CheRus terbela kucing sekarang ni..sebelumni mmg tak de niat la nak bela..bagai..alamaklumla ada dua orang budak kenit ni...mesti kene ganyang kucing2 ni...suatu ari tu biasala pepagi kat rumah kan terpandang suatu sudu rumah ada mcm seketul-seketul mcm batu bentuknya..agak wierd sbb cantik bulat je kat sudut blok dinding rumah  atas tanah.yang  mmg tak sesuai tido ke stay ke utk binatang sbb terdedah pada hujan...Bila perhati betul mmg ada anak kucing 3 ekor?..alaihai kesian.biarkan je dulu sbb nak tau siapa maknya...
nampak  tak ???sian kan....????

.tetiba hari dah start nak hujan...so tempat tu dah tak selamat utk anak2 kucing sbb air akan bertakung....so CheRus kene buat sesuatu utk sediakan tempat anak-anak dan ibu kucing tinggal...so carikan kotak masukkan anak2 kucing tu dalam kotak..dekat area2 tu juga..supaya mak kucing tu tahu anak-anak dia kat mana...alhamdulillah ibu kucing tu serasi pula dalam kotak tu beberapa hari...tapi kebetulan hujan tak berhenti menyebabkan tempat tu agak tempias...malam-malam husband bangun tutupkan dengan payung..sbb rasa kesian yang amat....pastu tak lama  seminggu du lepas mak kucing tu dah bawak ke mana ntah anak-anak dia..dah tak de ditempat yang CheRus sedia..rasa tak best sbb dah tak de penceria rumah....selang beberapa minggu kemudian eh anak-anak semakin membesar tetiba je ada kat belakang rumah...so biarlakan je diaorang ni ada belakang...sbb mmg nak diaorang ada kat belakang risau kene langgar bila ada kat depan....


 

Sekejap je diorang ni membesar..cantik je lepak dalam pasu bunga......masa ni dah start biasa kat area belakang rumah..mmg tak biarkan masuk pun..sbb tak nak biasakan..ada dalam rumah...tapi selang beberapa bulan kemudian anak-anak dah tak balik ke rumah pulak..takut kene langgar je..kat rumah orang lain kan mmg takkan perasaan..so redha je la..cuma berharap satu hari jumpa lah balik....

selang beberapa minggu kemudian eh..anak-anak kucing ni muncul kembali..dah besar lagi..sekejap je ...tapi hanya 2 ekor je yang kembali..yang sekor lagi tak muncul-muncul sehingga ke hari ni...apepun tak kisah lah..so yang dua ekor ni memebesar lah dibelakang rumah bagai johan bergurau  senda..sampai bersepah rumah kalau CheRus ada kt rumah..mmg biarkan masuk je...alhamdulillah kekal sampai hari..


MIKO and MIKI itu lah nama yang Rafiq bagi..ntah mana dia punya idea dapat nama tu..so kekal sehingga hari ni nama tu miko and miki...kiranya secara tak langsung..dan tak sengaja CheRus terbela anak-anak kucing..smapai la ni..besar dah MIKO [jantan]and MIKI [betina]..aimi mmg pantang kalau ada kucing ni masuk rumah..mesti nak tangkap..mesti nak dukung..mmg geram pun...


aimi and MIKO                      Aimi and MIKI


Antara kedua-dua MIKO and MIKI ni MIKO agak manja sikit...tengokla aksi dia dengan aimi ..hi..hi..ok last foto MIKO yang best

Auwwww..seksi tak MIKO...he..he....

Oklah itulah ceritanya dan kisahnya ..bagaimana cerita terbela kucing sehingga hari  ni..ianya penyeri, penceria..dalam kehidupan harian selain bebudak   dua orang tu....well...kucing juga binatang kesayangan Rasullah SAW..kan...ada juga mengatakan kucing ni membawa rezeki .semoga rezeki kami sentiasa murah..orait...kita rest-rest takde cerita Shaklee post kali nie...tp tetap nak promote jika nak buat side business Shaklee jom lah join CheRus ya!..roger-reoger je CheRus..dengan Shaklee income anda dapat..sihat pun anda dapat...inshaAllah...package la kan..beause healthy is priceless..

Ok jumpa lagi di lain entry ..salam sayang
~ CheRus~


3 Tahun sudah bershaklee

بسم الله الرحمن الرحيم ❇      اسلام عليكم
Alhamdulilah..pejam celik pejam celik dah bulan september ni genaplah 3 tahun dah  CheRus bershaklee..he..he..bila imbas-imbas balik.alahai ruginya tak fokus betul masa tahun pertama dulu....ye CheRus dulu macam semua orang bila tahu SHAKLEE MLM terus tak nak buat..buat pandangan skeptikal..orang biasa...almaklumla masa tu mmg anti MLM..hik..hik...so buat-buat tak tahu jela tentang shaklee ni....dan pada mula-mula cuma sekadar mencuba set trial ..tp tak fokus nak menjual pun sebab dah tahu ianya MLM kan..so sekadar mencuba jela.....
Kenapa CheRus nak cuba juga..ye masa tu zaman kegemilangan ibu-ibu mencuba Shaklee sebagai makanan tambahan untuk menambah susu...hi..hi CheRus pun terpengaruh juga sbb banyak testimoni-testimoni berjaya selepas menggunakan set breastfeeding Shaklee...kebetulan masa tu CheRus mmg sedang menyusukan aimi..agak lebih kurang aimi  8 bulan bulan baru cuba set trial...subhanaAllah mmg ternyata set breastfeeding Shaklee banyak mambantu dalam memberi tenaga CheRus..tak percaya???

Ni entry saya dulu [pengalaman diri sendiri ] dan dari situ CheRus start berminat dengan produk Shaklee...then register lah jadi ahli...just sekadar share cerita..sambil-sambil business kecil-kecil saja..masa mula-mula,just seronok-seronok bercerita je..tetapi bila ada kenalan lain ramai yang ingin mencuba secara tak langsung business mula menapak..again masih belum nak serious!!!...yang seronoknya bila kita sharing apa produk yang kita guna..dan hasil mmg berbaloi..pastinya orang lain akan ingin mencuba juga..tak de rahsia pun...bagi je apa yang kita guna..ternyata...melalui pengalaman diri sndiri dan kita share dgn orang telah membina suatu ukhwah..yang agak unik...sharing cerita ibu menyusu gitu...bila ibu-ibu lain ada masalah..inshaAllah kita cuba memberi semangat dan turut serta cuba membantu...sharing is about caring ...bila orang lain mencuba dan berjaya..secara tak langsung kita sendiri pun rasa gembira dan sangat berpuas hati. ye tak..keyakinan akan lebih tinggi #throwback cerita CheRus dan customer yang hampir putus asa utk breastfeeding baby..then kemudin mencuba set breastfeeding Shaklee..[link] mmg happy sesangat.. alhamdulillah ibu tersebut bejaya breastfeed anak sehingga 2 tahun...mashaAllah....


Bila keyakinan sudah ada sedikit ilmu breastfeeding pun sudah ada dengan melihatkan perkembangan geng business  yang lain begitu serious  dan kebetulanan ada masa yang banyak..since tidak lagi bekerja...barulah terasa nak memulakan business Shaklee dengan serious....apepun kejayaan tidak datang bergolek...mulakan langkah...fahami marketing plan Shaklee.berhubung dan berukhwah dengan leader ..selalu keep on touch...walaupun beronline saja....alhamdulillah dengan langkah yang 3 tahun lepas telah membawa kepada rank supervisor pada April 2013 

langkah seterusnya rank snr supervisor pada Desember 2013 dan rank seterusnya  MARCH  2014-  coordinator...masih jauh perjalanan CheRus...sedikit..sedikit..tp yang penting kita mulakan langkah ..


Apa yang menarik Cherus untuk terus bershaklee?...ukhwah..dari tak kenal langsung jadi kenal dan menyambung silaturrahim....terasa dekat dengan orang yang beraura positive...banyak belajar tentang berniaga yang bukan sekadar mencari kekayaan dan keuntungan semata2..tetapi CheRus dibawa utk terus memperbaiki diri, terus memberi, mencari redha Allah, mendekatkan diri kepada Allah...meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah...ini semua telah membawa kepada usaha untuk memperbaiki diri sendiri....mashaAllah rasa bersuykur sebab dikelilingi oleh orang yang baik-baik...hebat-hebat...sentiasa ingat mengingati...sentiasa membantu...
perkara lain yang menariknya selepas join Shaklee adalalah shaklee adalah about sharing dan membantu orang lain...tidak ada perasaan lokek ..berkongsi ilmu..berkongsi pengalaman, berkongsi cerita dan sentiasa diingatkan untuk bermuhasabah diri...

Ada juga CheRus pernah buat business lain kecil-kecil..tp buat sendiri-sendiri je..untung pun sendiri-sendiri, dapat rezeki pun untuk diri sendiri..semua fikir diri sendiri...bila bermula dengan Shaklee konsep berniaga telah mengubah perception CheRus...so baru lah kepuasan sebab konsep Shaklee yang membantu orang lain untuk sama-sama berjaya..bukan berjaya sensorang..je...

he..he..panjang celoteh hari ini..apepun...CheRus mengajak jika ada seisapa yang berminat nak join shaklee dengan CheRus..kita roger ek..bina ukhwah kita..kita bernetwork bersama-sama..tak yah malu2...inshaAllah kita mampu berjaya dunia akhirat...banyak lagi nak cerita pasal Shaklee...bukan sekadar concept business Shaklee je..lepas ni CheRus nak cerita pasal produk nye yang hebat juga...package business plan yang tidak menindas...atau mengkayakan leader dan produk yang hebat dan company yang stable..so apa tunggu lagi..roger-roger na..


Your SID : 858776
CheRus : 012 3320460



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...