SGM 2 (2012): Support Group Meeting [Bahagian 2]

Salam.

Ok ..sambung  semula yang pasal nipple crack tu..kenapa berlaku?..melalui perbincangan yang diketuai oleh Pn Khamariah , antara faktor pemyumbang kepada masalah tersebut termasuklah cara penyusuan yang tidak tepat..di mana kedudukan lidah bayi sepatutnya berada dibahagian bawah aerola dan menutup secara keseluruhan...pada pengalaman CheRus sendiri mmg betul sgt menyakitkan bila berlaku perkara ini..kebiasaannya berlaku ketika di awal kelahiran ( awal confinement) mungkin ketika itu bayi memerlukan proces masa dan penyesuaian utnuk mendapatkan kedudukan tepat ketika penyusuan berlaku. dalam pada itu juga sekiranya kedudukan tidak tepat maka bahagian hujung lidah bayi mudah terdedah ke bahagian nipple yang menyebabkan berlakunya nipple crack...antara faktor lain adalah keadaan lidah bayi itu sendiri...pemerhatian dan pengesanan secara terperinci perlu di ambil kerana ada sesetengah bayi mengalami mengalami tongue tie (lidah pendek) di mana bahagian selaput nipis di bwah lidah berkeadan kurang normal iaitu agak terkedepan sedikit. ini juga boleh menyebabkan bayi gagal dalam mendapatkan penyusuan yang tepat. Sekiranya perkara ini berlaku..tindakan selanjutnya perlu dirujuk kepada Dr yang segera mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Keadaan kemungkinan pembedahan perlu dijalankan adalah bergantung kepada case itu. 


Bagaimana penyusuan boleh diteruskan sekiranya nipple crack, bayi premature atau bayi yang mengalami tounge tie yg memerluka pembedahan?..ye ada caranya..ibu boleh mengeluarkan susu secara kaedah 'marmet' atau mengeluarkannya dengan mnggunakan pump dan memberi bayi dengan menggunakan small cup or syringe...so penyusuan dapat diteruskan walaupun sedikit masalah di awal kelahiran...insyaAllah.


Sedikit persoalan dari CheRus sendiri mengenai penyusuan selepas setahun..bagaimana cara dan kaedah yang betul..adakah formula milk membantu???..ikuti persoalan ini di next entry ya...nanti CheRus cerita


Salam manis dari CheRus


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...