Salam,
Hari ahad CheRus berkesempatan unetuk bersama-bersama SGM anjuran susu ibu..kali nie kali ke 2..CheRus pergi...he..he..dah dekat sgt dgn rumah...walaupun kali nie tidak berapa ramai yang dtg..tapi perbincangan dan topic yang diutarakan oleh setiap peserta sgt memberi manfaat.dan CheRus rasa kali nie...ilmu tentang susuibu..dapat dipertingkatkan...kali ni juga..banyak permasalahan..dan ilmu baru dapat dikongsikan..he..he..sempat CheRus buat spagheti (mee spiral) ..dah kata port luck kan...
Kali nie CheRus highlight isu yang ingat je..he..he..terlupa bawa nota..ingat kat kepala je nie...ok antara perkara yang dibincangkan. 1.Apakah keperluan dan persediaan untuk breastfeeding..kebanyakan peserta menjawab kene ada ilmu..ilmu apa?..ilmu breastfeeding...CheRus rasa pun mmg kene ada...menunjukan kita bersedia dgn sebarang kemungkinan...sepanjang penyusuan...bila sebut penyusuan ia mungkin ada yang mudah dan mungkin ada yang sukar..maksud CheRus..ada sesetengah ibu tidak mengalami masalah utnuk menyusu mungkin sbb telah mempunyai pengalaman pada kelahiran pertama dan seterusnya...bagaimana sekiranya kelahiran bayi pramatang? bayi mengalami tounge tie(lidah pendek) ? bayi yang mempunyai masalah cleft palate(sumbing bibir)...bagaimana untuk menyusu atau kaedah yang sewajarnya untuk keadaan bayi seperti ini. Keadaan seperti ini perlu dirujuk ke Dr yang merawat dan perlu kaedah2 tertentu supaya bayi-bayi seperti dapat terus menikmati susu ibu.
Ada tak sesiapa dikalangan anda mengalami kekurangan susu secara mendadak atau masalah susu sedikit sehingga menjadikan bayi fussy dan kerap menangis..bagaimanakan kaedah yang sesuai?. sekiranya ibu-ibu menpunyai stok-stok simpanan boleh dipraktiskan dengan menitiskan susu dibahagian payudara dan dialirkan ke bahagian nipple atau aerola..sehingga bayi merasa seolah-olah susu itu adalah dari payudara.ibu itu sendiri. susu tidak semestinya dari stok sendiri juga boleh dipertimbangkan susu dari ibu susuan juga.
Ok seterunya mengenai 'nipple crack'..saya percaya ramai ibu-ibu mengalami situasi ini yang seterusnya dapat membantutkan usaha meneruskan penyusuan secara exclusive or fully breastfeed..CheRus sendiri pernah lalui..apa yang perlu anda lakukan?..kenapa ia berlaku?...
CheRus sambung di next entry ek?...
Salam manis dari CheRus
0 comments:
Post a Comment