Boikot Shaklee?? kenapa perlu paksa orang lain..itu hak individu..respect please!

بسم الله الرحمن الرحيم ❇      اسلام عليكم
Assalamualaikum....isu boikot lagi???.. masih ada yang tidak berpuasa hati dengan SID SID shaklee supaya stop dari terus business Shaklee..why..why tak puas hati?..kenapa nak paksa orang lain...sebab Roger bannet orang yahudi?? [ni kene baca artikel Dr Maza di bawah nanti]   or dia salah seorang director dalam Elie Wiesel Foundation??[ roger bannet hanya wakil atas dasar individu bukan penyumbang dana]  
sbb shaklee produk US? [ Sebenar Shaklee dimiliki oleh company dari Jepun sebelum diambil alih oleh Roger bannet)....makanya dia menyumbang kepada dana Israel??  mmmm..cer fikirkan semula...SHAKLEE dengan kenyataan rasmi telah menafikan dakwaan tersebut..dan Roger bannet sendiri telah pun berjumpa dengan wakil-wakil leader Malaysia baru-baru ini untuk memberi penjelasan secara terperinci [Link]...jelas..tiada apa yang perlu diboikot....selebihnya terpulang kepada hak individu tak perlu memaksa orang lain...





.
SANDARAN YANG PERTAMA
========================
Saya bersandarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau [link]

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.

Syarat Sebelum Sebaran :
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.


SANDARAN YANG KEDUA
==========================
Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi, tapi produk Israel atau yg menyumbang pd Israel.

"Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya."

Boikot Produk Israel bukan Yahudi , apa yang anda faham tentang yahudi??..boleh baca artikel dari Dr MAZA [link]


SANDARAN YANG KETIGA
=======================

AQSA SYARIF sendiri mengatakan kita tidak memboikot company/ produk US tapi kita boikot mereka yg jelas menyumbang pd Israel. Umpamanya McD kita boikot sbb JELAS menyumbang pd negara haram Israel.
rujukan dari : FB :  AQSA SYARIF

SANDARAN YANG KEEMPAT
=========================

Shaklee tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.

http://www.inminds.com/
http://www.inminds.co.uk/

SANDARAN YANG KE LIMA
========================
CheRus dah buat iskharah..makin nak lupakan makin kuat pula tarikan ke Shaklee..cemana tu?? CheRus pun mmg lah bukan beria-ia obses dengan Roger Bannet ni ...belum boleh dikatekan kaya raya dengan Shaklee.....inshaAllah rezeki Allah itu luas..kan...jika ianya nyata dan jelas mcm McD, nestle, Coca-cola..dan lain yang termasuk dalam list senarai http://www.inminds.com/. ..mmg tiada masalah pun nak tinggalkan Shaklee ni...

Ok ini pendirian CheRus..sama ada anda nak boikot juga atau tidak...tiada masalah apapun...hak masing masing kan..hormati je...Boikot dengan Ilmu bukan dengan emosi ya!

oklah.CheRus nak sambung buat Shaklee lagi..he..he..jangan marah..ta..ta..jumpa lain entry

salam sayang..CheRus




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...