Alhamdulillah..yeay order semalam hari ni sudah sampai...apakah bende ini..he..he...inilah dia Get Clean® Water Pitcher mcm water filter tapi dengan saiz jug besar jer.sgt portable.. air rasa lebih enak...lebih sihat..lebih economy..lebih practical..dan lebih mesra alam...
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.
Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.
Tahukah anda?? Air paip yang mengandungi klorin apabila dimasak, kebanyakan kuman dan bakteria akan mati. Bagaimana pun, ia tidak menghilangkan bahan kimia dan logam berbahaya yang terkandung dalam air tersebut. Bahkan, air berklorin yang dipanaskan akan menghasilkan sebatian yang karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa orang zaman sekarang lebih mudah kena kanser berbanding orang zaman dulu.
Dalam badan kita ada 2 jenis penapis bahan cemar yang tak boleh ditukar ganti. Iaitu hati dan buah pinggang. Kalau rosak. Nak ganti perlukan wang yang banyak dan prosesnya sangat menyakitkan. Kalau malas nak ambil tau, sila lah ambil tau for the sake of orang-orang yang kita sayangi. Ambil tahu apa yang kita masukkan dalam badan kita. (credit to alin)
Kesitimewaan dia?
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
LoL..punyalah excited bila dah dpt picther nie...sampai je ke tangan terus buka parcel dgn pisau sbb pisau tu depan mata...nah ambik..sampai luke jariku..hu..hu..over betul !!!...ka..kah bukan ape sebelum nie minum air beli air mineral water...rasa menyemak dgn botol2 kosong dan kotak botol di rumah..then hopefully bila ada Get Clean® Water Pitcher tiada lagi botol2 kosong yg TIDAK mesra alam langsung....:-(
ok..bila2..sambung lagi....salam manis dar CheRus