1 minute virtual simultaneous breastfeeding : Jom join program nie!!! menarik

Salam semua

Kepada ibu-ibu yg masih breastfeed your baby  apa kata kita luangkan 1 minute masa kita itu dengan menyertai program ni...mcm unik  je aktivit nie tak perlu hadirkan diri..kita buat secara maya....Jom register...caranye mudah ..sila click pada image dibawah untuk keterangan lebih lanjut.

JGN LUPA : 6 OGOS 2011 pada pukul 3.00 PTG!!..nak senang set reminder dalam handphone pada masa ini.



Sy dah register anda bila lagi?..wsalam

love to share this article

Just sharing the information,


The surveys showed 14.5 per cent of mothers breastfed their babies exclusively up to six months in 2006 while for up to two years, the figure rose from 11.7 per cent in 1996 to to 37.4 per cent in 2006."  for more detail article read more through this link


http://bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=603723






7th Parenthood Expo 2011

Salam...mungkin ada sesiapa yang berminat boleh lah hadirkan diri




Terdapat pelabagai program menarik yang disediakan terutama program "Breastfeeding talk show live with  MomsLittleOnes.com and Dynas Nursing Attire"


Antara program lain " Breastfeeding Talk Show live with Susuibu.com and DNA"

Mmmm..mcm nak pergi tappi belum dapat dipastikan lagi...harap2 ade peluang la nak pergi..almaklumlah dah  esoknya puasa..

Kupasan topik SGM 6 : Bahagian 3

Salam semua, sy sambung lagi cerita yg sebelum ini..cerita bab mengeluarkan susu ni termasuklah isu pump!!..ade couple dalam sesi itu yg bertanya adakah breastpump bagus itu tentunya yg mahal..?persoalan lain adekah breastpump electrik boleh menjejaskan kandungan life cell susu perahan?..adakah fakta atau sebaliknya?? sy rase sebaliknye kire auta la...hi..hi..Mengenai isu breastpump tidak lah perlu yg mahal2 ikut keperluan dan kemampuan je..jgn memaksa diri untuk membeli pump yg mahal utk mengelakan pembaziran..sudah tentu akan menjadikan tekanan kepada faktor kewangan ..cari alternatif lain yg boleh dipracticekan seperti menggunakan kaedah 'marmet'. Mungkin faktor pekerjaan dan persekitaran tempat kerja juga boleh diambil kira al maklumlah.kan masa adalah sgt penting bagi memastikan kita dapat mengeluarkan susu.Walaubagaimanapun sekiranya faktor kewangan tidak menjadi isu, pembelian breastpump bg  memudahkan pengurusan masa sekurang-kurangnye dapat membantu dalam memastikan kejayaan untnuk meneruskan pemberian susu ibu melalui susu perahan. Perlu diingat juga breastp pump yg mahal bukan penentu kejayaan seseorang ibu untuk menyusukan ya ianya sekadar membantu serta menyokong cara kita untuk mengeluarkan susu dgn lebih mudah ..hi..hi..brp lame ye seseorang itu dikata berjaya???..jawapan ..tiada yg pasti...tiada hadnye..apepun bila kita merujuk kepada ayat alquran ada disebutkan selama 2 thn...apepun ikut keadaan.juga...
Kedua-dua bakal ayah membuat perbentangan.

Persoalan brp  banyakkan stok susu yg perlu disediakan?..erks..isu menarik juga..kalau boleh nak simpan banyak2 kan?..ade yg kurang eloknya kalau buat stok bebanyak nie..bagi ibu yg bekerja .nasihat yg boleh diterima pakai..adalah dengan mengeluarkan susu hr nie utk esok nye stok..bg memasitkan bayi mendapatkan susu perahan yg paling fresh.. fahami situasi dan keaadan kerja ibu sendiri..sekiranya keadaan ibu perlu meninggalkan bayi dalam jangka waktu yg lame, penggunaan stok dapat membantu supaya bekalan susu tidak putus..tp kalau dah simpan banyak sgt .pastikan peti sejuk tersebut sesuai untuk jangka masa lama..dah 1 hal nak kene cari peti sejuk...hu..hu....kumpul ikut keperluan je..1 lg dari segi kandungan live cellnya...yg semakin kurang.. ini juga boleh menyumbangkan kepada isu melawan terhadap penyakit...sy sendiri mempersoalkan mengapa anak 1st masih kerap sakit walaupun sy memberi susu perahan..???sedangkan katanya susu ibu mampu imun terhadap melawan penyakit...mmg belum ade lg kajian yang specific terhadap persoalan ini tetapi bila dibincangkan ..ye la melalui pengalaman sy sendiri..dia mana 1st mengunakan susu perahan..mmg agak kerap demam ..dan selsema...manakala anak ke 2 direct feeding yg langsung tidak pernah demam dari dilahirkan hingga dia 5 bulan sekarang ni..kagum juga..tu ade selsema sikit but just monitor and no medication..so far alhamdullillah dia boleh cure sendiri.. logic juga bila difikirkan mungkin disebabkan sentuhan ibu dan anak ..dan keadaan susu yg sgt fresh diret ke perut baby..makne baby mandapat khasiat penuh dari susu ibu..yeay...suke2...:-P..boleh lah kan..so secara kesimpulannya direct feeding adalah yang terbaeek  thum up!!..hi..hi..luangkan masa bersama bayi selalu untuk direct feeding...lupekan penat dari bekerja..tolak ke tepi hal2..dalam rumah...atau masalah2 lain..free your mind and relax bersama bayi anda..he..he..setakat nielah nak cerita...pasni nye perjumpaan 24 hb..julai..mmg nak join tapi ade hal pulak....ala..miss la..kene pergi yg next month berikutnye lah jawab...ok...

Sebagai kenangan ketika sesi pembincangan


salam


Kupasan topik SGM 6 : Bahagian 2

Salam..ok kita sambung bahagian seterusnya ye..ok cerita mengenai persediaan dan bersedia melibatkan mental dan fizikal...persoalan-persoalan yg selalu bermain diminda seorg ibu atau bakal ibu perlu di atasi dgn cara berhemah..perbincangan kami di meriahkan dengan kehadiran pasangan suami isteri yg bakal menerima cahaya mata tak lama lagi..menarik kan suami datang sekali bersama isteri bersama-sama mendalami ilmu penyusuan ni...dan secara tak langsung kaum bapa ini lah yg banyak mengutarakan persoalan..apepun is a good sharing...

Persediaan bagi ibu meyusu boleh sy katakan melibatkan pelbagai aspek termasuk sokongan org disekiling seperti suami, ibu atau ibu mertua, majikan dan rakan sekerja atau sesiapa sahaja disekiling kita. sokongan dari org yg paling rapat seperti suami atau ibu amat membantu di dalam proses penyesuaian keadaan, serta ilmu-ilmu/petua dari org tua-tua dahulu juga boleh dipertimbangkan untukk diamalkan. Ape yang menarik yg ingin sy kongsikan di sini  sekiranya anda berada di kawasan/keadaan di mana org2 yg tidak menggalakkan penyusuaian ibu. Bertegas untuk memberi susu tepung bg memudahkan ibu untuk memberi susu kepada anak ketika sudah habis cuti bersalin dan ketika telah nak naik bekerja...actually sy sendiri alami perkara ini...bukan mak sy tetapi bidan kampung...iyekan jer..yelah mm mungkin dia tak de ilmu peyusuan ibu yg mendalam..dalam keadan lain pulak ..sekiranya majikan tidak memberikan sokongan untuk kita mengambil masa untuk mengepam..bagaimana utk mengatasi nye ye..sy belum pernah lg keadaan seperti..mungkin ade dikalangan ibu-ibu lain ada melalui kesukaran ini.

Pertanyaan mengenaian jumlah banyak mana stok susu yang perlu dikumpul adalah sgt menarik jika dibincangkan..hi..hi..masing2 berlumba2 nak kumpul stok siapa paling banyak..ha.ha..actually sy pun tergolong org yg dikatakan itew sebelum nil a...kuang2..actually setelah menghadiri sesi perbincangan ini baru tersentak..tak perlu berlumba-lumba tentang stok nie..ade yg kurang bagusnya..salah satunye seperti akan mengakibatkan si ibu sentiasa ingin mengepam susu dari memberi direct kepada baby...yelah manetak nye nak kumpul bebanyak...pastu si ibu secara tidak langsung mengurangkan sesi peyusuan secara terus...perlu diingatkan ye kaedah terbaik utnuk mengeluarkan susu badan adalah melalui hisapan baby secara terus!!..alamak..kene smbung next entry lah..dah panjang...nanti sy sambung lagi ye...

Kupasan topic SGM 6: Bahagian 1

Salam,

Kali sy nak buka entry dgn kupasan isu yg dibentangkan semasa perjumpaan itu. Ok sy mulakan dengan persediaan kelahiran.Adakah anda bersedia menerima kelahiran? pertambahan org baru di dalam keluarga..tak kiralah pada kelahiran pertama ker dua ke dan seterusnya..adakah ia suatu kurniaan atau bebanan? dalam islam jgn sekali2 kita anggap bebanan kerana setiap kelahiran itu telah Allah janjikan ketentuannya..tetapi membesarkan di dalam keadaan dunia yang semakin mencabar menguji kemampuan kita dari pelbagai aspek..antaranya dari aspek persekitaran seperti kewangan, pekerjaan, sokongan dan galakan, semuanya boleh mengundang seribu 1 permasalahan yg perlu diselesaikan mengikut kemampuan individu sendiri dan dgn cara yg berhemah. Of course  setiap pasangan yg menginginkan cahaya mata mmg mengharapkan segala kelengkapan kelahiran adalah ditahap maximum mungkin..hi..hi biasanya berlaku pada kelahiran pertama...kan2..hihi..tak pe2 excited kan?..apepun kalau kita kaitkan dgn persediaan kelahiran mcm2 terlintas di dalam fikiran kita..bagi yg mempunyai keaadan kewangan yg stable mmg tiada masalah tetapi bg yg kurang stablenye  mungkin menjadi  bebanan..apepun sebagai manusia yg dikurniakan akal fikiran yg waras..kita kene beringat dgn  mengikut keperluan ye...mengenai persediaan sebagai ibu pula..adalah amat cantik dan indah ciptaan Allah itu memberikan seseorang wanita yg melahirkan secara naturenya berkemampuan untuk menghasilkan susu untnk anak yg dilahirkan. Ok now sy nak highlightkan di sini persediakan sebagai ibu ya..adalah seorg wanita itu bersedia?menolak?..sekadar memenuhi syarat utk sambut kelahiran. Pada sy terlalu besar kurniaan Allah itu .amatlah rugi sekiranya kita menolak kurniaan susu itu...terlalu banyak manfaatnya. mentaliti 'susu tepung utk org kaya' adalah tidak benar sama sekali....ade juga mentaliti nak jaga bentuk badan juga perlu dielakkan..fikirkan yg terbaik utk anak anda utk jangka pendek dan panjang.


Masing -masing sedang seronok membincangkan isu yg dibangkitkan..hi..hi..sempat posing jap :-p


Bagi ibu atau bakal ibu yg telah mengambil langkah proactive untuk menyusu badan amatlah digalakan tetapi bersediakah mereka...?mampukah mereka?berjayakah mereka?..bagaiman caranye?bagaimana kalau bekerja?berapakah jumlah yg perlu disediakan?.berapa banyak wang yg perlukan utk menyediakan semua itu?..adakah org disekekiling kita seperti keluarga, majikan serta suami menyokong kita? bnyk persoalan nye kan? dan secara keseluruhannya adakah seorang wanita yg melahirkan dan menyusukan bersedia dari segi mental dan fizikialnya...nanti sy sambung di lain entry ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...