Keperluan makanan untuk ibu menyusu

Salam,

Apa yang patut ibu menyusu makan?.mmmm...penulisan saya ini adalah berdasarkan pembacaan saya..tak salah kalau kita berkongsi cerita kan?..

Kebanyakkan wanita yang menyusukan anak memerlukan 2000-2200 kalori per day tetapi ianya bergantung kepada ketinggian dan juga saiz badan.Saranan ini adalah berdasarkan jumlah susu ibu yg diperlukan oleh bayi.

Panduan Pengambilan Nutrisi untuk ibu menyusu:

Kalsium : Mineral yang penting untuk tulang dan fungsi badan yang lain. Jumlah harian yg disarankan bg pengambilan mineral ini adalah sebanyak 1600 mg bersamaan dengan  2 hingga 4 penyediaan produk tenusu setiap hari. Contoh produk yang mempunyai nilai kalsium yg tinggi seperti yogurt, susu, cheese, brokoli, almonds, oranges, sardine, tofu and etc. Ada juga kajian menunjukan, semasa mengandung dan menyusu, kalsium akan dikeluarkan dari tulang, so kalsium tulang akan digantikan silih berganti dan menjadikan tulang kita semakin kuat.
Vitamin : Memperbanyakkan makan buah-buahan dan sayuran bagi memastikan pengambilan vitamin yang cukup. Pengambilan vitamin D adalah penting bg membantu perkembangan dan pembesaran tulang byi. Antara sumber makanan utnuk vitamin D termasuklah ikan, susu telur dan menteda.

Supplemen dan herba : Sebagai pengetahuan, FDA tidak mengawal produk herba dan supplemen.Ini adalah kerana kebanyakan produk yg berasaskan herba atau suplemen kurang penyelidikan dan manfaatnya terutamnya kepada ibu menyusu dan wanita mengandung. Walaubagaimana, adalah dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor sebelum mengambil sebrang herba dan suplemen.

Adakah anda tahu?

Susu ibu mengandungi 87% air. Oleh yang demikian, badan kita akan memerlukan air tambahan ataupun jus ketika menyusu. Minum 8 hingga10 gelas setiap hari, ataupun ketika kita berasa dahaga. Pada kebiasaannya kita akan berasa dahaga selepas menyusu. Jadi cara terbaik untuk memastikan kita mempunyai cecair yg cukup ketika menyusu adalah dengan  minum segelas air atau jus perahan sendiri. Sebagai petunjuk, sekiranya urine kita berwarna kekuningan, menunjukan kita mempunyai cecair yg mencukupi. (kecuali pengambilan vitamin B complex juga menyebabkan urine berwarna kekuningan)
Peringatan !
Kajian menunjukan minum extra liquid tidak menyebabkan  peningkatan penghasilan susu. Ia adalah tindakan penyusuan secara berterusan dan kerap akan meningkatkan penghasilan susu.

p/s : Peringatan ! Penulisan ini adalah informasi penyusuan secara am sahaja.


 tunggu sambungannya di lain entry plak...

Sharing is caring... :-D




Kaedah penyimpanan susu perahan

Salam,

Hasil susu perahan dated 5 April 2011.(sebelah sahaja)


Kali ni nye entry sy nak bercerita pasal kaedah penyimpanan susu perahan...sekadar berkongsi ilmu utnuk disebarkan-sebarkan.Walaupun sy dah practiskan kaedah ini..tetapi kekadang tu boleh lupe juga..atau terdapat maklumat tambahan yang kita tak sedari.Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Terdapat kaedah tertentu untuk menyimpan susu yang diperah untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Ini adalah kerana susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas simpan susu perahan yang sesuai digunakan seperti:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA
  • Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • Breast milk storage liners yang memang dikhususkan yang digunakan menyimpan susu perahan


Suhu
Tempoh ketahanan
Suhu bilik
19 hingga 26 °C
 4 jam
Bekas penyejuk (cooler bag/box)
kurang 4 °C
12 – 24 jam
Di dalam peti sejuk
kurang 4 °C
7 hari
Peti Sejuk (Freezer/beku)
(-18 hingga -20 °C),
3 hingga 6 bulan * ada rujukan lain 12 bulan


Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk (Sumber: Le Leche League)
 Sharing is caring, jadikan ianya sebagai panduan bersama

Wassalam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...