Kali ni topic agak hot sikit...Shaklee dan israel..boikot..boikot...betul? dah siasat? dah confirm? apepun pendirian anda itu hak anda tetapi...boikot biarla atas dasar ilmu dan bukan melulu...ok...apepun CheRus cuba perjelaskan isu ini mengikut apa yang saya difahamkan...
Baiklah isu ini bermula apabila LOGO SHAKLEE terpampang dalam laman web Keneseth Israel..dan apabila ISRAEL dan dan ada logo SHAKLEE dalam web tu...dan semua orang jump into conclusion..
tapi bila cuba klik logo Shaklee tu adalah link milik account distributer Shaklee http://kic.myshaklee.com/us/en/welcome.html# dan bukan laman web rasmi SHAKLEE US yang support any activiti dalam website ini. Laman web rasmi Shaklee US adalah http://www.shaklee.com/us/en/
Untuk makluman anda, sebagai pengedar Shaklee , anda berhak menyalurkan anda berhak menyalurkan bonus atau mana -mana keuntungan yang anda perolehi kepada mana- mana badan kebajikan atau parti sekalipun. Begitu juga SID di luar negara sana, mereka berhak menggunakan wang mereka untuk menyumbang. Bukannya bermakna SHaklee turut menyumbang kepada ISRAEL. Berdasarkan web yang saya buka tadi, jelas ianya milik agen bebas SHAKLEE. Buktinya?? Nampak tak logo Shaklee yang digunakan utk laman web tersebut. Shaklee telah menetapkan syarat setiap agennya perlu menggunakan logo ini. So kesimpulan Shaklee tidak menyalur mana-mana dana ke ISRAEL tetapi jika kita rujuk laman web di atas ianya adalah sumbangan individu bebas dan lebih berbentuk peribadi.
Ok now ..kita cermin diri kita sendiri sejauh mana kita memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan...apa pilihan kita...jika orang diatas sanggup memberi sebahgaian keuntungan kepada badan-badan amal pilihan mereka , itu adalah hak peribadi dan pihak Shaklee tidak hak utk menyekat pengedar bebasnya menetukan ke mana bonus yang mereka patut disalurlakn.Jadi , apa pula kerja amal kita???
Jangan kita terlalu obses memboikot membuta tuli. Selidik dan fahami betul. Telah pun disenaraikan beberapa jenama terkenal yang jelas nyata menjadi penyumbang dana terbesar ISRAEL.
Nak lebih terperinci lagi pasal isu boikot ni , anda boleh singgah ke laman web
http://www.inminds.com/boycott-israel.html. Setiap satu produk yang diboikot dijelaskan satu persatu. Korang boleh buat penilaian sendiri selepas ini. Tak perlu nak boikot semua kompeni USA kerana bukan semua menyumbang kepada kekejaman ZIONIS tu.
Sebagai orang Islam, teruskan Doa dan Donate ..CheRus rasa bertuah dengan Shaklee jugalah CheRus mampu menyumbang kepada badan-badan pilihan yang CheRus rasa perlu.
Jika anda prihatin anda juga mampu untuk terus memberikan sumbangan