❇️InsyaAllah waktu wuquf di Arafah akan bermula waktu zuhr hingga maghrib pd 9 Zulhijah bersamaan 23/9/2015.
Waktu Malaysia 5.30pm -11.00pm. Gunakan waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah antara waktu yang mustajab.
❇️Wukuf adalah rukun haji utama yang bermaksud berhenti dan berada di di bumi Arafah sebentar atau seketika.
❇️Padang Arafah yang sebelum ini sebuah padang pasir, adalah tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah 200 tahun terpisah apabila diturunkan dari syurga kerana melanggar perintah Allah SWT dan di sinilah setelah bertahun-tahun bertaubat, akhirnya taubat mereka diterima.
❇️Di sini jugalah tempat Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya semasa mengerjakan ibadah haji sebelum Baginda wafat
❇️Suasana di Arafah diumpamakan sebagai padang Mahsyar, tempat berhimpunnya semua manusia, bagi menghadapi hari pengadilan
Ayuh sama sama kita menghayati peristiwa 9 zulhijjah, mengambil fadhillat dan kesempatan berdoa diwaktu mustajab ini.
InshaAllah suatu hari nanti kita dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamuNya di bumi Makkah Al-Mukkarammah.. amin amin
0 comments:
Post a Comment