Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011

Salam semua,




Saya mengambil kesempatan utnuk mengucapkan  selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin  kepada semua terutama kepada tetamu blog sy (follower) daj juga semua pelanggan saya yg sudi berurusniaga dgn saya, Maaf sekiranya ada perkara yang menyinggung perasaan sesiapa yg menimbulkan ketidak puas hati..salam dihulur memohon kemaafan.

Tak lupa kepada pembaca sy sudi menyinggah blog ini..selamat pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu dan teruskan semangat untuk memberikan susu ibu kepada anak anda.



Salam lebaran,
CheRus

Tidak sempat bersahur

Salam,

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk mengharungi hari tanpa bersahur nie...rase sedihnya bila tak dapat bersahur lauk semua dah siap tinggal nak panaskan yg biasa rutin aku buat ketika bulan ramadhan...sebenarnya terlewat bangun sedar2 dah pkul 5.50 pg..mmm...baby tgh sedap bersusu..tak nak lepas..mmm..so redha je ..apepun aku akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakannaya..walaupun keaadan ssemakin tidak bertenaga pada ketika ini aitu hampir menjelang tengahari...tak sangka hr nie mmg tak sedar langsung...nak bangun seawal biasa untuk menyediakan juadah bersahur...mungkin keadaan diri yg amat keletihan sbb tak cukup tido..dan sebagainya..

Apun sabar lah wahai CheRus ye. Semoga Allah memberikan kekuatan dan keupayaan untuk terus breastfeed secara direct..mamandangkan baby tidak gemar menggunakan botol...amiin..

Salam ramadhan




Susu perahan kanan dan kiri perlu di asingkan tak?

Salam,

Nak cerita sikit..anda pernah dengar org tua2 kata susu ibu yg kanan tu utk makanan yg belah kiri utk minum?..hi..hi..anda percaya?..mmm..itu hanya pendapat org tua-tua dahulu jer..actually sy pun macam percaya juga bila diri sendiri sudah melalui pengalaman penyusuan ini. Secara amnya mungkin anda akan terasa salah satu bahagian payudara kita mudah mengalir susu manakala sebelah lh terasa ade kekurangan sedikit..dapat dilihat juga dari segi keselesaan ketika  sesi penyusuan di salah satu payudara.Mungkin kebanyakan ibu dapat merasakan pengalaman ini dan sedikit sebanyak menyokong 'mitos' yg kanan itu makanan dan sebelah kiri itu minuman...yelah org tua terdahulu mane ade buat kajian secara mendalam..kita patut bersyukur generasi kita mampu menghasilkan kajian yang lebih mendalam mengenai susu ibu dan seterusnya membantu dan menyokong generasi sekarang dan akan datang  tentang kebaikan susu badan .

Dan selepas membaca beberapa artikel mengenai topik ni..barulah sy faham bahawa kedua-dua belah payudara susu ibu adalah mempunyai komposisi nutrien yang sama dan tidak memerlukan anda mengasingkan nya sekiranya ianya diperah keluar. Sebagai ilmu, susu ibu melalui  3 fasa iatu 

1. Kolustrum - berlaku pada peringkat hujung kehamilan sehingga beberapa hari bayi dilahirkan. Keaadan nya lebih pekat dan berwarna agak kekuningan. Kaya dengan protien,vitamin, dan semua  antibodi yang  melindungi bayi daripada pelbagai jenis penyakit yg disebabkan oleh kuman di persekitaran bayi
2. Susu perantara - berlaku selepas 2 minggu kelahiran dan mengandungi banyak lemak, laktosa dan vitamin yg membantu bayi mendapatkan beat badan yang hilang selepas kelahiran. Masa nie lah kita dapat lihat pembesaran bayi naik dgn begitu sihat.
3 Susu matang-susu yang terakhir yang dihasilkan. Lebih kurang 90% adalah air utk mengekalkan hidarsi bayi. 10% lagi adalah karbohidrat, protien dan lemak utnuk keperluan tumbesaran tubuh dan tenaga. Susu matang nie juga ada 2 jenis 1. (susu awal (foremilk) : agak cair dan dihasilkan oleh payudara yang penuh pada awal sesi penyusuan (kurang lemak dan tinggi karbohidrat) 2. susu akhir (hindmilk) : lebih pekat(lebih berlemak) dan dihasilkan dipenghujng sesi penyusuan apabila payudara dikosongkan dengan sebaik-baiknya.
Dan sebenarnya payu dara tidak akan benar-benar kosong memandangkan penghasilan susu merupakan proses biologikal yang berterusan.(sumber rujukan : majalah pama)

So barulah fahamkan..itu saja dulu..kalau ade article2 menarik lagi boleh kita share2 hokey..


rezeki anak..dan hadiah yg cumel..

Salam..

saje nak berkongsi cerita ni ..dua minggu lepas saje jejalan di bilion PKNS bangi..secara tidak dirancang ade group dari johnson&johnson baby buat  promote photo baby contest..saje jelah tanye...ingat nak join ..then kate asben tak yah lah..naluri hati mcm best je kalau cube kan..lepas makan kat area situ..tgk2 ramai pulak yg masuk..tanye punye tanye dia tak caj photo session tu..just buy brgan baby johnson bg resit then isi borang,,mmm,,,tetiba asben kate cube lah masuk..sbb photoshoot free je..he.he.ape lagi..bergegas ke billion beli la ape2 brng johnson..berdezup..he..he..rupenya promoter tu kate ade dua contest yg diorg arrange..1. baby of  the year peringkat billion bangi 2. gune gambar sama.penyertaan yg sama ke peringkat keseluruhan...owhh..barulah tau..alang2 tu..terus je masuk...dua minggu lepas photoshoot...sy dapat panggilan " your baby Aimi Irdina dapat no 2..wahh...tak sangka...gumbira ibu...





Malam tadi lepas berbuka ada upacara penyampaian hadiah...tak sangka hadiahnya hamper barngan baby johnson bernilai RM300...hu..hu dua bakul tu..banyak kan..jd stok selama setahun tu..alhamdulillah rezeki utk dua branak..kesian asben kene angkut hadiah tu..berat la wei...


.

Now aimi hampir ke 6 bulan..insyaAllah...tinggal beberapa hari je lg...dengan angka itu juga menunjukan.sudah hampir 6 bulan jugalah aimi menyusu secara exclusive susu ibu..cume kali ini secara practicalnya menyusu secara direct...mmg terdapat perbezaannya breasfeed secara direct dan susu perahan..apepun insyaAllah perjuangan ini akan diteruskan dengan izin Allah

 

Ok..sambung balik cerita di atas, memandangkan dapat tempat kedua..secara automatik pihak penganjur memanjangkan penyertaan ke peringkat keseluruhan..dgn menyediakan hadiah utama bernilai RM15,000..hu..hu...so gud luck to aimi..ade rezeki boleh menang lagi..hi..hi..Semoga berjaya..amiin

"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan"

Salam Ramadhan...

Rasanya tidak terlambat bg saya mengucapkan selamat berpuasa kepada umat islam seluruh dunia. Alhamdullillah kita diberi peluang untuk menikmati bulan yg pernuh keberkatannya. Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi anda..berpuasa adalah salah satu cabaran yang perlu ditempuhi. Apepun adalah tanggungjawab seorang muslim untuk melaksanakan rukun islam itu. Sebenarnya tiada halangan bagi ibu yang mengandung atau menyusukan bayi untuk melaksanakan ibadah tersebut sekiranya mampu. Amalkan pemakanan yng betul bg mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh memudharatan kepada diri sendiri. 

Sekian, Selamat berpuasa dan selama beribadah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...