Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Tips dan panduan memulakan penyusuan selepas kelahiran

Assalamualaikum....salam jumaat yang penuh barakah.. hari ni share sedikit mengenai tips penyusuan selepas beberapa jam kelahiran...tips ini sgt berguna dan sgt membantu untuk merangsang penghasilan susu ibu sejurus selepas kelahiran.

Tips memulakan penyusuan selepas kelahiran
 Mengeratkan hubungan bayi dengan membuat sentuhan kulit ke kulit bersama bayi dalam jam yang pertama selepas kelahiran sekurang-kurang 10 minit.
 sentuhan ini merangsang penghasilan susu ibu semulajadi dan membina hubungan ibu dan bayi dengan nilai kasih sayang
 Penyusuan pertama kali iaitu tindakan balas hisapan pertama di mana rangsangan bayi mencari-cari payudara(rooting relfex) amat sensitif dan peka pada keaadaan sekeliling pada 1 hingga 2 jam pertama selepas kelahiran.
 Hubungan sentuhan awal ini mendorong kasih sayang dan merangsang hormon penyusuan yang terlibat utk menghasilkan lebih banyak susu.

   Selamat hari ibu..hari-hari adalah hari ibu..  
happy breastfeeding

Bagi anda yang tercari-cari set penyusuan yang berkesan, semulajadi dan selamat tentunya dari SHAKLEE. Ekslusif dari mom simple shop panduan dan tips-tips penyusuan.





pm Mom Simple Shop
sms.whatsapp 012 3320460

Set Hamil SHAKLEE lebih selamat dijamin natural.

Assalamualaikum...ramai yang dah tahu set hamil juga ada dalam Shaklee product range. ramai yang telah mencuba dan yang pasti mereka semua puas hati.

Sebagai ibu yang hamil apa pemakanan yang diperlukan sepanjang kehamilan?

CheRus  pasti setiap ibu yang mengandung pasti akan menjaga makan..rajin mengambil supplemen dan menjaga diet seharian…kan. Kan..kalo biasa ngelat mkn vitamin..tp kalo prgnnt..terus jadi baik..hihi...

Jom kita baca apa yg kaum ibu/makbuyung perlu makan
Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang
Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi
Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran
Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang
Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman

Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..

Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan:


OsteMatrix(calcium magnesium) - 2-4 biji sehari
================================
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali atau dua kali
=======================================
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
=============================
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
=========================
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Sustained Release Vita C - 1 biji sehari
============================
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
========================
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anakyang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua.

Ni antara testimoni customer saya selepas menggunakan set hamil dari Shaklee

Apa yang nak saya kongsikan disini pengambilan vitamin dari SHAKLEE memberi jaminan ianya lebih selamat dan dijamin 100% natural. Untuk setiap full pack boleh tahan sehingga 2 ke 4 bulan! JIMAT dan value for money. Untuk panduan lebih lanjut boleh

CHERUS
SMS.whatsapp 012 3320460
SID 858776
fb page  https://www.facebook.com/Mom.Simple.Shop

SGM 2 (2012): Support Group Meeting [Bahagian 2]

Salam.

Ok ..sambung  semula yang pasal nipple crack tu..kenapa berlaku?..melalui perbincangan yang diketuai oleh Pn Khamariah , antara faktor pemyumbang kepada masalah tersebut termasuklah cara penyusuan yang tidak tepat..di mana kedudukan lidah bayi sepatutnya berada dibahagian bawah aerola dan menutup secara keseluruhan...pada pengalaman CheRus sendiri mmg betul sgt menyakitkan bila berlaku perkara ini..kebiasaannya berlaku ketika di awal kelahiran ( awal confinement) mungkin ketika itu bayi memerlukan proces masa dan penyesuaian utnuk mendapatkan kedudukan tepat ketika penyusuan berlaku. dalam pada itu juga sekiranya kedudukan tidak tepat maka bahagian hujung lidah bayi mudah terdedah ke bahagian nipple yang menyebabkan berlakunya nipple crack...antara faktor lain adalah keadaan lidah bayi itu sendiri...pemerhatian dan pengesanan secara terperinci perlu di ambil kerana ada sesetengah bayi mengalami mengalami tongue tie (lidah pendek) di mana bahagian selaput nipis di bwah lidah berkeadan kurang normal iaitu agak terkedepan sedikit. ini juga boleh menyebabkan bayi gagal dalam mendapatkan penyusuan yang tepat. Sekiranya perkara ini berlaku..tindakan selanjutnya perlu dirujuk kepada Dr yang segera mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Keadaan kemungkinan pembedahan perlu dijalankan adalah bergantung kepada case itu. 


Bagaimana penyusuan boleh diteruskan sekiranya nipple crack, bayi premature atau bayi yang mengalami tounge tie yg memerluka pembedahan?..ye ada caranya..ibu boleh mengeluarkan susu secara kaedah 'marmet' atau mengeluarkannya dengan mnggunakan pump dan memberi bayi dengan menggunakan small cup or syringe...so penyusuan dapat diteruskan walaupun sedikit masalah di awal kelahiran...insyaAllah.


Sedikit persoalan dari CheRus sendiri mengenai penyusuan selepas setahun..bagaimana cara dan kaedah yang betul..adakah formula milk membantu???..ikuti persoalan ini di next entry ya...nanti CheRus cerita


Salam manis dari CheRus


rezeki anak..dan hadiah yg cumel..

Salam..

saje nak berkongsi cerita ni ..dua minggu lepas saje jejalan di bilion PKNS bangi..secara tidak dirancang ade group dari johnson&johnson baby buat  promote photo baby contest..saje jelah tanye...ingat nak join ..then kate asben tak yah lah..naluri hati mcm best je kalau cube kan..lepas makan kat area situ..tgk2 ramai pulak yg masuk..tanye punye tanye dia tak caj photo session tu..just buy brgan baby johnson bg resit then isi borang,,mmm,,,tetiba asben kate cube lah masuk..sbb photoshoot free je..he.he.ape lagi..bergegas ke billion beli la ape2 brng johnson..berdezup..he..he..rupenya promoter tu kate ade dua contest yg diorg arrange..1. baby of  the year peringkat billion bangi 2. gune gambar sama.penyertaan yg sama ke peringkat keseluruhan...owhh..barulah tau..alang2 tu..terus je masuk...dua minggu lepas photoshoot...sy dapat panggilan " your baby Aimi Irdina dapat no 2..wahh...tak sangka...gumbira ibu...





Malam tadi lepas berbuka ada upacara penyampaian hadiah...tak sangka hadiahnya hamper barngan baby johnson bernilai RM300...hu..hu dua bakul tu..banyak kan..jd stok selama setahun tu..alhamdulillah rezeki utk dua branak..kesian asben kene angkut hadiah tu..berat la wei...


.

Now aimi hampir ke 6 bulan..insyaAllah...tinggal beberapa hari je lg...dengan angka itu juga menunjukan.sudah hampir 6 bulan jugalah aimi menyusu secara exclusive susu ibu..cume kali ini secara practicalnya menyusu secara direct...mmg terdapat perbezaannya breasfeed secara direct dan susu perahan..apepun insyaAllah perjuangan ini akan diteruskan dengan izin Allah

 

Ok..sambung balik cerita di atas, memandangkan dapat tempat kedua..secara automatik pihak penganjur memanjangkan penyertaan ke peringkat keseluruhan..dgn menyediakan hadiah utama bernilai RM15,000..hu..hu...so gud luck to aimi..ade rezeki boleh menang lagi..hi..hi..Semoga berjaya..amiin

"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan"

Salam Ramadhan...

Rasanya tidak terlambat bg saya mengucapkan selamat berpuasa kepada umat islam seluruh dunia. Alhamdullillah kita diberi peluang untuk menikmati bulan yg pernuh keberkatannya. Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi anda..berpuasa adalah salah satu cabaran yang perlu ditempuhi. Apepun adalah tanggungjawab seorang muslim untuk melaksanakan rukun islam itu. Sebenarnya tiada halangan bagi ibu yang mengandung atau menyusukan bayi untuk melaksanakan ibadah tersebut sekiranya mampu. Amalkan pemakanan yng betul bg mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh memudharatan kepada diri sendiri. 

Sekian, Selamat berpuasa dan selama beribadah..

tanggungjawab ibu kepada anaknya..renungkanlah..

Salam,
Bersama-sama kita saling ingat mengingati tentang penyusuan susu ibu seperti yang dia syariatkan di dalam Al-Quran

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan & pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan".

terima kasih 

Tips mudah dan berkesan ketika memerah susu badan

 Salam,
Ramai menyangka memerah susu badan adalah sesuatu perkara yang sukar. tetapi jika kita menggunakan teknik dan kaedah yg betul, perkara ini dapat diteruskan dengan mudah sekiranya ibu kembali bekerja. Antara panduan yg mudah untuk dipaktiskan adalah seperti berikut;
  • Mencari rempat yang selesa, bersih dan terlindung 
  • Perah susu sekerap yg mungkin seperti anda menyusukan bayi anda pada waktu siang bagi mengekalkan tahap pengeluar susu.
  • Susukan bayi anda apabila bersama seperti sebelum dan selepas waktu bekerja termasuk pada hari tidak bekerja. Ini adalah untuk memastikan bekalan susu secara konsisten
  • Pada permula penyusuan, susu mungkin meleleh secara sendiri, dan gunakanlah lapik coli bagi membantu menyerap lelehan susu dan jika boleh pakailah pakaian yg bercorak.
  • Makan makanan yang berkhasiat dan minum air ketika berasa dahaga dan dapatkan rehat yang secukupnya.
  • Buat permulaan, walaupun hanya sedikit jumlah susu yang dapat diperah dan diberikan kepada bayi anda, ia lebih baik daripada tidak memberi bayi anda susu badan langsung.

Sudah tentu susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. berbanggalah di atas usaha anda.
Rujukan : Positive Parenting




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...