Showing posts with label khasiat. Show all posts
Showing posts with label khasiat. Show all posts

Shaklee sebagai supplement ku

Salam,

Kembali semula..mmmm macm lama tak menulis..hi..hi..minggu ini agak busy..busy..he..he..housewife pun busy yer???...jgn tak caya..bila baby 24 jam ngan kita..nak buat semua jd sempat tak sempat je...tapi..tak de hal..cari je kesempatan yang ada...aha..diam tak diam..dah 7 bulan dah Aimi..dan 7 bulan juga Aimi telah menyusu badan  bersama ku..ewah.....apepun masih jauh perjalanan penyusuan ibu ini..dan masih banyak ilmu yang berkaitan perlu di cari....cuma kekangan masa yang aku rase terlalu cepat berlalu..kene teruskan juga.

Cerita sikit  perkembangan anak dara kecilku...si Aimi yg comel..he..he...7 bulan sudah tumbuh gigi..sangat aktif bermain terutama bila bermain dgn abgnya...energynye boleh tetiba naik..kelako..suaranye sgt comel almaklumlah baby gugurl...sudah pandai berdiri sendiri dan berpaut kat mane-mane yg dia rase dia boleh pegang dan berdiri..hah time nie mmg aku kene berjaga dan stanby kat sebelah...sure dia akan jatuh..sbb masih tak pandai..nak duduk sendiri..masalahnye akulah susah nak buat kerja lain..masuk dalam baby kot..tu..adegan sementara je tu..dia mmg tak nak sesgt masuk dalam tu....confirm melalak tak hengat!!



Ok..now nak cerita pasal perjalanan breastfeed ku setakat ini..alhamdullilah rezeki Aimi masih melimpah ruah..pengalaman pengambilan vitamin sebagai supplement mmg amat membantu..setelah diperkenalkan dgn supplement Shaklee pada bulan puasa dan pengambilan secara consistant dan teratur mmg menampakan perubahan..




Aku dimulakan dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP)..al maklumlah ia membantu dalam menambahkan tenaga terutama pada bulan puasa.ia juga dapat mengurangkan rasa keletihan...nak cerita kebaikan ESP nie sy akan panjangkan di lain entry ya..Kepada ibu-ibu yang masih menyusukan bagi amat2 digalakan mencuba set utk breastfeeding...untuk  keterangan lanjut mengenai set ini sy akan cerita selanjutnya di lain entry..hi..hi..ini sesi intro utk kebaikan produk ini..

salam dari CheRus


Susu perahan kanan dan kiri perlu di asingkan tak?

Salam,

Nak cerita sikit..anda pernah dengar org tua2 kata susu ibu yg kanan tu utk makanan yg belah kiri utk minum?..hi..hi..anda percaya?..mmm..itu hanya pendapat org tua-tua dahulu jer..actually sy pun macam percaya juga bila diri sendiri sudah melalui pengalaman penyusuan ini. Secara amnya mungkin anda akan terasa salah satu bahagian payudara kita mudah mengalir susu manakala sebelah lh terasa ade kekurangan sedikit..dapat dilihat juga dari segi keselesaan ketika  sesi penyusuan di salah satu payudara.Mungkin kebanyakan ibu dapat merasakan pengalaman ini dan sedikit sebanyak menyokong 'mitos' yg kanan itu makanan dan sebelah kiri itu minuman...yelah org tua terdahulu mane ade buat kajian secara mendalam..kita patut bersyukur generasi kita mampu menghasilkan kajian yang lebih mendalam mengenai susu ibu dan seterusnya membantu dan menyokong generasi sekarang dan akan datang  tentang kebaikan susu badan .

Dan selepas membaca beberapa artikel mengenai topik ni..barulah sy faham bahawa kedua-dua belah payudara susu ibu adalah mempunyai komposisi nutrien yang sama dan tidak memerlukan anda mengasingkan nya sekiranya ianya diperah keluar. Sebagai ilmu, susu ibu melalui  3 fasa iatu 

1. Kolustrum - berlaku pada peringkat hujung kehamilan sehingga beberapa hari bayi dilahirkan. Keaadan nya lebih pekat dan berwarna agak kekuningan. Kaya dengan protien,vitamin, dan semua  antibodi yang  melindungi bayi daripada pelbagai jenis penyakit yg disebabkan oleh kuman di persekitaran bayi
2. Susu perantara - berlaku selepas 2 minggu kelahiran dan mengandungi banyak lemak, laktosa dan vitamin yg membantu bayi mendapatkan beat badan yang hilang selepas kelahiran. Masa nie lah kita dapat lihat pembesaran bayi naik dgn begitu sihat.
3 Susu matang-susu yang terakhir yang dihasilkan. Lebih kurang 90% adalah air utk mengekalkan hidarsi bayi. 10% lagi adalah karbohidrat, protien dan lemak utnuk keperluan tumbesaran tubuh dan tenaga. Susu matang nie juga ada 2 jenis 1. (susu awal (foremilk) : agak cair dan dihasilkan oleh payudara yang penuh pada awal sesi penyusuan (kurang lemak dan tinggi karbohidrat) 2. susu akhir (hindmilk) : lebih pekat(lebih berlemak) dan dihasilkan dipenghujng sesi penyusuan apabila payudara dikosongkan dengan sebaik-baiknya.
Dan sebenarnya payu dara tidak akan benar-benar kosong memandangkan penghasilan susu merupakan proses biologikal yang berterusan.(sumber rujukan : majalah pama)

So barulah fahamkan..itu saja dulu..kalau ade article2 menarik lagi boleh kita share2 hokey..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...