Anak kucing jatuh dalam lubang longkang lagi

Assalamualaikum selamat pagi..

Ingat tak sebelum ni dalam minggu lepas saya ada cerita anak kucing masuk dalam lubang longkang...takpe boleh boleh tgk post seblum ni..

Nah..awal awal pagi nindah dengar bunyi anak kucing mengiau ngiau kuat..aduhai dalam hati jangan la masuk longkang hr tu lagi...ke longkang besar tp jauh sikit, kalau situ senang nak ambik...
Buka pintu dapur bunyi mengiau dah kuat mengelabah nak naik atas...baunya euwwwww...mmg busuk..nak ambik cemana? Saya mmg tak sampai sebelum ni en somi dengan gigih dapat capai..kepanjangan tangan ku and dia mmg jauh berbeza..
Tgk apa yg kat dapur yg berciri panjang..hu hu jumpa senduk bulat yang saiz besar yg x pernah pun guna...boleh lah cuba untuk jadikan pengaut! Alhamdulillah boleh! Mudah pula anak kucing  naik! Ok melihat keadaan "zack" basah lencun dan busuk yang amat...saya mandikan elok2 sabun elok2..aha ku basuh dgn basic h Shaklee ! Zack meronta ronta x nak kene air..so mana yang boleh dibersihkan betul ku bersihkan..tp bau busuk mmg kuat....bila dah tinggal sikit sikit je bau prosess keringkan...mmg terasa kesejukan tahap gigil dah zack..saya lap2  untuk beri dia kering...dan kemudian letak tapak tangan saya kat muka dia..dia tekup..dengan terasa gigil mukamya maybe dia selesa dgn hangat dan diamkan diri sehingga betul betul kering.lepas kering kan bulu zack jadi gebu!
           Taraaaaa! Zack dah kering!

 Ngantuk keletihan menanti utk masa maknya boleh beri susu..haish maknya pula macam dah nak tak nak je...

Lubang longkang macam mengundang masalah la pula kan..kene tutup ke? ..mmm nanti akan ku ikhtiarkan la macam mane nak tutup

Ok sekian dulu cerita hari ni...selamat bekerja






Bila anda gagal melakukan sesuatu GIVE UP DAN PUTUS ASA?

Kisah kecewa bahagian 1

Saya bukanlah pakar website pakar IT dan bukan pakar Design..hakikatnya saya ada sedikit background IT yg lama telah lama sangat saya tinggalkan.teknologi IT terlalu cepat berubah..masakan saya nak kejar semua tu kan ? Tapi jauh disudut hati  saya nak buat sendiri saya punya website yg nampak professional nampak amazing dan nampak elegant..Itu yang NAK sekarang ni..biasanya website yg bercirikan begitu adalah website yang company besar dan professional je yang buat dan cost mereka definately beribu dan puluh ribu Dollar..besar tak impian saya yang bermodal ciput ni??..mustahil tak untuk saya capai apa yg saya DREAM tu? 

SAYA TENGAH BERUSAHA

Alhamdulillah..teknologi berubah dan sememangnya memudahkan informasi sentiasa berada dihujung jari!!!! 
1st day - Saya belajar dari tutorial yang berdurasi berjam jam dan saya ikut satu persatu.Gigih bersengkag mata untuk ikut class tersebut..alhamdulillah saya dapat ikut sehingga separuh class dr total jam semuannya. Gembira rasa sbb dah terbayang bakal website macam nak cantik..😊😊😊 TETAPI langit tak selalu indah dan sometime tutorial ni ada yang x match dengan situasi kita. Bila saya tukar 1 bende tu tetiba keluar mesage ni "FORBIDDEN PERMISSION !!PAGE ERROR AND YOU DONT HAVE A PERMISSION TO ACCESS THE FOLDER!!! 

Totally lost!!!! Totally gone!!! Semua page tak boleh masuk dan  saya cuba cari penyelesaian dalam forum forum hampir berjam jam still tak dapat juga ..ok tutup laptop kita sambung besok!! After berjam berjam bertahan and finally your work gone!!! Apa yang anda rasa???..

Nanti saya sambung cerita....bahagian ke 2


Anak Kucing masuk lubang longkang!





Assalamualaikum....

CheRus ada 5 ekor anak kucing kat belakang rumah!..not really bela betul..tapi since maknya tu dah lama menetap kawasan rumah ni .. sediakan tempat dan bagi makan je lah...actually ni kali ke 2 mak kucing ni beranak..1st time beranak 4 ekor 3 daripadanya mati...1 daripada nya ada jiran lain yang bela kot.. (jiran tu orang korea) sbb selalu nampak anak kucing sekor tu main kat depan rumah jiran tu..now bila ada ternampak sekarang...dah besar dah dewasa dah tu...tak kenal maknye pun dah..
Ni gambar selepas berapa minggu kelahiran..memanjang nak masuk rumah..

So mak kucing ni anak anak panggil NAIMI..suka hati je anak anak ku bg nama..tapi mmg lekat lah nama tu.dalam sebulan lepas NAIMI ni beranak lagi sekali 5 KO..mmg besar wei perut dia...sekali keluar banyaknya..5 ekor..tapi cantik cantik belaka la..dan bela je lah..dah ada kat belakang rumah tu..ha..ha..aku jadi pengasuh kucing dah sekarang ni...takpelah...bebruat baik pada binatang jelah kan...inshAllah dimurahkan rezeki nanti...

Well nak cite semalam ..kejadian salah seekor dari anak kucing masuk lubang longkang belakang rumah..sebenarnya..mmg pernah terlintas dalam kepala sebelum ni lubang tu kalau termasuk anak kucing cemana lah ek..tappi malas nak fikir kan sangat just imagine...sbb macam  masih fikir tak logik kalau termasuk dlam tu sebab dia dihujung tanah belakang ...


Al kisah semalam sedang dok perhatikan anak anak kucing ni bermain...tetiba terpandang seorang anak kuicng ni mcm terpinga pinga area longkang tu..dia duk perhati je..area situ mcm tak senang duduk..mmg ada bunyi anak kucing agak sayup dan kuat ..CheRus ingat bunyi anak kucing yang terpinga tulah...bila anak kucing tu mengubah posisi ke depan sambil mengiau..bunyi dia halus je tak kuat...pastu..dok fikitr mana pula bunyi anak kucing yang kuat tu...terus keluar jengah dalam lubang tu...ya Allah!!!....anak kucing dalam tu....lubang tu dalam ke bawah tau..cemana nak ambik???? apa lagi ayah!!! ayah!!! CheRus panggil En.Somi tolong!! tolong!! .anak kucing masuk longkang ni...anak anak CheRus mula gelabah..kenapa ibu kenapa??...semua menerpa ke lubang nak tengok..siannya...

*maaf jika gambar ini mengganggu pemandangan

Maka dengan tergesa gesa-gesa nak hujan lewat petang tu...En Somi cuba sedaya upaya ambik guna tangan...tak sampai...dengan bau yang busuk tu...gigih cuba nak selamatkan...ingat boleh sampai guna tangan..tapi tak boleh agak payah hanya dapat capai tapi tak boleh angkat...lastly En Somi baringkan diri masuk dalam aliran longkang hanya dapat capai telinga anak kucing dan tarik ke tas..alhamdullilah SELAMAT..ya Allah..mmg busuk sangat..En Somi hero!!! sanggup "membusukkan diri" dia pun terus mandi..while CheRus pula amik anak kuicng mandikan terus..meronta ronta tu lantakla....yang penting dia selamat...syukur sangat..kesian lepas tu kesejukan lepas mandi..

well hari ni pagi-pagi dah lincah bermain...anak anak kucing ni kekdang menghilangkan stress...tgk dia main dengan girang ..tgk muka dia yang comel..arrrrghh..buat ku rasa nak picit picit je....anak anak pun suka sangat..tp CheRus tak bawak diorang masuk rumah..cukup setakat ruang tanah belakang untuk        
 hari ni pepagi dan happy main kejar-kejaran...
Yang sekor Anak anak panggil dia "ZACK" the only yang kalernya hitam..dia juga telah memusnah tanam ku dalam pasu tu..ranap sudah...


Ok nanti cite lain pula..salam sayang ..CheRus




Apa akan terjadi jika wanita kekurangan kalsium

KESAN KEKURANGAN KALSIUM - terutama wanita hamil,dan menyusukan]
Keperluan kalsium adalah berbeza mengikut keadaan individu.Jika anda wanita dikategori seperti di atas sila ambil perhatian sebelum terlambat.


+ Menurut kajian, jisim atau kepadatan tulang berkembang kepada maksimum sehingga usia 28 tahun.dan selepas umur 40 kepadatan tulang mula menurun dengan cepat....agak agak anda di peringkat umur di mana...30 -an ?..simptom simpton penurunan kepadatan telah bermula!.
Antara simptom kekurangan kalsium :
**********************************
+ Kerap mengalami krem - kebanyakkan wanita hamil memang mudah dan kerap mengalami situasi ini terutama sekali dibahagian kaki kerana beban kehamilan yang semakin berat menekan saraf saraf membawa kepada bahagian kaki sehingga menyebab kaki menjadi lebih tegang. Awas! Itu tanda anda perlu tingkatkan pengambilan kalsium
+ Pertumbuhan janin yang tidak sempurna. Jika anda terus meremehkan pengambilan kalsium kesan kelurangan bukan hanya boleh dirasai oleh ibu sahaja, malah ia juga boleh menyebabkan tumbesaran bayi terganggu dan memungkinkan kelahiran bayi yang berisiko kerapuhan tulang
+ Ibu hamil berisiko tinggi kerapuhan tulang (osteoperosis)- Ambil perhatian dan jangan biarkan ia berlaku , perkembangan bayi semasa dalam kandungan akan terus mengambil kalsium sedia ada daripada ibunya itu terutama kalsium dari tulang dan gigi. Kesan ini dapat dilihat ramai wanita mengalami pereputan gigi dan masalah sakit sendi dan tulang ketika hamil.
+Perkembangan dan tumbesaran bayi menjadi lambat dan perlahan terutama ketika bayi diperingkat belajar untuk duduk dan merangkak yang memerlukan kekuatan tulang.Kesan dari kesan kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan bayi juga boleh mengalami kerapuhan tulang akibat dari kurangnya kalsium dari sumber air susu ibu.
Jadi , kepada ibu hamil adalah sangat penting untuk terus menerus mengekalkan pengambilan KALSIUM dan ibu menyusu juga tidak terkecuali supaya mampu menghasilkan air susu ibu yang cukup kandungan kalsium dan lengkap nutrisinya
***********************************
Perlukan khidmat nasihat tentang kalsium hubungi :
CheRus 013. 3320360

Jangan diremehkan pengambilan kalsium

Assalamualaikum...selamat pagi..sedikit perkongsian di pagi ini.
[ JANGAN DIREMEHKAN PENGAMBILAN KALSIUM]
Ramai dikalangan wanita kisah sangat tentang cantik..nak cantik itu fitrah bagi wanita dan tak salah pun. Walaubagaimanapun nak cantik luaran kena bermula dari kesihatan yang baik.
+ Tips sihat paling mudah dan murah!! SENYUM. Hihi..tapi kalau gigi dan sompek sana sompek sini agak agak berat tak nak senyum? Nah tahu tak kenapa gigi mudah rosak sebelum waktu tua. Salah satu sebab anda kekurangan KALSIUM.
+ Anda perlu tahu kalsium tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara semulajadi tetapi ianya boleh diperolehi dari pengambilan makanan. Masalah kekurangan kalsium bukan sahaja dialami oleh golongan perempuan malah lelaki juga tidak terkecuali
+ Berbalik kepada pemakanan, adakah diet kita seimbang? Adakah kita yakin diet cukup dengan keperluan nutrisi tubuh badan? bukan sekadar makan banyak je dah kira cukup..tetapi kadar nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
+ Wanita berisiko kekurangan kalsium memandangkan mereka melalui masa hamil, kelahiran dan penyusuan. Di sepanjang tempoh ini keperluan nutrien seperti kalsium adalah tinggi kerana perkembangan bayi sihat bergantung diet ibu itu sendiri. Ibu hamil biasanya memerlukan 1500mg berbanding biasa 1000mg.
+ Sila semak pengambilan kalsium harian anda terutama jika anda wanita hamil. Tanda mudah anda kurang kalsium gusi mudah berdarah bila memberus gigi.

CheRus akan update lagi tanda tanda kekurangan kalsium dan anda boleh check sendiri adakah pengambilan kalsium dan nutrisi anda cukup?

WAHM : Eh yang ibu punya yang dia ambik

Assalamualaikum...eh yang ibu punya juga yang dia ambik hi..hi..tajuk cerita

Suri rumah? eh tak tak.. saya ibu yang bekerja sendiri di rumah? bestnya?...senangkan...anak depan mata, boleh jaga anak, dan boleh dapat income?....ya betul dan itu saya setuju..tp tahukah korang cabarannya???...cabaran adalah lebih besar!!!!...
1. Cabaran masa - tentang pengurusan masa selalu fail...kih..kih..baru nak hadap laptop...ibu nak shi-shi...settle urus anak anak idea hilang nak buat apa lepas tu..kalau dah ingat pun..anak seorang lagi..ibu nak be*** adoi...settle dulu...tak lama kemudian..ibu nak susu..ibu nak mandi..ibu nak makan..ibu ..itu ibu ini..last last ke mana dah...to do listnya



2. Cabaran menjaga peralatan niaga....part ni mmg CheRus tak faham adakah anak ku sahaja kah atau anak anak orang lain yang setaraf ku pun begitu...apa yang memeningkn kepala CheRus?..apa sahaja barang ibu yang itulah dia kacau? faham tak ayat ni?

 baru pandai tulis nama sendiri tapi tak berapa nak pandai kenal huruf...hu..hu 

  • Pen ..dah beli 1 bundle stok untuk  backup CheRus kekadang tulis nak cepat...sebab asal nak tulis je pen mesti takde, asal nak tulis je mesti takde...selalu sangat jadi macam ni..tu yang beli sedozen!...dan hakikatnya belum dakwatnya habis 1 persatu hilang juga..masuk bebrapa bulan stok sebundle pun abis...ke manakan pen pen tu?...anak owh anak...ibu dah siap siap dah belikan colour pensil, caryon, water color, pensil, eh yang ibu punya juga dia ambik..stresss!!!
  • Buku nota -buku rekod : yang ni pun CheRus geram juga...tahu tak dalam setahun ni berapa dah CheRus guna, ada yang dapat percuma, yang beli..ada dalam 7 hingga 8 buah juga lah...tp 1 pun tak boleh jadi betul betul proper...selak selak..ada muka orang, ada conteng sana sini, ada gambar orang..arghhhh....tu belum yang dia koyakkan page rekod jualan....STRESSS lagi...ibu dah bagi dah macam macam buku khas untuk diorang...ni..eh yang ibu punya juga yang dia ambik...
Nah ambik lukisan ini..aimi kata..itu ibu ...ada baby dalam perut ibu. what????

3. Cabaran Pengeposan barang - yang ni kekadang nasib juga berlaku perkara yang agak agak mengganggu kelancaran..ha..ha..mengepos barang bawa anak anak..tgh sedap  punyalah tunggu queue dan pos barang....tetiba..ibu nak ibu nak s*** ibu nak be**..adoi...guana tu...bilik air takde ...fengsan mak..mane nak bawa...hu..hu.sungguh hati tidak senang.... itu belum dia berlari diseluruh ruang kaunter penjabat pos..kalau sorang ok lagi kot..kalau dah dua orang mai  kejar kejar lah kan...hu..hu..
Anak korang begitu tak ? siapa maccam tu kita geng..nampak macam best kan bergelar WAHM?..tapi nak menguruskan situasi dan masa mejadikan  perkara ini bukan mudah...dan bila diingatkan kembali...terasa diri ku gigih lah juga...bagi yang bukan WAHM dan bekerjaya adalah berbeza sekali..di pejabat, di bilik meeting,di bilik solat even di dalam toilet pun takde siapa yang ganggu sentiasa,,... well bukan nak membandingkan...sekadar mecerita kisah dan pengalaman sebagai WAHM...ini cerita saya je..saya tak pasti cerita WAHM yang lain...
nanti cerita lain pula..ok ada sesiapa nak mualakn bizz online Shaklee october is the perfect time...nak tahu kenapa boleh Whatsapp CheRus 013 3320360.nanti CheRus bgtau...

salam sayang..CheRus


Jangan bazir keluar modal besar untuk memulakan perniagaan

Assalamualaikum...Untuk makluman CheRus memerlukan.Cycle okyober 3 orang individu sesiapa sahaja yang berminat dan komited memulakan langkah dengan business online Shaklee
Alhamdulillah...Quota 3 orang protege untuk bulan oktober hanya tinggal 1 sahaja kekosongan, sila ambil peluang ini sebab tawaran Hanya sah sehingga hujung bln ini sahaja!! Sila grab promosi ini !!
.
.
Jangan bazirkan wang anda dengan modal perniagaan yg besar di masa ekonomi tidak menentu
.
.
Mulakan dengan modal kecil dan belajar  untuk terus berkembang.
.
.
Siapa kata modal kecil untungnya kecil? Itu fahaman sahaja...Shaklee? Modal rendah je..jika anda komited tanpa jemu..inshaAllah hasilnya lebih lumayan.

be a part of Shaklee? Daftar sekarang Whatsapp CheRus 013.332.0360
Dan anda juga berpeluang untuk layak percutian ke Bangkok ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.

Kekalkan kesihatan dengan SR vitamin C

Assalamualaikum! 

Masih berjerebu di tempat anda?
Indonesia telah pun annouced jerebu semasa adalah pada tahap merbahaya..
Malaysia juga tidak terlepas dengan situasi ini yang agak berpanjangan dan bacaan ipu yang tinggi baru baru ini sehingga sebahagian besar sekolah sekolah terpaksa ditutup.

kesan jerebu boleh menyebab kan berkaitan paruparu dan pernafasan, sakit kepala, dan dihidrasi tidak terlepas mereka yang mempunyai masalah kulit seperti eczema.Tentunya jerebu sangat mengundang banyak permasalahan kesihatan. 

Dalam keadaan begini parent mesti mengambil langkah awal utk mengekalkan kesihatan anak anak.Berikan keutamaan kesihatan  kepada anak anak dan mereka  yang berisiko dengan meningkatkan pengambilan natural vitamin C. 

Vitamin C berupaya mencantumkan logam logam berat, raksa, arsenik dan toxin akibat pencemaran dan membantu proses penyingkiran bahan bahan tersebut dengan mudah.

Proses detoksifaksi menjadi lancar badan akan tetap kekal sihat.Amalkan minum air sekurang kurangnya 3 liter sehari untuk mengelakkan dehidrasi.

Pengalaman sendiri selepas amalkan vitamin c ketika musim jerebu 🚩http://www.momsimpleshop.com/2014/09/jerebu-sukar-bernafas-dan-2000-mg.html

===========================

Dapatkan Sr vitamin C plus untuk dewasa dan chewable vita C untuk kanak-kanak pada harga istimewa!
Whatsapp "vita c" ke 013 3320360
********************************
Berminat untuk start business? Modal serendah RM80 sahaja dan juga layak menerima Vita lea iron formula bernilai RM94 secara PERCUMA!!! hanya sah sehingga 31 oktober 2015 sahaja !!
Whatsapp : "ahli" ke 013 3320360
************************************

Herbal blend : krim serbaguna yang magik!!

krim lotion semulajadi serbaguna ini memang MAGIK!! Harganya pun murah je
@ bukan RM80
@ bukan RM50
@ juga bukan RM30
Hanya RM2x.xx sahaja...diuji secara KLINIKAL terbukti BERKESAN!!

-MELEMBUTKAN kulit yang kasar dan kering,  pecah pecah terutama pada tumit, siku dan lutut
- agak berangin sedikit dan yg bestnya lembut MERESAP dikulit tanpa rasa berminyak !! Cukup  SELESA!!
menggunakan bahan HERBA SEMULAJADI seperti sage, horse chesnut, yarrow dan rosemary
- sesuai digunakan utk semua peringkat umur termasuklah bayi yang mengalami masalah ruam dan merah merah.
bebas dari bahan bahan kimia atau paraben

>> #gatal serangga #gatal ruam #eczema #tangan berpeluh #pelembap kulit
========================
Whatsapp : "herbal"ke 013 3320360

Berminat untuk start business? Modal serendah RM80 sahaja dan juga layak menerima HADIAH PERCUMA!!! hanya sah sehingga 31 oktober 2015 sahaja !!

Whatsapp : "ahli" ke 013 3320360




Cuba try test makan di OSRA #chemistry

Assalamualaikum.
semasa menulis ni ..baru lepas try makan di kedai yang boleh kata baru di Bangi...nak review sikit lah...CheRus ni suka test test kedai kopi  makan yang baru..kalau ok pergi lagi tak ok tak pergi lagi..hu..hu...macam best je buat review kedai makan kan???..
hari Sabtu weekend biasanya CheRus tak masak..almaklumkan weekend ni time nak cari barang stok stok barang dapur..so tgh hari lunch kat luar jelah....masak utk mlm je tp makan nya awal kul 5 dah makan utk dinner..lepas pukul 9 mlm perut dah keroncong ..kih..kih..mmm..nak jengah dapur mmg dah malas..penat dah...apa lagi ajak en somi gi memanalah kedai makan yang simple simple je...pusing punya pusing tah tahu nak pergi makan mana pastu termasuklah jalan di area bangi sentral ada kedai nama pun unik lah juga OSRA #chemistry - science of the socializing..oo rupanya butik baju tu butik yang #chemistry kedai coffee. en somi tanya nak try sini?..I am ok jer..
melangkah kaki menolak masuk pintu ke dalam kedai membuatkan CheRus..rasa eh! betul ke kedai ni boleh masuk...hu..hu pelanggan semua yang tahap muda mudi yang level budak university...siap ada live performance...aku je yang bawa anak anak!!! erks..tak kan nak keluar balik kot...arhhh redah jelah duduk...CheRus dan en somi macam rasa agak kurang selesa sbb mcm rasa perasan muda!!..ada budak kecik tetiba...kih..kih..order sajelah dah masuk kan...tak lama selepas kami duduk dan makan ada keluarga bersama anak -anak kecil juga pun masuk...he..he baru  ada geng!! tak rasa weird lagi...makan dengan selesa weee...
Hazelnut Choclate hot..chicken pai dan pavlova sebagai hidangan ...mm..not bad sedap...uniknya di sini takde wireless !!takde signal network! totally disconnected dari internet dan line telephone.....bermakna tiada social dengan dunia online membuat kan semua pelanggan berbual sesame sendiri....truly potpet...semestinya kita akan  berkomunkasi sesame sendiri tanpa melihat telephone masing masing...memang sesuai dengan tag line dia tu kan!! tempat lepak jiwaa muda mudi mmg sesuai...
Perkara unik lagi..bekas untuk hidangan dan makan pun mmg unik sekali..utk minuman sejuk di dalam bekas silinder makmal tu hah!!..hi hi..hamikla...minumlah dalam tu ..saiznya pun besar lah juga..memadangkan malam kat situ CheRus tak order air sejuk...so tak dapat nak snap gambar bekas yg menggunakan barang barang makmal tu...chemistry sgt!

Secara overall...boleh la..coffee sedap cake pun sedap..yang lelain belum cuba..tak sure sedap ke tidak...suasana kedai mmg sesuai utk jiwa muda mudi...atau klu rasa nak rehat sensorang...atau nak lepak dengan kengkawan tanpa gadget..minum-minum rehat sambal membaca buku..minum minum rehat sambil buat assignment ...gossiping..aha..ha..sesuai ler sangat....lepas lepas shopping kat butik butik area tu take a break and minum coffee...enjoy!

ok sesiapa yang nak rasa kelainan minum dalam bekas alat makmal ..boleh cuba OSRA #Chemistry ..

Orait nanti makan tempat lain CheRus review lagi...arious amigos...bubai...


Apa yang perlu anda faham tentang detox


assalamualaikum ..


baru baru ni CheRus berkesempatan menghadiri kelas nutrisi Shaklee tentang perkara Detox. banyak yang kita salah faham tentang detox..Apa yang sy belajar ni saya kongsikan disni supaya ianya bermanfaat utk sesiapa sahaja

Apa itu detox?Detox adalah proses penyingkiran toxin dalam badan supaya badan lebih sihat cergas secara keseluruhannya.
manakala hati, ginjal dan kulit merupakan organ penting yang bekerja untuk proses penyingkiran toxin tersebut.

secara keseluruhan kehidupan, detox ni bukan hanya kepada pemakanan sahaja tetapi kita boleh kategorikan process ini kepada 3 bahagian umum yg memberi kesinambungan kepada kecergasan tubuh badan

  •  detox nutrisi - memelihara kesihtan organ detox
  •  detox pemakanan - mengamalkan diet yang berkhasiat dan sihat
  • detox gaya hidup- mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif,  tidak merokok, hindari toksin dengan kurangkan pendedahan kepada pencemaran
Konsep detox dr kebanyakkan kita hanya lebih memberi penumpuan kepada  ' detox makanan'yang mana ia tidak memberi kesan secara optimum kepada kesihatan tubuh

Tetapi apa yang anda perlu tahu!!! Hati merupakan organ yg paling utama untuk proses detoksifikasi kerana 80% toxin tubuh disingkirkan melalui organ hati ✅

Memelihara kesihatan hati dengan nutrisi yang baik dan semulajadi mampu memberi kesan detoks yang lebih baik kepada kecergasan dan kesihatan tubuh. 

Bagaimana untuk melakukan detox hati secara semulajadi? 

Tahukan anda?



🚩'milk thistle' merupakan herba semulajadi atau agen detoksifikasi yang telah pun digunakan sejak lebih 2000 tahun lagi untuk mengatasi masalah berkaitan dengan hati seperti jaundice, hepatitis, masalah hempedu juga keracunan
🚩bahan aktif yang dipanggil silymarin mengandungi flavonolignans membantu memperbaiki sel hati yang telah rosak disebabkan alkohol dan toksin lain dari pencemaran dan sebagainya
🚩merangsang protien untuk menghasilkan sel sel baru hati , melindungi sel baru dari terus rosak dan menghalang toxin terus masuk ke dalam keseluruhan organ hati.
🚩Silymarin juga dikatakan mampu mengurangkan keradangan dan bermanfaat untuk mengawal paras kolestrol juga mempunyai antioksida yang tinggi




Di sinilah DTX  complex Shaklee membantu mendapatkan  manfaat milk thistle untuk kesihatan hati.

Whatsapp : 0133320360

#jagahati #hepatitisC #traditionallyused #DTXShaklee #buangtoxin #hatiterbeban #jerebu #pencermaran



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...