Jangan diremehkan pengambilan kalsium

Assalamualaikum...selamat pagi..sedikit perkongsian di pagi ini.
[ JANGAN DIREMEHKAN PENGAMBILAN KALSIUM]
Ramai dikalangan wanita kisah sangat tentang cantik..nak cantik itu fitrah bagi wanita dan tak salah pun. Walaubagaimanapun nak cantik luaran kena bermula dari kesihatan yang baik.
+ Tips sihat paling mudah dan murah!! SENYUM. Hihi..tapi kalau gigi dan sompek sana sompek sini agak agak berat tak nak senyum? Nah tahu tak kenapa gigi mudah rosak sebelum waktu tua. Salah satu sebab anda kekurangan KALSIUM.
+ Anda perlu tahu kalsium tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara semulajadi tetapi ianya boleh diperolehi dari pengambilan makanan. Masalah kekurangan kalsium bukan sahaja dialami oleh golongan perempuan malah lelaki juga tidak terkecuali
+ Berbalik kepada pemakanan, adakah diet kita seimbang? Adakah kita yakin diet cukup dengan keperluan nutrisi tubuh badan? bukan sekadar makan banyak je dah kira cukup..tetapi kadar nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
+ Wanita berisiko kekurangan kalsium memandangkan mereka melalui masa hamil, kelahiran dan penyusuan. Di sepanjang tempoh ini keperluan nutrien seperti kalsium adalah tinggi kerana perkembangan bayi sihat bergantung diet ibu itu sendiri. Ibu hamil biasanya memerlukan 1500mg berbanding biasa 1000mg.
+ Sila semak pengambilan kalsium harian anda terutama jika anda wanita hamil. Tanda mudah anda kurang kalsium gusi mudah berdarah bila memberus gigi.

CheRus akan update lagi tanda tanda kekurangan kalsium dan anda boleh check sendiri adakah pengambilan kalsium dan nutrisi anda cukup?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...