Tips mudah dan berkesan ketika memerah susu badan

 Salam,
Ramai menyangka memerah susu badan adalah sesuatu perkara yang sukar. tetapi jika kita menggunakan teknik dan kaedah yg betul, perkara ini dapat diteruskan dengan mudah sekiranya ibu kembali bekerja. Antara panduan yg mudah untuk dipaktiskan adalah seperti berikut;
  • Mencari rempat yang selesa, bersih dan terlindung 
  • Perah susu sekerap yg mungkin seperti anda menyusukan bayi anda pada waktu siang bagi mengekalkan tahap pengeluar susu.
  • Susukan bayi anda apabila bersama seperti sebelum dan selepas waktu bekerja termasuk pada hari tidak bekerja. Ini adalah untuk memastikan bekalan susu secara konsisten
  • Pada permula penyusuan, susu mungkin meleleh secara sendiri, dan gunakanlah lapik coli bagi membantu menyerap lelehan susu dan jika boleh pakailah pakaian yg bercorak.
  • Makan makanan yang berkhasiat dan minum air ketika berasa dahaga dan dapatkan rehat yang secukupnya.
  • Buat permulaan, walaupun hanya sedikit jumlah susu yang dapat diperah dan diberikan kepada bayi anda, ia lebih baik daripada tidak memberi bayi anda susu badan langsung.

Sudah tentu susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. berbanggalah di atas usaha anda.
Rujukan : Positive Parenting




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...