5 Jenis Makanan yang mampu mengawal paras kolestrol secara semulajadi yang perlu anda tahu.

بسم الله الرحمن الرحيم ❇  اسلام عليكم


Tahukah anda?? ~ Sterol Tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.Ia juga dikenali phytosterol atau stanols adalah sebatian tumbuhan  yang bersifat merendahkan  kolestrol. 
Pengambilan sumber marjerin seperti marjerin, jus oren, dan minuman yogurt yang diperkuat dengan sterol tumbuhan dikatakan mampu menurunkan tahap kolestrol sebanyak 10 hingga 15 peratus.
Berikut adalah 5 jenis makanan yang mengandungi sterol tumbuhan yang boleh dijadikan amalan pemakanan yang baik untuk mengurangkan paras kolestrol dan kebimbangan risiko penyakit jantung dan strok.



1. Oat - Bijirin yg mengandungi serat larut dikenali sebagai " beta glukan" yg memang terbukti secara scientific mampu merendahkan tahap kolestrol.kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yg tinggi turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

2. Minyak ikan omega 3 merupakan asid lemak yg penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi asid lemak tak tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.
Anda juga boleh dapat minyak ikan dari sumber makanan harian seperti dari ikan salmon atau pemakanan supplement.Biasanya pemilihan minyak ikan omega 3 lebih mudah melalui pengambilan dari supplement. Walaubagaimanapun pemilihan supplement minyak ikan omega 3 perlu diteliti dan memerlukan pemahaman kerana sebagai pengguna kita perlu bijak memastikan kandungan minyak ikan adalah dari sumber yang natural dan bebas dari kandungan merkuri.

3. Kacang badam dan walnut. Bagaimana kacang badam dan walnut juga mampu membantu mengurangkan kolestrol dalam darah secara semulajadi? Kajian telah membuktikan walnut boleh mengurangkan paras kolestrol dalam kerana kaya dengan kandungan asid poli tak tepu yang baik untuk mengelakkan obesiti.Kacang walnut juga dikatakan membantu mengekalkan salur darah sihat dan anjal.Manakala dengan pengambilan badam dalam amalan pemakanan menunjukkan satu peningkatan ketara dengan hanya empat minggu.. cubalah 

4. Minyak Zaitun.Untuk pengetahuan anda minyak zaitun mengandungi antioksida yang kuat dan dikatakan boleh mengurangkan kadar kolestrol tidak baikt LDL tanpa mengurangkan kadar kolestrol baik (HDL). Dengan mengamalkan sebanyak 23g minyak zaitun atau bersamaan 2 sudu setiap hari adalah sudah cukup untuk amalan harian. Minyak zaitun juga boleh digunakan di dalam masakan.
Ia jugakan makanan yang banyak disebut di dalam Alquran dan mempunyai kebaikan tersendiri.Ia juga dikatakan tidak memudaratkan jika diambil berlebihan kerana badan akan menyerap mengikut keperluan dan selebihnya akan diyahkan.

5. Psyllium Husk secara lazimnya digunakan untuk menangani masalah sembelit. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan paras kolestrol di dalam darah. Sejah tahun 1998 lagi, FDA telah pun meluluskan phyllium husk di dalam akuan kesihatan.3 hingga 12 gram fiber mudah larut daripada phyllium husk, apabila digunakan untuk sebahagian diet boleh mengurangkan risiko serangan sakit jantung.

Justeru itu,selain sterol dari tumbuhan, pengambilan sterol melalui suplemen juga adalah pilihan alternatif kerana Suplemen ini memberikan sterol tumbuhan yang pada kadar yang relevan.

iklan : 

maklumat lanjut : whatsapp 0123320460

Jika anda berisiko tinggi sila amalkan pemakanan sihat sebagai langkah pengawalan

CheRus..Healthy is priceless





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...