Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Tips dan panduan memulakan penyusuan selepas kelahiran

Assalamualaikum....salam jumaat yang penuh barakah.. hari ni share sedikit mengenai tips penyusuan selepas beberapa jam kelahiran...tips ini sgt berguna dan sgt membantu untuk merangsang penghasilan susu ibu sejurus selepas kelahiran.

Tips memulakan penyusuan selepas kelahiran
 Mengeratkan hubungan bayi dengan membuat sentuhan kulit ke kulit bersama bayi dalam jam yang pertama selepas kelahiran sekurang-kurang 10 minit.
 sentuhan ini merangsang penghasilan susu ibu semulajadi dan membina hubungan ibu dan bayi dengan nilai kasih sayang
 Penyusuan pertama kali iaitu tindakan balas hisapan pertama di mana rangsangan bayi mencari-cari payudara(rooting relfex) amat sensitif dan peka pada keaadaan sekeliling pada 1 hingga 2 jam pertama selepas kelahiran.
 Hubungan sentuhan awal ini mendorong kasih sayang dan merangsang hormon penyusuan yang terlibat utk menghasilkan lebih banyak susu.

   Selamat hari ibu..hari-hari adalah hari ibu..  
happy breastfeeding

Bagi anda yang tercari-cari set penyusuan yang berkesan, semulajadi dan selamat tentunya dari SHAKLEE. Ekslusif dari mom simple shop panduan dan tips-tips penyusuan.





pm Mom Simple Shop
sms.whatsapp 012 3320460

Promosi : Medela Breastpump [ Ready STOCK]

Assalamualaikum..

Bagi ibu-ibu yang ingin mencari  breatspump yang bagus, berquality, murah dan practical boleh pertimbangkan dari brand MEDELA. Jenama yang dipercayai dan berquality .

 Promosi jualan SAH sehingga 31 Julai 2013



sms/whatsapp for promo price


Jangan lupa CheRus call/sms/whatsapp 012 3320460 untuk pembelian ye.
Happy breatsfeeeding.






Jualan Hebat Medela breastpump sehingga 30 September 2013

Aassalamualaikum..

Ok sesiapa berminat nak dapatkan medela breastpump mengikut budget anda..boleh pilih-pilih...harga juga boleh di runding..Brand Medela memang memang berquality dan direka mengkiut keperlian ibu-ibu masakini.

Tiada alasan pada masa ini untuk tidak menyusukan bayi anda dengan susu ibu. Terima kasih kepada teknologi ! membantu ibu-ibu untuk memberikan susu terbaik  kepada bayi mereka walaupun anda bekerja. Anda boleh pilih mengikut kemampuan anda. Inginkan lebih konsulti hubungi CheRus ek.. whatsapp 012 3320460. InshaAllah saya cuba membantu.


p/s : Breastpump adalah alat sokongan terbaik untuk memudahkan pengeluaran susu ibu. DIRECT feeding adalah kaedah TERBAIK untuk sesi penyusuan susu ibu.


Untuk tempahan dan pertanyaan..jangan lupa hubungi CheRus ye.Salam manis dari CheRus happy breast feeding!!



Iklan : Perkhidmatan yang disediakan oleh Mom Simple Shop

Assalamualaikum..


Sebagai makluman CheRus telah pun menyenaraikan harga breastpump Medela termasuk lah assesories yang ada dan yang berkaitan. Anda boleh membuat tempahan dengan mengisi borang yang disediakan.

SID : 858776



Sekiranya anda ingin mendapatkan panduan pemilihan breastpump yang sesuai atau ingin mendapat konsultasi dgn lebih lanjut boleh hubungi CheRus whatsapp/sms/call di 012 3320460.

Orait..cukup iklan untuk kali ini. Semoga anda mendapat manfaat dengan perkhidmatan yang disediakan.

Salam manis dari CheRus. Happy breastfeeding :
   

Peranan vitamin dalam penyusuan susu ibu

Assalamualaikum..

Ramai ibu-ibu masih tidak faham bagaimana vitamin yang ditawarkan oleh shaklee mampu memberi impak yang berkesan di dalam membantu penghasilan susu ibu. jom sama-sama kita dalami.
SET B

Untuk asas set penyusuan 4 jenis vitamin ini adalah di sarankan
Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
B complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
Vitamin C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.


Adakah kalsium juga dapat memberi impak dalam penyusuan?

Jom mari kita kaji lebih mendalam lagi mengenai kalsium atau OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag):
Dalam susuibu, antara kompisis vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu perlu yang tidak  menjaga dan tidak mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium terbina untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period), mendapati susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

Aha..jangan pandang remeh..tentang pengambilan kalsium..perasaan tak ramai wanita selepas bersalin atau menyusu mengalami masalah kulit kusam..mudah rasa letih..hmmm...mungkin kekurangan kalsium adalah penyumbang kepada faktor itu..Ok sekarang nie dah fahamkan peranan kalsium?..ok nak tanya kalsium apa yang boleh dipertimbangkan?..SHAKLEE kenapa ??  jom baca lagi  sikit lagi ni ...kelebihan Kalsium Shaklee ialah:

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
  • Sekiranya anda masih dalam pantang, kalsium shaklee juga mampu mengatasi masalah sembelit...

Bagaimana dengan sumber protien? adakah ia mambantu juga dalam penghasilan susu?
Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protien. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protien sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.Bagaimana kita ingin mendapat manfaat protien dengan lebih berkesan. Shaklee ESP merupakan satu-satunya  produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. dan ia juga turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral dan sesuai untuk semua peringkat umur. GI (Glisemik Index) yang rendah. 1 hidangan ESP shaklee bersamaan 2 kali ganda daging,4 kali ganda telur, 12kali ganda susu,  rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya menggunakan"non-GMO" (non-Genetically modified Organism) yang mana ia diprocess menggunakan suhu yang rendah. Ia juga dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones  genestein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan manfaat kesuluruhan kacang soya.

Jadi cadangan kombinasi vitamin dan supplement adalah terbaik untuk anda dan secara tidak langsung membantu fizikal ibu agar lebih cergas dan bertenaga dan juga penghasilan susu ibu yang lebih baik dan berkualiti tinggi.

Now dah dapat peneragan yang jelas kan?
et 
Apa kate kita tengok testimoni-testimoni pengguna yang telah menggunakan set breastfeeding dari sumber Shaklee...mmg superb ibu-ibu ni..





Nota ringkas : Ibu-ibu juga dinasihat kan memahami kaedah supply and demand dalam konsep penyusuan susu ibu. (untuk panduan lengkap penyusuan susu ibu dapatkan ebook  ke www.zonsusuibu.com).

Vitamin dalam set B sangat membantu badan ibu sustained bertenaga dan membantu mood ibu lebih ceria. Secara langsung membantu ibu lebih bersemangat menyusukan bayi atau membuat sesi perahan yang konsisten di pejabat. Alfalfa hanya membantu mempercepatkan penghasilan susuibu namun peningkatan kuantiti adalah bergantung kepada kekerapan menyusukan bayi dan sesi perahan yang tetap dan konsisten. 

orait. jika anda berminat untuk mendapatkan set penyusuan SHAKLEE boleh rujuk dengan CheRus untuk khidmat nasihat selanjutnya,

pm FB : mom simple shop
call/sms/whatsapp : 012 3320460
SID : 858776

ok..salam manis dari CheRus

Tambah Nilai Susu Ibu dengan DHA

Assalamualaikum..

Ibu menyusu boleh ambil omega untuk tambah nilai DHA? penting sangat kah? perasan tak kalau formula milk berlumba2 iklan dalam susu formula brand diorang mempunyai kandungan DHA yang tinggi?  lagi tinggi nilai DHA tu lagi mahal la susu tu...Kenapa DHA amat diperlukan?

Jom baca article nie..credit to Puteri yusof.

1- "lemak bijak" - lemak bijak merujuk kepada kandungan DHA dalam susu ibu. DHA ini juga dikenali sebagai brain boosting fat. DHA adalah nutrien penting dalam pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Otak bayi yang minum susu ibu mengandungi kandungan "lemak bijak" yang lebih tinggi berbanding otak bayi yang minum susu formula (walaupun susu formula juga diperkaya dengan DHA).

2- ibu mesti tambah pengambilan DHA juga. bukan saja DHA sudah sedia ada dalam susu ibu baik untuk bayi, tambahan DHA daripada makanan juga penting untuk perkembangan sistem saraf ibu. win-win situation!

3- kolestrol - hanya orang dewasa saja tak perlukah kolestrol yang tinggi. bayi perlukan kolestrol baik yang tinggi yang mengandungi komponen asas kepada pembuatan sel saraf otak yang sedang membesar. DHA, kolestrol dan lemak- lemak lain dalam susu ibu ini merupakan bahan kepada penghasilan myelin. myelin ialah bahan insulasi yang membolehkan maklumat antara otak di sambung.

4- "gula bijak"- lactose adalah satu- satunya gula yang terdapat dalam susu ibu. apabila badan bayi terima lactose ini, badan akan pecahkan kepada glucose untuk tenaga, dan galactose untuk perkembangan otak. susu manusia mengandungi kandungan lactose paling tinggi berbanding susu lembu.

5- menyerap maklumat dengan lebih cepat- oleh kerana susu ibu dihadam dengan lebih pantas, bayi akan dapat berinteraksi dengan persekitaran dengan lebih kerap. apabila interaksi ini berlangsung berjuta- juta sel akan terbentuk. sebab itulah bayi yang berusia satu hari sehingga dua tahun, berupaya menyerap maklumat dengan begitu pantas jika mereka minum susu ibu. interaksi yang dimaksudkan termasuklah dakapan kulit ke kulit antara ibu & anak, pengaliran susu yang berbeza setiap kali menyusu (berbanding aliran susu botol yang sama setiap kali), dan disinilah otak bayi distimulasi setiap hari.

hebat! subhanallah!

Kenapa DHA  berbeza dari minyak ikan di pasaran?
Omega Guard Shaklee bukan sahaja melalui double molecular distillation, malah triple molecular distillation iaitu Peyulingan pemeringkatan 3 kali. dan lebih pekat berbanding jenama lain di pasaran


Jom review SHAKLEE DIFFERENT

  • The benefits of cold-water fish oils are well known, but there is a GRAVE  CONCERN regarding the quality of fish oils today due to the known high risk of heavy metals, impurities and contaminants, such as lead, mercury, arsenic, cadmium, dioxins and PCB’s in water today. 
  • Shaklee’s OmegaGuard is specifically made from “small fish” (anchovies & sardines) because heavy metals and toxins are least concentrated in the smallest species of the food chain.
  • Shaklee’s OmegaGuard is processed via a pharmaceutical-grade, state-of-the -art, proprietary, triple molecular    distillation process which guarantees the removal of impurities and contaminants … a product that you can TRUST.
  • The fish oil supplements that are being marketed by many companies are made from commercially raised, oceancaged, large fish that have been “pellet” fed for their entitre life!  These fish have a much lower Omega-3 level than wild ocean fish, and the pellets are full of synthetic substances … consider how this affects the quality of the oils that are being sold.  



Berminat untuk mendapatkan Omega Guard  Shaklee sila pm FB : Mom Simple Shop sms/whatsapp 012 3320460  utk maklumat lanjut..

note :produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.




After 1 year 9 months fully breastfeeding

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah...masih ada kudrat dan idea utk menaip...ye tgk title pun rasa nak senyum je...ok2 rasanya lama cherus tk cite pasal my breastfeeding journey...well as at today aimi already 1 year 9 bulan...5 months to go!..syukran2 masih mampu untuk memberi my little aimi fully breastmilk segar dr ladang...hi..hi..maksudnya bukn perahan, bukan EBM bukan FM...hi..hi...dah besar dah aimi...semakin bijak..semakin creative dan semakin enjoy and stressss pun turun naik...hu..hu..biasala kan..antara sabar dan x sabar je ibu dia nie...

Gambar masa budak2 nie kecil lagi...

gambar terbaru..anak-anak CheRus

Bercerita mengenai breastfeeding dan secara langsungnya CheRus mmg menjual breastpump dan tidak ketinggaln menjual product shaklee yng CheRus rasa kalau tanye ibu2 breastfeed musti tau lah..ape dia kan..kan..dan dah tentu yang paling mendapat perhatian dan permintaan adalah vitamin utk breastfeeding! Ya semua berkaitan breastfeeding...yeah cerita yng CheRus hightlight dalam blog ni juga adalah perjalanan penyusuan CheRus secara peribadi an ianya juga berkaitan breastfeeding..he..he...dgn perjalanan hidup ini jugalah menjadikan cherus  berjumpa dengan pelbagai ragam...manusia , cerita, dugaan, kelebihan kekurangan seseorang itu ...sedih..dan gembira..Alhamdulillah CheRus rasa CheRus dikelilingi dengan org2 yang baik...walau hakikatnya ada yang tidak bertemu muka...ok...teeettttttt....kita stop dulu cerita pengalaman peribadi..smbung dilain entry..nak hightlight cerita pasal breastfeeding...ok naaa...baca je ek...sharing the good things n hope benefit to uols juga...ek..ooraaait..

Honestly breastfeeding is very challenging...cherus masih dalam fasa to complete the sunnah..sehingga 2 thn..ye knp 2 thn?..masih belajar ni..nak tau juga..as at today...dan menuju ke 2 thn ini...mmg bnyk perkara yg terlintas dan mengajak cherus berfikir..oo ini kelebihan breastfeeding..tu yg seeloknya CheRus catatkan untuk dikongsi atau dijadikan panduan ..Sebelum itu, apa yg CheRus  nak hightlight  dan tuliskan  kan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan permerhatian CheRus tau ..sekiranya apa yg tulis tidak berdasarkan fakta..atau diluar logik itu adalah pandangan peribadi CheRus..sahaja..
Alhamdulillah setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...pengalaman diberhentikan kerja..membawa hikmah yg CheRus rasa lebih kepada kebaikan..dimana CheRus berpeluang utk menikmati hikmah penyusuan susu ibu secara dua2 situasi iaitu penyusuan melalui EBM  (anak 1st) dan penyusuan secara DIRECT FEEDING(anak 2nd) dan ini  secara tak langsung memberi pengajaran dan ilmu untuk dikongsi bersama...apa yang dapat disimpulkan utk kedua2 situasi in ternyata terlalu berbeza hasilnya..Syukur sekali lagi..kelebihan yng tuhan kurnia kan kepada CheRus mempunyai  anak cukup utk dibezakan secara jantina  dan  keadah penyusuan nya..secara kesluruhan..

Penyusuan secara EBM

Bagi ibu yang bekerjaya kaedah penyusuan EBM adalah kaedah terbaik yang boleh digunakan..keadah ini harus dipelajarai bg bakal2 ibu sebelum kelahiran berlaku...keadah ini bagi memastikan bayi atau anak akan terus menikmati penyusuan susu ibu...selama mampu berbanding susu formula. Semangat dan daya tahan diri utnuk meneruskan penyusuan susu ibu perlu ada dalam membudayakan keadah ini. Walaubagimanapun terdapat factor2 yang menyebabkan seseorang ibu give up dalam meneruskan perjuangan meggunakan kaedah ini. seperti factor tempat kerja...masa, stress, letih, keadah persekitaran rumah..bebanan kerja termasuk juga kewangan..ini kerana ianya tertanggung ke atas  diri ibu sendiri.kenapa CheRus kata diri ibu sendiri?..semangat lawan antara factor2 yg ditulis itulah yg ibu kene lawan...kekadangan ..kedanag bila di suatu tahap.factor di atas tidak dapat ditanggung oleh ibu itu sendiri..maka menjadikan penghasilan susu akan merundum dan terpaksa mengambil langkah seterusnya formula milk...bg yang housewife juga tidak terlepas dgn pelbagai cabaran itu nanti CheRus cerita ek...

Perkara lain mengenai EBM ini kerisauan mengenai berapa banyak stok susu yang diperlukan...ibu2 yang bekerjaya tertakluk kepada masa. komitemen terhadap kerja...pengahsilan susu ibu juga boleh terganggu dengan sentiasa dikelilingi perasaan bimbang utnuk mencukupkan stok...hakikatnya ibu menyusu perlukan rehat yang mencukupi....so daya tahan dan semangat juga yg menentukan kamu mampu ke tidak?...

tahap ke segaran susu EBM dan Perbandingan Direct Feeding
Pandangan peribadi CheRus, EBM masih susu terbaik berbanding susu formula..susu terbaik adalah susu yang diberi secara DIRECT FEEDING. Melalui dua anak yang berbeza kaedah ini terbukti mmg ternyata berbeza. Berbeza dalam melawan penyakit, berbeza dari segi tahap kesihatan ,dan berbeza dalam memilih pemakanan. MEMANG BENAR SUSU IBU menguatkan imun sistem bayi dalam melawan penyakit...hu..hu ttteeeeeeetttt....penat menaip nie..kita jumpe lain masa ek..ada tugasan yang perlu dilakukan..insyaAllah Sambung seterusnya ...

Kesihatan anak,pemakan anak2, melawan penyakit, housewife vs bekerja..tungggguuuuuuuuuuuuuuuu...

owh ya sekiranya berminat untuk mendapatkan ESP dgn harga istimewa...(promosi sepanjang bulan october saja tau...sila la PM/SMS/whatsapp cherus ya 0123320460..



Pumping setelah hampir 8 bulan tidak mengepam..

Salam..

Hi..hi..entry kali nie bukan sambungan bahagian 2..tetapi sebagai selingan sahaja...Bukan ape..x tersangka selepas aimi 1 tahun 4 bulan mmg aimi menyusu secara direct feed..tetiba terasa nak mengepam! Kah..kah..bukan sengaja tetapi terpaksa..hi..hi..masa aimi berumur 3 to 4 bulan..pernah cuba ajar menggunkan bottle feed..mmg dia tak berapa nak suka..mcm tau je ibu dia mmg akan duduk rumah..so mmg sentiasa direct feed sehingga lah hari ni..mcm surprise juga..lately terasa susu di payudara melimpah ruah?..mmg rase sentiasa ada lebihan..tak boleh jadi..payudara mula kerap mengeras mcm rasa breastfeedung 6 bulan gitu...almaklum lah dah setahun mesti penghasilan susu tu berkurangan si aimi ni pulak mcm menyusu memain aje melempah aje..ke atau susu dah x sedap? Errks ade ke susu x sedap bg baby la :-).hu..hu...so cherus decide mengeluarkan breastmilk dgn medela freestyle tu la yg dah lama juga tersimpan dan kadang kala memberi khidmatnya kepada customer yang dirahmati...haha..ini inilah hasilnya..
                                            
kagum juga..sbb anak 1st dulu breastfeeding sehingga setahun sahaja..dan rase susu semakin kering..then now rasa bersyukur diberi peluang kedua ini telah melepasi stage setahun..secara fullybreast feed dan rezeki itu dipermurahkan dagn izin Allah..pucuk pangkal..kene kuat semangat dan istiqamah. .banyak bende yg cherus terpaksa lalui(nanti cherus cerita yg kisah bahagian ke2 nanti)..dan sesungguhnya ia bukan perkara mudah!..mmg perlukan pengorbanan..InsyaAllah masih menruskan perjuangan sehingga menuju ke thn ke 2. Ok bila dah pump tu ade hati nak bg susu perahan guna bottle...hua..hua...aimi memainkan..bg sikit je masuk mulut tp dia biakan melimpah...aduhai anak..dia memilih utk directfeed sambil memberi isyarat tagn di breast..padahal rasenya sama juga samekan..well mayb lebih nikmat..kot..keh..keh..anak owh anak..apa saja utk mu..ok next entry insyaAllah bahagian ke 2..selepas setahun breastfeeding cherus rasa lebih fun! Tunggu entrynya..ya..ok setakat ini dulu selingan nya..

Sebagai perkongsian....CheRus sarankan sentiasa mengambil supplement dan vitamin secara consisten bagi membantu ibu lebih sihat, ceria dan kekal bertenaga..SET B shaklee utk breastfeeding..untuk Trail pack juga available. ?berminat boleh sms/call or email CheRus ya...harga istimewa menanti customer CheRus.

Salam manis dari CheRus







SGM 2 (2012): Support Group Meeting [Bahagian 2]

Salam.

Ok ..sambung  semula yang pasal nipple crack tu..kenapa berlaku?..melalui perbincangan yang diketuai oleh Pn Khamariah , antara faktor pemyumbang kepada masalah tersebut termasuklah cara penyusuan yang tidak tepat..di mana kedudukan lidah bayi sepatutnya berada dibahagian bawah aerola dan menutup secara keseluruhan...pada pengalaman CheRus sendiri mmg betul sgt menyakitkan bila berlaku perkara ini..kebiasaannya berlaku ketika di awal kelahiran ( awal confinement) mungkin ketika itu bayi memerlukan proces masa dan penyesuaian utnuk mendapatkan kedudukan tepat ketika penyusuan berlaku. dalam pada itu juga sekiranya kedudukan tidak tepat maka bahagian hujung lidah bayi mudah terdedah ke bahagian nipple yang menyebabkan berlakunya nipple crack...antara faktor lain adalah keadaan lidah bayi itu sendiri...pemerhatian dan pengesanan secara terperinci perlu di ambil kerana ada sesetengah bayi mengalami mengalami tongue tie (lidah pendek) di mana bahagian selaput nipis di bwah lidah berkeadan kurang normal iaitu agak terkedepan sedikit. ini juga boleh menyebabkan bayi gagal dalam mendapatkan penyusuan yang tepat. Sekiranya perkara ini berlaku..tindakan selanjutnya perlu dirujuk kepada Dr yang segera mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Keadaan kemungkinan pembedahan perlu dijalankan adalah bergantung kepada case itu. 


Bagaimana penyusuan boleh diteruskan sekiranya nipple crack, bayi premature atau bayi yang mengalami tounge tie yg memerluka pembedahan?..ye ada caranya..ibu boleh mengeluarkan susu secara kaedah 'marmet' atau mengeluarkannya dengan mnggunakan pump dan memberi bayi dengan menggunakan small cup or syringe...so penyusuan dapat diteruskan walaupun sedikit masalah di awal kelahiran...insyaAllah.


Sedikit persoalan dari CheRus sendiri mengenai penyusuan selepas setahun..bagaimana cara dan kaedah yang betul..adakah formula milk membantu???..ikuti persoalan ini di next entry ya...nanti CheRus cerita


Salam manis dari CheRus


"Susu ibu bergitu berharga"

Salam...

Syukur..syukur..alhamdullilah..masih ada kudrat nak menulis...yeay..still counting my day to complete 1 year of breastfeeding and aimi's birthday..1 more day to go..hmmm..breastfeeding akan kuteruskan lg sunnahMu itu..kerana "susuibu begitu berharga". 

Ok this time nak cerita pasal susu tepung nie kecoh pasal susu yg pengeluaran di tarik balik dari pasaran.

Bab-bab niela CheRus kureng agak kureng suka walaupun bende in masih tidak pasti punca utama..hmmm..my conclusion..breastmilk always the best!!..say no to milk powder if you agree and if you can ..trully takdelah nak bias sgt pasal susu tepung nie..as my 1st kid masih guna milk powder till now...he..he..say no to milk powder for your infant..he/she deserved your breastmilk! bercerita mengenai susu ibu..ada cerita menarik dan mybe boleh kita fikirkan bersama...

Last week..Che Rus terima panggilan dari 'urgent' customer untuk membeli breastpump.baru je bersalin 2 minggu..memandangkan only 1 unit available for booking dan hanya akan sampai minggu depan..so terpaksela excused..to that customer..ok..ape yg menariknya...?..saje bertanya..kenapa urgent sgt nak breastpump?jawapannya adalah terlalu letih, every 1 hour ..2 hour nak menyusu and malam bangun kerap nak susu..errrkss..terdiam juga CheRus  :-P bukankah itu normal bagi sesorg ibu yg melahirkan?..baby yg baru lahir akan kerap menyusu sbb susu ibu muadah absorb and digest  ...apa pendapat anda..pengorbanan sesorg ibu..letih.?..sakit?..tolak tepi..aje....bila tgk baby menghisap susuibu adalah masa yang amat berharga..indah kan?..

Will always miss this moment..

mmg jd kenangan nanti..gunakan masa itu sepenuhnya degn direct feed selagi kita mampu untuk bersama...maksud CheRus..bg wanita yang bekerja..masa confinement adalah masa yg sepatut digunakan sepenuhnya untuk direct feed...Che Rus ingat setiap wanita yang melahirkan 'ready' utk menghadapi tanggungjawab seorg ibu?...hi..hi..ok apepun persediaan mental and fizikal adalah amat penting..bg ibu baru...melalui pembacaan sedikit sebanyak dapat membantu...

Ok..insyaAllah sambung esok ye...birthday Aimi...hi..hi (kalau sempat nak memblog) :-P

Salam manis dari CheRus


Perkara yang saya tak ingin buat tp terpaksa buat..

Salam...

Entry kali masih berkisahkan breastfeeding journey yg aku lalui..oklah 15 hb November betul2 genap 9 bulan aku bf untuk baby Aimi...alhamdulillah masih murah rezeki yang diberikan Allah utk Aimi ..tiada masalah kekurangan stok..tiada masalah susu tidak keluar..dan juga tiada kebimbangan susu drop...untuk setakat ini...mesti ada yg nak tahu apa yg perkara yg saya tak ingin buat tp terpaksa buat juga....huwaa...huawaa....huawaa.....ish over laks..haku nie...dah2 ..tabahkan hati utk meluahkannya ok...aku terpaksa membuang susu perahan yang banyak itu ...stok simpanan ketika dalam confinement ...bukan ape..dah expired dah haku rase..so mmg tak confident lagi nak bg kat baby....dah lama dah mmg kene patut buang..yelah peti sejuk 2 pintu paling lama 6 bulan je tahan...mula-mula buang sikit-sikit supaya ak rasa ralat..apepun berat nye hati nak buang banyak...so biarkan je dalm peti sejuk tu lelame..bukan ape bila tgk stok dalam peti perasaan dalam hati bahagianya ...ya Allah begitu banyak rezeki yg kau beri tetapi hambaMu terpaksa menolaknya...semoga Allah  mengampuniku..
Ini adalah sebahagian daripada stok simpanan dan ini semua perlu dibuang!!!..sedeh2

Mesti korang tertanya2 jugakan kenapa aku tak bg jer kat anak org lain yang memerlukan susu...mmm..nampak simple tapi perlaksanaan perlu berhati-hati dan hati kecilku masih belum ready untuk memberikan susuku kepada 'mereka'.. mmg niat dah ada..tetapi tidak kesampaian..risau pun ada..so kesimpulannya aku diamkan sahaja..sehinggalah expired...so now nak tak nak kene lah buang dan perkara ini amatlah aku sedih dan tidak suka sama sekali...ya Allah jgnlah Engkau tutup pintu rezekiMu terhadap ku...

Yang ni pulak  barisan susu perahan baru ...utk waktu2 kecemasan or pada masa-masa akan datang selagi tidak expired...Alhamdullillah masih boleh membuat stok perahan walaupun I am directfeed Mom..mmm..ok sampai sini dulu..ada cerita lagi sy cerita di next entry..

kalau nak tips eksklusif berkaitan breastfeeding please do not hesitate to email me..insyaAllah..sy cuba membantu..


Salam manis dari CheRus

Saya sendiri telah menggunakan set breastfeeding Shaklee..ape cer???

Salam hi..hi..and hi...

Ok entry kali berkisahkan perjalanan penyusuan saya. Ok..setelah diperkenalkan dengan Shaklee..mesti nak tau komen setelah menggunakannya sendiri. Sebelum tu cerita sedikit perkembangan anak dara kecil ku..yg cute itew..he..he...baru je masuk 8 bulan umurnya dan masih berkemampuan untuk memberi susu badan sepenuhnya...sudah tumbuh gigi dua bawah dan sekarang atas pun sudah tumbuh,,wah cepat pulak..sekali keluar 2 biji terus serentak...sekarang sudah berjalan sendiri sambil memapah..serta duduk tanpa sokongan..sungguh comel bila tgk dia duduk...bulat2..ha..ha..suka bergurau dan lanyak abang dia...abangnye pulak sgtlah suka menangis...mengalahkan adiknya yg sgt selamba..dan happy jer dan dia juga tidak banyak masalah kesihatan sekadar selsema dan demam2 biasa sahaja..memandangkan dia cute selalu sgt kene cium dgn ayah dia..naik lemas dia dibuatnya...hi..hi whateverlah ye..masih kecil kan..mmg geram pun...
Aimi yang sihat dan ceria..

Ok sambung cerita dan pengalaman dan penyusuan selepas menggunakan Shaklee breastfeeding set + ESP...ok sy biasanya selalu baca pengalaman ibu yg mengepam selepas menggunakan shaklee..kali sy sendiri menceritakan bagaimana mana ibu yang direct feed nie..tak pekan..saje nak cerita..selepas 2 minggu mengamalkan Shaklee ni mmg ada terasa perubahannya terasa payudara sentiasa penuh dan berisi..walaupun selepas menyusu..biasanya kalau mengepam kita biasa terasa akan kosong payudara tu..memandangkan sy nie direct feed baby consume mengikut sebanyak mana yang dia suka kan...so bila tgk dia sedang menyusu terasa puas dengan kekenyangan..wah2 seronok tgk dia..actually cara pemakanan aimi tak banyak ragam dah sekarang nie..walaupun tak bg dia makan dlam satu hari pun dia tak banyak ragam..maknenya bergantung sepenuhnya susu ibu pun dia sudah cukup kenyang..makan sebagai syarat sahaja...pun dah cukup..(1 hari sekali je bg makan) minggu kedua menggunakan  set breastfeeding mmg terasa payudara dah cukup penuh walaupun dah kerap bagi direct feed to aimi..tp aimi memainkan aje sbb maybe dia dah kenyang...susu keluar memancut2 nyah abis terkena muka aimi dan baju pun sedikit basah...
memercik susu ke muka aimi..hi.hii sbb dia dah tak nak tp kene paksa minum susu..melimpah aje lah..


Memandang masih tidak selesa sbb sudah terasa mula membengkak...so pg2 bangun ambil keputusan keluarkan susu dgn menggunakan pump...inilah hasilnya ..ni sekali sesi sahaja...alhamdullilah..simpan je susu nie buat stok baru..


Pengambilan ESP juga mmg sgt membantu dalam memberi tenaga yang berpanjangan..so tidak mudah rasa letih..Amalan pemakan setiap breakfast yang saya amalkan
Set breastfeeding 3M

Kepada ibu-ibu yang sedang menyusu saya amat menggalakan anda mengambil makanan tambahan supaya dapat menggalakan panghasilan susu dan seterusnya dapat mengelakan rasa letih yang boleh menyebabkan anda rase stress dan seterusnya susu akan drop. Sekiranya anda berminat tuntuk mendapatkan supplement ini sila berhubung dangan sy ye untuk pertanyaan lanjut serta tips2 ekskusif penyusuan. Jgn lupa juga berhubung dangan saya melalui email cherus@momsimpleshop.com untuk mendapatkan harga diskaun yang menarik!!..sy juga menyediakan trial pack sekiranya anda ini mencuba!..

Salam manis dari CheRus

Kupasan topic SGM 6: Bahagian 1

Salam,

Kali sy nak buka entry dgn kupasan isu yg dibentangkan semasa perjumpaan itu. Ok sy mulakan dengan persediaan kelahiran.Adakah anda bersedia menerima kelahiran? pertambahan org baru di dalam keluarga..tak kiralah pada kelahiran pertama ker dua ke dan seterusnya..adakah ia suatu kurniaan atau bebanan? dalam islam jgn sekali2 kita anggap bebanan kerana setiap kelahiran itu telah Allah janjikan ketentuannya..tetapi membesarkan di dalam keadaan dunia yang semakin mencabar menguji kemampuan kita dari pelbagai aspek..antaranya dari aspek persekitaran seperti kewangan, pekerjaan, sokongan dan galakan, semuanya boleh mengundang seribu 1 permasalahan yg perlu diselesaikan mengikut kemampuan individu sendiri dan dgn cara yg berhemah. Of course  setiap pasangan yg menginginkan cahaya mata mmg mengharapkan segala kelengkapan kelahiran adalah ditahap maximum mungkin..hi..hi biasanya berlaku pada kelahiran pertama...kan2..hihi..tak pe2 excited kan?..apepun kalau kita kaitkan dgn persediaan kelahiran mcm2 terlintas di dalam fikiran kita..bagi yg mempunyai keaadan kewangan yg stable mmg tiada masalah tetapi bg yg kurang stablenye  mungkin menjadi  bebanan..apepun sebagai manusia yg dikurniakan akal fikiran yg waras..kita kene beringat dgn  mengikut keperluan ye...mengenai persediaan sebagai ibu pula..adalah amat cantik dan indah ciptaan Allah itu memberikan seseorang wanita yg melahirkan secara naturenya berkemampuan untuk menghasilkan susu untnk anak yg dilahirkan. Ok now sy nak highlightkan di sini persediakan sebagai ibu ya..adalah seorg wanita itu bersedia?menolak?..sekadar memenuhi syarat utk sambut kelahiran. Pada sy terlalu besar kurniaan Allah itu .amatlah rugi sekiranya kita menolak kurniaan susu itu...terlalu banyak manfaatnya. mentaliti 'susu tepung utk org kaya' adalah tidak benar sama sekali....ade juga mentaliti nak jaga bentuk badan juga perlu dielakkan..fikirkan yg terbaik utk anak anda utk jangka pendek dan panjang.


Masing -masing sedang seronok membincangkan isu yg dibangkitkan..hi..hi..sempat posing jap :-p


Bagi ibu atau bakal ibu yg telah mengambil langkah proactive untuk menyusu badan amatlah digalakan tetapi bersediakah mereka...?mampukah mereka?berjayakah mereka?..bagaiman caranye?bagaimana kalau bekerja?berapakah jumlah yg perlu disediakan?.berapa banyak wang yg perlukan utk menyediakan semua itu?..adakah org disekekiling kita seperti keluarga, majikan serta suami menyokong kita? bnyk persoalan nye kan? dan secara keseluruhannya adakah seorang wanita yg melahirkan dan menyusukan bersedia dari segi mental dan fizikialnya...nanti sy sambung di lain entry ya...

Perjumpaan kumpulan sokongan (SGM)ke-6

Tajuk perjumpaan kali nie adalah : There's a New Baby in Your Life

Tarikh : 26 Jun 2011
Lokasi : Taman TAsik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Konsep : Port Luck




Hari ahad minggu lepas sy berkesempatan menghadiri SGM anjuran susu ibu.com..almaklumlah..dah jadi suri rumah cari aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga…tak jauh pun dengan rumah pun…agak menarik perjumpaan ini rupanya..macam –macam perkara yang dibincangkan..banyak ilmu breastfeeding yg dipelajari..rase nye lepas nie nak join lagi…bukan lame pun..tapi mmg bermanfaat..antara isu-isu yang dikupas..nanti sy cerita lagi l aape isu-isunye..hi..hi..banyak juga sy berkongsi pengalaman bersama org lain..yelah mane taknye..kalo ikut topic amatlah sesuai utk mom to be rite?..sy nie dah ada anak 2…so berkongsi pengalaman la jawabnya…moderator sy kali nie Puan Kamariah dari susu ibu .com..ade 2 group..menariknye  bile buat sesi pembentangan di kawasan taman..sambil tu suami boleh anak yang 1 lg jejalan..dekat pulak dgn mcdonald..so asben  bw son ke mcdonald..ibu&dotter gi dengar cerita pasal breasfeeding…kalau nak ikutkan 1 jam pembentangan tetapi jadi sampai pkul 12 lebih juga..yelah makan2..yg best ‘portluck’..dan ade anak salah seorg participant sambut birthday kat situ sekali..so mmg sesi ni mmg best...lepas nie nak join lg..banyak isu yg boleh dibentangkan..topic berikutnya saya akan kupas isu-isu yng dibentangkan semase perjumpaan tu..
 

Oat sebagai amalan pemakanan

Salam,
mmm...lame juga tak update cite..hi..hi...oklah kali nak cite pasal oat..ape yang menariknye pasal oat nie..mcm nie sy nie kan tak brp nak suke minum segala jenis susu yg perisa asli...errk..yarks..tapi makanan ni penting utk kita yg breasfeeding ni..kan..yelah membantu memberi kalsium untuk kite...so sy pun mencari sesuatu makanan pelengkap mudah dan sekali gus membantu menambahkan susu badan...mcm petua dan cara untuk menambahkan susu badan..ade yg kate minum air longan kering, lobak putih..dan banyak lagi...tapi itu terpulang cara masing untuk mengamalkannye ye tak..sy nie kalu boleh nak cari makanan yg murah dan berkhasiat...ade setegah org mkan supplement..betul...mmg digalakkan..tp terus terang2 sy kurang berkemampuan...nak beli makanan supplement secara consistent memandagkan hanya suri rumah dan sy juga bukan pengamal yg berdisipline..hu..hu...kekdg..separuh jln jer..pastu tak mkn..so membazir je...mmm...so sy mencari sesuatu yg make sure sy boleh makan...tetiba terlintas difikiran sy oat!...so survey lah kat supermarket..tp kebanyakannya semua tak de perisa...sy tak boleh makan oat begitu je.tak boleh nak telan sgt pun..cari punye cari jumpe satu jenis oat brand quaker perise coklat..

 hi..hi..gumbire plak sbb ade jual juga..siap dalam packet segera..senangkan...so setiap pagi amalkan secawan /sepaket oat nie..terase berbeza..susu badan terase penuh berbanding kalau setakat minum air milo secawan..sejak sy mengamalkan oat aje..ade sedikit test sy buat bila minum oat dengan sekadar minum milo ...mmm...mmg ade perbezaan...mungkin sekadar kebetulan atau logik itu..wallahualam...sehingga sekarang sy masih mengamal oat sebagai makanan breakfast sy...hi..hi..yg gumbira nye tak perlu diet2 dah makan ikut suke hati...sekarang berat badan dah kembali normal...45kg..nak tgk juga nie..berape lg boleh turun...sbb anak 1st dulu boleh turun sampi 43 kg...wah slim gitu...kelebihan ibu yg breastfeeding..tak kisahlah ape yang kite amalkan sebagai makanan tambahan..yg penting kita boleh terus memberikan susu badan /susu ibu kepada bayi kita...teruskan usaha...

tanggungjawab ibu kepada anaknya..renungkanlah..

Salam,
Bersama-sama kita saling ingat mengingati tentang penyusuan susu ibu seperti yang dia syariatkan di dalam Al-Quran

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan & pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan".

terima kasih 

My baby photo after 3 months fully breastfeeding

Salam,

Hi..today i'm going to write a little bit story of my baby..alhamdullilah..Aimi 3 months already..Thanks God bg peluang untuk terus hidup memikul tanggungjawab sebagai ibu...selama itu juga sy masih mampu untuk memberi susu ibu kepadanya..secara exclucisve.Masih jauh perjalanan untuk sy lalui pengalaman breastfeeding..mampukah atau tidak selalu bermain difikiran saya..hanya kesabaran dan masa yg dapat ditentukan..insyaAllah..akan kuteruskan perjuangan ini..semoga aku mampu..seronok melihat perkembangan anak didepan mata..pengalaman anak pertama..terpakse hantar ke taska..tak brp nampak perkembangan secara langsung...apepun sy masih bersyukur..now semua depan mate..aimi can meniarap sendri seusia 2 and half month..cepat kan...kenaikan sebulan dalam purata 1 kg sebulan ..3 months sudah 6 kilogram..montel sungguh anak ibu..rase sgt gumbira tgk anak membulat..dgn berketul..hasil dari susu badan...puas hati dan sgt2 bersyukur, aimi tidak megalami demam sepanjng tempoh 3 bulan ini...kene inject pun ek! sikit je.tak nangis pun...


ape yg sy boleh nampak dari air muke aimi..dia seorg yg sabar...tidak banyak ragam..suke ketawa...suke 'bubling'. suka ajak berbual tp kene ikut bahasa dia la...tanda2 banyak ckp ker...?


ketibaan tempahan bulan April

Salam,

Sebagai pengumuman tempahan bagi bulan April telah pun selamat tiba.  kepada puan-puan/ibu-ibu  dan bakal ibu yang telah menerima breastpump freestyle mereka diharap anda berpuas hati dan selamat mengepam dan sesungguhnya susu ibu adalah yg terbaik. Untuk makluman juga, minggu depan stok baru medela freestyle akan tiba. hanya tinggal   3 unit sahaja yg masih belum ditempah. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli ready stok sila berhubung dengan saya dengan kadar segera. 




Sekian dulu.

Keperluan makanan untuk ibu menyusu

Salam,

Apa yang patut ibu menyusu makan?.mmmm...penulisan saya ini adalah berdasarkan pembacaan saya..tak salah kalau kita berkongsi cerita kan?..

Kebanyakkan wanita yang menyusukan anak memerlukan 2000-2200 kalori per day tetapi ianya bergantung kepada ketinggian dan juga saiz badan.Saranan ini adalah berdasarkan jumlah susu ibu yg diperlukan oleh bayi.

Panduan Pengambilan Nutrisi untuk ibu menyusu:

Kalsium : Mineral yang penting untuk tulang dan fungsi badan yang lain. Jumlah harian yg disarankan bg pengambilan mineral ini adalah sebanyak 1600 mg bersamaan dengan  2 hingga 4 penyediaan produk tenusu setiap hari. Contoh produk yang mempunyai nilai kalsium yg tinggi seperti yogurt, susu, cheese, brokoli, almonds, oranges, sardine, tofu and etc. Ada juga kajian menunjukan, semasa mengandung dan menyusu, kalsium akan dikeluarkan dari tulang, so kalsium tulang akan digantikan silih berganti dan menjadikan tulang kita semakin kuat.
Vitamin : Memperbanyakkan makan buah-buahan dan sayuran bagi memastikan pengambilan vitamin yang cukup. Pengambilan vitamin D adalah penting bg membantu perkembangan dan pembesaran tulang byi. Antara sumber makanan utnuk vitamin D termasuklah ikan, susu telur dan menteda.

Supplemen dan herba : Sebagai pengetahuan, FDA tidak mengawal produk herba dan supplemen.Ini adalah kerana kebanyakan produk yg berasaskan herba atau suplemen kurang penyelidikan dan manfaatnya terutamnya kepada ibu menyusu dan wanita mengandung. Walaubagaimana, adalah dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor sebelum mengambil sebrang herba dan suplemen.

Adakah anda tahu?

Susu ibu mengandungi 87% air. Oleh yang demikian, badan kita akan memerlukan air tambahan ataupun jus ketika menyusu. Minum 8 hingga10 gelas setiap hari, ataupun ketika kita berasa dahaga. Pada kebiasaannya kita akan berasa dahaga selepas menyusu. Jadi cara terbaik untuk memastikan kita mempunyai cecair yg cukup ketika menyusu adalah dengan  minum segelas air atau jus perahan sendiri. Sebagai petunjuk, sekiranya urine kita berwarna kekuningan, menunjukan kita mempunyai cecair yg mencukupi. (kecuali pengambilan vitamin B complex juga menyebabkan urine berwarna kekuningan)
Peringatan !
Kajian menunjukan minum extra liquid tidak menyebabkan  peningkatan penghasilan susu. Ia adalah tindakan penyusuan secara berterusan dan kerap akan meningkatkan penghasilan susu.

p/s : Peringatan ! Penulisan ini adalah informasi penyusuan secara am sahaja.


 tunggu sambungannya di lain entry plak...

Sharing is caring... :-D




Kaedah penyimpanan susu perahan

Salam,

Hasil susu perahan dated 5 April 2011.(sebelah sahaja)


Kali ni nye entry sy nak bercerita pasal kaedah penyimpanan susu perahan...sekadar berkongsi ilmu utnuk disebarkan-sebarkan.Walaupun sy dah practiskan kaedah ini..tetapi kekadang tu boleh lupe juga..atau terdapat maklumat tambahan yang kita tak sedari.Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Terdapat kaedah tertentu untuk menyimpan susu yang diperah untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Ini adalah kerana susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas simpan susu perahan yang sesuai digunakan seperti:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA
  • Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • Breast milk storage liners yang memang dikhususkan yang digunakan menyimpan susu perahan


Suhu
Tempoh ketahanan
Suhu bilik
19 hingga 26 °C
 4 jam
Bekas penyejuk (cooler bag/box)
kurang 4 °C
12 – 24 jam
Di dalam peti sejuk
kurang 4 °C
7 hari
Peti Sejuk (Freezer/beku)
(-18 hingga -20 °C),
3 hingga 6 bulan * ada rujukan lain 12 bulan


Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk (Sumber: Le Leche League)
 Sharing is caring, jadikan ianya sebagai panduan bersama

Wassalam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...