Ketahui 5 jenis sumber makanan semulajadi melalui warna

بسم الله الرحمن الرحيم ❇  اسلام عليكم
Dalam memilih buah-buahan dan sayuran untuk dijadikan jus atau makanan, anda tidak perlu rasa bimbang untuk mencuba kepelbagaian warna sumber makanan semulajadi. Malah mencuba pelbagai warna semulajadi makanan dapat memberi keperluan kesihatan secara menyeluruh.
Setiap kumpulan warna sumber makanan membawa kepada keperluan kesihatan yang berbeza. Bila anda memenuhi kesemua kumpulan warna makanan ini akan memberi nutrien atau pun vitamin yang mampu melawan pelbagai jenis penyakit. Inilah hebatnya alam semulajadi kepada manusia.Jom kita belajar 1 persatu dan anda suka makanan dalam kumpulan warna apa?

5 jenis makanan yang diklasifikasikan mengikut warna yang mampu meningkat kesihatan
================================================================
1. Makanan Hijau- sinonim dengan klorofil dan mempunyai keupayaan merawat penyakit. Fungsi utama makanan hijau adalah mengekalkan pertumbuhan sel yang sihat dan membantu memudahkan interaksi antara sel untuk meningkatkan kesihatan.Manfaat makanan hijau termasuklah
  • mencuci darah, mengawal gula dalam darah, kawal paras kolestrol
  • kawal kolestrol dan mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung
  • membunuh dan menghalang jangkitan virus dan kulat
  • Mengekalkan kekuatan tulang
  • Mengurangkan kesan allergi 
  • melegakan masalah pernafasan seperti asthma dan sinus
  • mengurangkan kesakitan akibat keradangan menghilangkan bau badan dan nafas berbau
  • meningkatkan kesihatan usus

Contoh makanan hijau ada seperti Alfalfa sprouts, asparagus, brokoli, kobis hijau,salari, epal hijau. daun ketumbar, pasli,lada begala hijau,  teh hijau dan sebagainya






2. Makanan Putih - berperanan menyokong penyenggaraan metabolisme tulang yang sihat
Manfaat yang boleh diperolehi untuk jenis makanan berwarna putih
  • Memusnahkan mikroorganisma 'jahat' di dalam proses pencernaan
  • Menghilangkan pelbagai jenis jangkitan  virus dan  kulat 
  • Meningkatkan makanan untuk pembiakan bakteria baik 
  • Mengaktifkan sel darah putih sebagai pertahanan pertaman daripada serangan bakteria
  • mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung
  • Penggalak imun sistem tubuh  yang hebat dan mengawal keseimbangan horman 
  • Mengelakan kanser perut, prostat dan darah

Antara jenis makanan berwarna putih seperti serai, bawang putih, halia, bunga kobis, bawang besar, lobak putih, cendawan,sengkuang dan lain-lain lagi

3. Makanan Merah ~ banyak didapati buah-buahan . Makanan berwarna merah ini biasanya mempunyai kaitan dengan antioksida dan mampu menyokong kesihatan jantung, prostat dan meningkat imun sistem badan.
  • Menghalang atau memperbaiki masalah rabun silau ,katarak dan penyakit mata yang berkaitan penglihatan sentral
  • memnghalang dan memperbaiki paras gula dalam darah utk masalah diabetis 
  • melancarkan peredaran darah nak tidak mudah merasa lemah atau kebas-kebas kaki, 
  • Mengelakkan Kanser
  • Mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan
  • meningkatkan kolestrol "baik” HDL dan mengurangkan paras kolestrol  
  • mengurangkan keradangan yang kronik
  • Mengurangkan pembentukan batu karang
  • anti bakteria dan kulat
  • mengawal keseimbangan hormon


Contoh makanan yang dikategorikan merah  epal merah, semua jenis berries,strawberi, pir plum,delima, prun , anggur merah, anggur ungu, bawang merah, kobis ungu, buah naga merah, tembikai, dan lai-lain lagi

4. Makanan warna kuning dan oren ~ menyokong penglihatan dan mengekalkan penghidratan kulit
Manfaat makanan ini mampu
  • mengelakkan atau memperbaiki kerosakan DNA daripada serangan radikal bebas
  • Melindungi daripada penyaki kardiovaskular
  • Melindung kesihatan mata, mengelakkan silau, 
  • Membantu dan meningkatkan kesuburan dan  berfungsi dengan baik
  • Menghalang pembentukan sel kanser dan melindung sel dari pembentukan abnormal sel
  • Penggalak imun
  • mengawal paras gula dalam darah

Contoh makan berwarna oren dan kuning
Apricots, tembikai jingga, carrots, mangga, nectarines, oren, betik, pisang kaki , labu,keledek  dan banyak lagi,

5.Biru/ungu ~ Campuran daripada pelbagai warna makanan akan menghasilkan fitonutrien makanan yang pekat mewarnai biru dan hitam. Dengan gabungan warna ini menjadikan ia "superfood" yang mengandungi pelbagai nutrien.Lebih antioksida, lebih fitonutrien, lebih mineral dan lebih vitamin
Kebaikan sumber makanan dari kumpulan warna ini adalah
  • Menguatkan dan meningkatka kesihatan buah pinggang
  • Membina semula dan menguatkan tulang
  • kandungan antioksida yang lebih tinggi utk melawan musuh
  • anti-tumor dan anti viral
  • Penggalak imun yang lebih hebat
  • meningkatkan dan menggalak metabolisma proses

Antara contoh makan berwarna biru/hitam
beri biru, , plum hitam, keledek jepun, beri hitam, blackcurrants,anggur ungu, anggur hitam,
buah zaitun hitam, kobis ungu, cendawan hitam, kacang merah, bijan hitam

Aha yang mana pilihan warna makanan anda?...kesinambungan kesemua jenis warna sumber makanan memberi kesihatan yang menyeluruh kepada kesihatan anda .

Iklan : Mencari supplement phytonutrien terbaik?  VIVIX sesuai untuk awet muda, penyakit kanser, penyakit jantung.
 






Promosi hebat sepanjang bulan Januari 
**beli 6 botol VIVIX  PERCUMA 1 botol, 
**beli 2 botol VIVIX DISCOUNT 5%
**get free membership
**cash bonus
whatsapp : 013 3320360

CheRus..healthy is priceless

**artikel ini adalah berdasarkan rujukan melalui pembacaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...