Kak rus kembali berblogging: preggy

Assalamualaikum ...Allahuakbar lamanya kak rus tak menulis blog...ya kira2 sejak mula preggy hinggalah dah selamat bersalin...hi hi ...mungkin pembawaan mengandung kali ni mmg tak suka menulis atau mengadap phone atau komputer lelama....mode takde langsung....kot mmg Allah nak kak rus totally free dan rehat sepanjang mengandung kot...ha ha yelah tu kot.semasa entry ini ditulis kak rus dah selamat bersalin masuk hari 23 hari kira kira raya ke 5 dah kira dalam pantang lagi nieh.....

kisah preggy kak rus
*************************
Saja kak rus nak cerita di sini sebagai memori utk kak rus sebelum daya ingata semakin berkurangan hik hik...almaklumla perempuan ni mudah hilang memori ...bkn apa bila kita ada blog dan kita coretkan ianya menjadi memori yg tersimpan...

sepanjang mengandung anak ketiga ni mmg nak kate banyak bende pelik sgt tu takdelah...seperti anak anak yg sebelum ni ..setiap kali mengandung alahan seperti morning sickness mmg takde..so boleh je enjoying makan makan apa saje makanan yg ada tanpa risau aha..sekali checkup utk pertama kali berat naik sekali ganda which mean purata kenaikan bg wanita awal preggy antara 400g to 500g kak rus pula naik sampai 1kilo...tp takpe..kak rus ni tak besar mana pun ...hati agak risau juga kekalau ada simptom baby besar..tp terlalu awal lagi kan nak expect bende2 ni..hi hi bkn apa rekod anak anak sebelum ni mmg lah besar bagai johan dalam perut..so tak mustahil sejarah mungkin berulang...😝😝

Ok cerita awal preggy kali ni apa yg sukar nak lawan adalah hormon malas dan kerap ngantuk!!!...hormon la sangat..😝😝😝😝...cuba nak gigih diri konon...nak lawan malas nak lawan ngantuk adiehh..tetap kecundang ..so kesimpulannya kak rus tak anggap ianya... sengaja malas tetapi pembawaan..seriuos!..ada masa terluang confirm tido..pastu kelam kabut x cukup masa nak siapkannakanak pegi sekolah mana nak bg makan.hua hua..pepandai  la adjust masa...🙄🙄..memnjang tak cukup masa je!

Dari segi pemakanan kak rus takdelah jenis mengidam sesangat apa apa yg pelik..tp masa awal preggy tu tekak nak  rasa nak makan tembikai..ha ha makan le tembikai banyak..sebiji besar seorang makan pun jalan...bila dapat makan tu ya Allah rasa nikmat tu tak terhingga..sehinggalah pada suatu hari tu tgh sakit kepala kemudian makan tembikai punyalah banyak..nah tak lama kemudian tembikai yg makan banyak 2 tu keluar balik muntah...merah jah...bkn sbb loya pun ...tp sebenarnya sbb hangin sakit kepala tu..hu hu macam serik dah lepas tu nak makan bebanyak sekdar kadar je..semakin banyak bulan keinginan buah tembikai berkurangan..tapi buahan buahan lain pula ...mangga..apple...yeay preggy kali ni mmg addicted buahan je..

Aha.. Cerita pasal buahan nikan ..kak rus pernah terbaca kat mana ntah ..tips utk dpt anak perempuan dan anak lelaki..baca lama dah...tp cuba analyze sendiri apa yg kak rus baca tu..Mengikut apa yg kak rus lalui sepanjang mengandug ketiga2 anak ...

Melalui tips tu..kalau anak lelaki pemakanan ibu lebih kepada pemakan yg mengandungi protien  dan karbohidrat..macam daging, susu, yogurt, ikan dan lelain...Manakala kalau anak perempuan ni pemakanan ibu lebih kepada sayuran dan buah buahan..sejauh mana ianye benar?...klu ikutkan kak rus mmg masa anak pertama kak rus mmg suka minum susu dan makanan yg berdaging...so lahirnye pun anak lelaki..masa anak kedua mmg kak rus suka makan makanan buahan manakala yg ke 3 kali ni mmg dr awal cuba teka berdasarkan corak pemakanan yg juga lebih kepada buahan dan sayuran...hi hi hati kuat kata gigirl dan mmg sah gugirl...! So benar ke tak benar..ada benarnya juga kan????😇😇😇


Gambar yg ada sepanjang preggy..huaaaa..kak rus tak suka bergambar sepanjang preggy tu...pembawakan sungguh...this  photo ttaken by anakanda rafiq secara candid..tau tau ada kat photo image handphone...

Ok nanti kak rus sambung cerita lagi ek..dah nak tidurkan baby ni...so jari jemari nak kene exercise menaip pula lepas ni...😝😝😝...sbb lama tak menulis...ok jumpa lagi di next entri

Kak rus
Ibu of 3 kids





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...