Kaedah penyimpanan susu perahan

Salam,

Hasil susu perahan dated 5 April 2011.(sebelah sahaja)


Kali ni nye entry sy nak bercerita pasal kaedah penyimpanan susu perahan...sekadar berkongsi ilmu utnuk disebarkan-sebarkan.Walaupun sy dah practiskan kaedah ini..tetapi kekadang tu boleh lupe juga..atau terdapat maklumat tambahan yang kita tak sedari.Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Terdapat kaedah tertentu untuk menyimpan susu yang diperah untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Ini adalah kerana susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas simpan susu perahan yang sesuai digunakan seperti:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA
  • Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • Breast milk storage liners yang memang dikhususkan yang digunakan menyimpan susu perahan


Suhu
Tempoh ketahanan
Suhu bilik
19 hingga 26 °C
 4 jam
Bekas penyejuk (cooler bag/box)
kurang 4 °C
12 – 24 jam
Di dalam peti sejuk
kurang 4 °C
7 hari
Peti Sejuk (Freezer/beku)
(-18 hingga -20 °C),
3 hingga 6 bulan * ada rujukan lain 12 bulan


Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk (Sumber: Le Leche League)
 Sharing is caring, jadikan ianya sebagai panduan bersama

Wassalam

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...