Showing posts with label medela freestyle. Show all posts
Showing posts with label medela freestyle. Show all posts

Cerita pasal raya lagi..

Salam he,,he..nak sambung cerita pasal raya hari raya lg..tp kali nie lebih kepada breastfeeding...ok masa bulan puasa.. pertama kali lah aku mengambil supplement utk membantu aku dalam mengharungi bulan puasa dan menjalan tugasan sebagai housewife& breastfeeding mom...aha..mesti ade yang ingat ala housewife pun nak ambik supplement ker?..he..he untuk pengetahuan semua..menjadi housewife with baby adalah 10x lebih penat berbanding bekerja...ha..ha...jgn tak terkejut ya...dan kebetulan ada kawan yang approach supplement nie..so fikir punye fikir ape salah nye nak cuba kan...mmm..alhamdullillah terdapat perubahan dan mmg banyak membantu dari segi penghasilan susu..dan sgt2 bersyukur juga dapat melaksanakan ibadah puasa dgn cukup sebulan...

Ok now cerita masa bulan raya pulak..hari pertama raya..aku mengalami bengkak di bahagian payudara..amat sakit  bila disentuh dan terasa ade ketulan kecil di dalam payudara... mm..mcm bengkak ketika masa confinement pulak..tetapi ketulan tu lebih kecil...then..push aimi to direct feed..tp almaklumlah baby gugurl kejap2 je susu..then lebih excited nak main...aduhai..then nasib lah aku bawa medela freestyle tu...so keluarkan susu dengan menggunakan pump..alhamdullilah kurang rase sakit tu...dan beransur2 hilang...then raya ke 3 perjalanan beraya aku diteruskan ke batu pahat..the next day selepas beraya di batu pahat..perjalanan ku diteruskan ke temerloh bersama keluarga mertua..hu.hu..agak jauh..juga..dah berapa kali tido pun tak juga sampai..singgah ke segamat..letih ko nyah..ok..dalam perjalanan terasa ketulan kecil kembali semula dan semakin lama semakin terasa sakit...bg direct kat aimi pun bengkak tidak semakin susut...then tahan jela...sakit..after 1 day berada di temerloh sakit semakin menjadi-jadi dan badan mula lemah dan shaking..dan terus demam...ingat nak pump terus mamndangkan aimi tak berapa banyak nak susu...cari punye cari pump..tertinggal  da...di kampung kota tinggi..aduhai..mane tak demam...then pakse la juga aimi susu banyak2 sikit dan kerapkan bg kat dia..tido le sesame.seharian...appun masih tak kurang juga..sakit..last2 MIL suh gi klinik..aku pun dah x tahan sakit pergi juga..so Dr bagi ubat demam dan antibiotik takut ade jangkitan kuman...lepas pengambilan ubat..alhamdullilah semakin pulih dan bengkak beransur kurang..ceria sikit..yang menjadi pertanyaan aku iyelah adakah ketika penyusuan ketika 6 bulan masih mengalami bengkak mcm confinement atau adakah kesan pengambilan supplement di mana peningkatan penghasilan susu?..wallahualam...

ok..abis cerita nie..nak tau supplement ape sy gunakan...sy akan cerita lepas nie ya...





My baby photo after 3 months fully breastfeeding

Salam,

Hi..today i'm going to write a little bit story of my baby..alhamdullilah..Aimi 3 months already..Thanks God bg peluang untuk terus hidup memikul tanggungjawab sebagai ibu...selama itu juga sy masih mampu untuk memberi susu ibu kepadanya..secara exclucisve.Masih jauh perjalanan untuk sy lalui pengalaman breastfeeding..mampukah atau tidak selalu bermain difikiran saya..hanya kesabaran dan masa yg dapat ditentukan..insyaAllah..akan kuteruskan perjuangan ini..semoga aku mampu..seronok melihat perkembangan anak didepan mata..pengalaman anak pertama..terpakse hantar ke taska..tak brp nampak perkembangan secara langsung...apepun sy masih bersyukur..now semua depan mate..aimi can meniarap sendri seusia 2 and half month..cepat kan...kenaikan sebulan dalam purata 1 kg sebulan ..3 months sudah 6 kilogram..montel sungguh anak ibu..rase sgt gumbira tgk anak membulat..dgn berketul..hasil dari susu badan...puas hati dan sgt2 bersyukur, aimi tidak megalami demam sepanjng tempoh 3 bulan ini...kene inject pun ek! sikit je.tak nangis pun...


ape yg sy boleh nampak dari air muke aimi..dia seorg yg sabar...tidak banyak ragam..suke ketawa...suke 'bubling'. suka ajak berbual tp kene ikut bahasa dia la...tanda2 banyak ckp ker...?


ketibaan tempahan bulan April

Salam,

Sebagai pengumuman tempahan bagi bulan April telah pun selamat tiba.  kepada puan-puan/ibu-ibu  dan bakal ibu yang telah menerima breastpump freestyle mereka diharap anda berpuas hati dan selamat mengepam dan sesungguhnya susu ibu adalah yg terbaik. Untuk makluman juga, minggu depan stok baru medela freestyle akan tiba. hanya tinggal   3 unit sahaja yg masih belum ditempah. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli ready stok sila berhubung dengan saya dengan kadar segera. 




Sekian dulu.

Kaedah penyimpanan susu perahan

Salam,

Hasil susu perahan dated 5 April 2011.(sebelah sahaja)


Kali ni nye entry sy nak bercerita pasal kaedah penyimpanan susu perahan...sekadar berkongsi ilmu utnuk disebarkan-sebarkan.Walaupun sy dah practiskan kaedah ini..tetapi kekadang tu boleh lupe juga..atau terdapat maklumat tambahan yang kita tak sedari.Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Terdapat kaedah tertentu untuk menyimpan susu yang diperah untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Ini adalah kerana susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas simpan susu perahan yang sesuai digunakan seperti:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA
  • Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • Breast milk storage liners yang memang dikhususkan yang digunakan menyimpan susu perahan


Suhu
Tempoh ketahanan
Suhu bilik
19 hingga 26 °C
 4 jam
Bekas penyejuk (cooler bag/box)
kurang 4 °C
12 – 24 jam
Di dalam peti sejuk
kurang 4 °C
7 hari
Peti Sejuk (Freezer/beku)
(-18 hingga -20 °C),
3 hingga 6 bulan * ada rujukan lain 12 bulan


Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk (Sumber: Le Leche League)
 Sharing is caring, jadikan ianya sebagai panduan bersama

Wassalam

    Last order arrival

    Salam,

    Sebagai pengumuman untuk last order sebelum penutupan order telah pun sampai..to Puan Anis..sy akan mengambil tindakan segera untuk penghantaran FS. terima kasih kerana sabar menunggu dan terima kasih di atas tempahan puan.

    Untuk makluman semua, pembukaan order akan diumumkan tidak lama lagi. sila berhubung melalui email or sms untuk keterangan lanjut.Sekian harap maklum.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...