Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Promosi : Medela Breastpump [ Ready STOCK]

Assalamualaikum..

Bagi ibu-ibu yang ingin mencari  breatspump yang bagus, berquality, murah dan practical boleh pertimbangkan dari brand MEDELA. Jenama yang dipercayai dan berquality .

 Promosi jualan SAH sehingga 31 Julai 2013



sms/whatsapp for promo price


Jangan lupa CheRus call/sms/whatsapp 012 3320460 untuk pembelian ye.
Happy breatsfeeeding.






zon susu ibu : Dapatkan Panduan Penyusuan Susuibu Bekerjaya


Assalamualaikum...entry  untuk hari ni berkaitan penyusuan susu ibu. Iklan ni bertujuan memberi kesedaran dan menggalakan penyusuan susu ibu. CheRus terpanggil untuk iklankan page ni memandangkan sejak kebelakangan ni  CheRus menerima banyak pertanyaan  tentang kaedah penyusuan EBM. dan dari situ CheRus dapati dan membuat  kaji selidik rata-rata ibu telah memberi dan mencampurkan susu formula kepada bayi mereka selepas mereka kembali bekerja. Kenapa campur? jawapan mereka susu kurang......kesimpulannya adalah kurang ilmu dan tidak bersedia untuk memberi penyusuan sepenunhnya.

Apa kata ambil initiatif  lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan supaya anda lebih bersedia.

Persoalan yang perlu di ambil perhatian bagi yang bakal melahirkan!

adakah anda bersedia untuk menyusukan bayi anda secara exclusif sepanjang 6 bulan pertama? mahupun selama mana ia disarankan dan adakah anda wanita bekerjaya?..adakah anda memahami kaedah penyusuan EBM?

ramai wanita/ibu masih tidak memahami kaedah penyusuan susu ibu dan tidak memahami kaedah EBM yang mana memerlukan sedikit ilmu dan panduan untuk melaksanakannya. Kebanyakkan mereka telah mencampurkan susu formula seawal mereka telah bermula kembali bekerja

Bagi ibu, wanita yang bakal melahirkan atau baru melahirkan saya amat menyarankan anda mendapatkan E-Book "Rahsia dan panduan lengkap penyusuan susu ibu bekerjaya" supaya anda bersedia dan tidak mudah ambil jalan mudah dengan memberi formula milk kepada bayi anda.

Adakah anda tahu 'formula milk' adalah sangat mahal dan tidak mempunyai kehebatan yang sama seperti SUSU IBU. Kebanyakan pengeluar-pengeluar susu formula berusaha untuk mendapatkan formula terbaik bagi menyamakan susu formula dengan susu ibu.Namun masih belum tertanding...

Susu ibu sentiasa yang Terbaik...!! untuk mendapat ebook ini boleh call/sms/whatsapp 012 3320460 atau pm Mom Simple Shop. Juga boleh terus ke www.zonsusuibu.com untuk pembelian.

Happy Breastfeeding
Salam manis dari CheRus.





sambungan entry sebelum nie..tabiat pemakanan

Assalamualaikum...

aduhai..lamanya CheRus x update blog...hu..hu..tak berkesempatan...owh masa kenapa berlalu dengan pantas..tup tup dah sebulan juga tidak update..he..he...ye ye..je cite pasal topic seterusnya..punya lah lame menunggu....ok2..jom baca kisah perjalanan penyusuan CheRus nie..

Baikla by today Aimi genap 1 tahun 10 bulan ..still counting...nampak gaya..budak kecik AIMI nie sgt nak lekat dgn ibu dia..weee....terlebih manja dgn ibu.tp bila dia milk jela...pastu tak ingat ibu kejap...layan dgn sesape yang dia suka sgt2 peramah...selalu happy...dan tidak takut dgn org...u smile at her and of coz she will smile at u...bha..ha semakin membesar semakin slim badan dia..hi..hi tapi sihat..bijak n pantas...sudah pandai bercakap di usia setahun 6 bulan...hi..hi ramai juga yang kata dia cepat bercakap..bw jumpa  org yg tidak dkenali. al makumla business kan jumpa mesti ramai..and mostly jenis 1st time jumpe..

Baikla..berkisarkan kepada topic sebelum nie CheRus membuat perbandingan penyusuan susu ibu secara directfeeding  dan EBM ..melalui apa yang CheRus alami tau..

Melalui pemakanan...kedua2 anak CheRus mempunyai selera makan yang agak berbeza..di mana Rafiq mmg agak sukar nak makan..mesti terjerit2 bagai bila suruh makan....while Aimi..dia yang akan tanya " ibu nak akan"..ibu nak akan"...siap berjalan ke meja makan dah ready to eat..wah2...ibu mengelabah nak menyiapkan masakan..hu alah...masalah kurang selera makan tidak begitu ketara berbanding abg dia....

Cer tgk mangkuk siapa yang abis?....berselera Aimi makan..well abg dia mmg lebih suka minum susu sahaja...*Rafiq hanya dapat menikmati penyusuan susu ibu secara EBM selama setahun sahaja

So secara pemerhatian dan pengamatan CheRus baby breastfeeding tidak banyak karenah dalam pemakanan..mmg ada benarnya Melalui perbincang group bersama pakar di Susuibu.com yang CheRus sempat join, mmg itu juga yang diperkataan..kerana melalui susu ibu bayi tersebut sudah terdedah dengan kepelbagaian rasa...so makan ape pun tidak lah terlalu org kate "picky eater"..hmm... oh ya..CheRus ada tertengok sesi perbincangan mengenai penyusuain susu ibu di wanita hari ini di mana tetamu undangan nya pelakon Dinaz,,juga menyatakan anak dia juga tidak mempunyai masalah "picky eater" seperti bayi lain yang lebih menggunakan formula milk...

So perbandingan ini menjadikan ilmu dan semangat untuk CheRus meniti hari hari seterusnya untuk meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu secara  direct feeding tanpa formula milk..insyaAllah..kan...dan terbukti SUSU IBU mmg HEBAT!..Direct feed lagi HEBAT...kenapa?...cerita selanjutnya,.di entry berikutnya...

Salam manis dari CheRus

*Note : sy amat menyarankan ibu2 menyusu mengamalkan pengambilan vitamin kerana ianya sgt2 membantu..ingin maklumat lanjut boleh hubungi cherus atau terus ke page or link di sini..happy breastfeeding

After 1 year 9 months fully breastfeeding

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah...masih ada kudrat dan idea utk menaip...ye tgk title pun rasa nak senyum je...ok2 rasanya lama cherus tk cite pasal my breastfeeding journey...well as at today aimi already 1 year 9 bulan...5 months to go!..syukran2 masih mampu untuk memberi my little aimi fully breastmilk segar dr ladang...hi..hi..maksudnya bukn perahan, bukan EBM bukan FM...hi..hi...dah besar dah aimi...semakin bijak..semakin creative dan semakin enjoy and stressss pun turun naik...hu..hu..biasala kan..antara sabar dan x sabar je ibu dia nie...

Gambar masa budak2 nie kecil lagi...

gambar terbaru..anak-anak CheRus

Bercerita mengenai breastfeeding dan secara langsungnya CheRus mmg menjual breastpump dan tidak ketinggaln menjual product shaklee yng CheRus rasa kalau tanye ibu2 breastfeed musti tau lah..ape dia kan..kan..dan dah tentu yang paling mendapat perhatian dan permintaan adalah vitamin utk breastfeeding! Ya semua berkaitan breastfeeding...yeah cerita yng CheRus hightlight dalam blog ni juga adalah perjalanan penyusuan CheRus secara peribadi an ianya juga berkaitan breastfeeding..he..he...dgn perjalanan hidup ini jugalah menjadikan cherus  berjumpa dengan pelbagai ragam...manusia , cerita, dugaan, kelebihan kekurangan seseorang itu ...sedih..dan gembira..Alhamdulillah CheRus rasa CheRus dikelilingi dengan org2 yang baik...walau hakikatnya ada yang tidak bertemu muka...ok...teeettttttt....kita stop dulu cerita pengalaman peribadi..smbung dilain entry..nak hightlight cerita pasal breastfeeding...ok naaa...baca je ek...sharing the good things n hope benefit to uols juga...ek..ooraaait..

Honestly breastfeeding is very challenging...cherus masih dalam fasa to complete the sunnah..sehingga 2 thn..ye knp 2 thn?..masih belajar ni..nak tau juga..as at today...dan menuju ke 2 thn ini...mmg bnyk perkara yg terlintas dan mengajak cherus berfikir..oo ini kelebihan breastfeeding..tu yg seeloknya CheRus catatkan untuk dikongsi atau dijadikan panduan ..Sebelum itu, apa yg CheRus  nak hightlight  dan tuliskan  kan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan permerhatian CheRus tau ..sekiranya apa yg tulis tidak berdasarkan fakta..atau diluar logik itu adalah pandangan peribadi CheRus..sahaja..
Alhamdulillah setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...pengalaman diberhentikan kerja..membawa hikmah yg CheRus rasa lebih kepada kebaikan..dimana CheRus berpeluang utk menikmati hikmah penyusuan susu ibu secara dua2 situasi iaitu penyusuan melalui EBM  (anak 1st) dan penyusuan secara DIRECT FEEDING(anak 2nd) dan ini  secara tak langsung memberi pengajaran dan ilmu untuk dikongsi bersama...apa yang dapat disimpulkan utk kedua2 situasi in ternyata terlalu berbeza hasilnya..Syukur sekali lagi..kelebihan yng tuhan kurnia kan kepada CheRus mempunyai  anak cukup utk dibezakan secara jantina  dan  keadah penyusuan nya..secara kesluruhan..

Penyusuan secara EBM

Bagi ibu yang bekerjaya kaedah penyusuan EBM adalah kaedah terbaik yang boleh digunakan..keadah ini harus dipelajarai bg bakal2 ibu sebelum kelahiran berlaku...keadah ini bagi memastikan bayi atau anak akan terus menikmati penyusuan susu ibu...selama mampu berbanding susu formula. Semangat dan daya tahan diri utnuk meneruskan penyusuan susu ibu perlu ada dalam membudayakan keadah ini. Walaubagimanapun terdapat factor2 yang menyebabkan seseorang ibu give up dalam meneruskan perjuangan meggunakan kaedah ini. seperti factor tempat kerja...masa, stress, letih, keadah persekitaran rumah..bebanan kerja termasuk juga kewangan..ini kerana ianya tertanggung ke atas  diri ibu sendiri.kenapa CheRus kata diri ibu sendiri?..semangat lawan antara factor2 yg ditulis itulah yg ibu kene lawan...kekadangan ..kedanag bila di suatu tahap.factor di atas tidak dapat ditanggung oleh ibu itu sendiri..maka menjadikan penghasilan susu akan merundum dan terpaksa mengambil langkah seterusnya formula milk...bg yang housewife juga tidak terlepas dgn pelbagai cabaran itu nanti CheRus cerita ek...

Perkara lain mengenai EBM ini kerisauan mengenai berapa banyak stok susu yang diperlukan...ibu2 yang bekerjaya tertakluk kepada masa. komitemen terhadap kerja...pengahsilan susu ibu juga boleh terganggu dengan sentiasa dikelilingi perasaan bimbang utnuk mencukupkan stok...hakikatnya ibu menyusu perlukan rehat yang mencukupi....so daya tahan dan semangat juga yg menentukan kamu mampu ke tidak?...

tahap ke segaran susu EBM dan Perbandingan Direct Feeding
Pandangan peribadi CheRus, EBM masih susu terbaik berbanding susu formula..susu terbaik adalah susu yang diberi secara DIRECT FEEDING. Melalui dua anak yang berbeza kaedah ini terbukti mmg ternyata berbeza. Berbeza dalam melawan penyakit, berbeza dari segi tahap kesihatan ,dan berbeza dalam memilih pemakanan. MEMANG BENAR SUSU IBU menguatkan imun sistem bayi dalam melawan penyakit...hu..hu ttteeeeeeetttt....penat menaip nie..kita jumpe lain masa ek..ada tugasan yang perlu dilakukan..insyaAllah Sambung seterusnya ...

Kesihatan anak,pemakan anak2, melawan penyakit, housewife vs bekerja..tungggguuuuuuuuuuuuuuuu...

owh ya sekiranya berminat untuk mendapatkan ESP dgn harga istimewa...(promosi sepanjang bulan october saja tau...sila la PM/SMS/whatsapp cherus ya 0123320460..



Kaedah penyimpanan susu perahan

Salam,

Hasil susu perahan dated 5 April 2011.(sebelah sahaja)


Kali ni nye entry sy nak bercerita pasal kaedah penyimpanan susu perahan...sekadar berkongsi ilmu utnuk disebarkan-sebarkan.Walaupun sy dah practiskan kaedah ini..tetapi kekadang tu boleh lupe juga..atau terdapat maklumat tambahan yang kita tak sedari.Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Terdapat kaedah tertentu untuk menyimpan susu yang diperah untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Ini adalah kerana susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas simpan susu perahan yang sesuai digunakan seperti:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA
  • Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • Breast milk storage liners yang memang dikhususkan yang digunakan menyimpan susu perahan


Suhu
Tempoh ketahanan
Suhu bilik
19 hingga 26 °C
 4 jam
Bekas penyejuk (cooler bag/box)
kurang 4 °C
12 – 24 jam
Di dalam peti sejuk
kurang 4 °C
7 hari
Peti Sejuk (Freezer/beku)
(-18 hingga -20 °C),
3 hingga 6 bulan * ada rujukan lain 12 bulan


Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk (Sumber: Le Leche League)
 Sharing is caring, jadikan ianya sebagai panduan bersama

Wassalam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...