Kaedah pumping yang berkesan

Salam,


Kali nie entry  mengenai kaedah pumping yang boleh membantu penghasilan susu..yea actually jadikanlah ianya amalan..bagi saya pengalaman lalu memberi pengajaran pada hari ini dan masa hadapan bagi memperbaiki kelemahan lalu dan sesuatu ilmu yang diperolehi amatlah lebih bermakna sekiranya dapat dikongsi bersama..amal jariah juga tu...insyaAllah...walaupun sy nie bukanlah pumping mother (I am directfeed mother)...but it is good to know while having the same situation in future at least ada rujukan ada ilmu..tak ingat takpe tetapi mind ready to know more so tak lah gelabah...ape kate baca kisah ini jadikan panduan bersama

credit to MommaMia a.k.a Alin

"Hyperstimulation dan power pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.  Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya.


Daripada beberapa pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah : double-pumping selama 60 minit.

Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60  minit.  Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi period, apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.  Sebaiknya lakukan kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan) sangatlah berlemak. Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita(sebab itu kita sarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insyaallah disebabkan pengambilan alfafa).

Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen.

Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah.  Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu."

Yes kalau nak ikutkan mmg penat letih dengan dangan tugasan harian di pejabat dan di rumah. Harunginya dengan sabar dan berdoa kepada Allah semoga segala urusan harian kita dipermudahkan.


Baru2 nie ada customer meluahkan perasaan sedih nya  tak sempat mengeluarkan susu dan mula stress dengan keadaan kerja yang sememangnya dikelilingi golongan lelaki..perasaan malu...keadan kerja yang kene travel..keaadan kerja yang kerap bos panggil...dia sedih tiada masa...tgh sesi pumping bos panggil...mmmm..susu pun dah mula drop....sian bila dengar....saya mendoakan beliau semoga dapat  mengharungi waktu sukar tu dgn penuh kesabaran dan tekad yang tinggi..laluinya dengan tabah dan terus  kan semangat untuk terus memberikan anaknya dengan susuibu.Sy juga berharap semoga beliau dapat menggunkan tips dan nasihat yang dikongsi bersama..


Salam manis dari CheRus

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...