Showing posts with label alfafa. Show all posts
Showing posts with label alfafa. Show all posts

Pilihan set penyusuan dari Shaklee

Assalamualaikum....

Assalamualaikum..masih mencari set penyusuan yang bagus dan selamat? Jom ibu-ibu pilih dan customise mengikut keperluan..Perlukan lebih penjelasan? sila baca fungsi setiap set yang dicadangkan ini.



[Info sharing]

Pengambilan supplemen adalah salah satu usaha.. Salah satu checklist yg perlu ada dlm menjayakan penyusuan... Bagi ibu2 menyusu yang dah merasai suplemen shaklee, mereka mengakui supplemen sangat membantu melancarkan penghasilan susu. Tetapi harus diingat, CHEKCLIST yg lengkap dlm menjayakan penyusuan adalah gabungan tubuh yang sihat, Supply Vs Demand (kene kerap pam), pemakanan yang menepati Piramid Makanan dan diet seorang ibu yg menyusukan anak. Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT dan akhir sekali Istiqamah iaitu konsisten.

Supplemen shaklee bukan sekadar “Milk Booster”. Manfaat yang diperoleh terlalu banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan (sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dll) Senang cerita it repair, rejuvenate, and nourish tubuh kita dari dalam sehingga ke luaran.Shaklee suplement adalah satu usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan anda.

Berikut fungsi setiap2 vitamin yang disuggestkan yang terdapat dlm set basic dan optimum :

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita).Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty

Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu

Kalsium@ Ostematrix
Dalam susuibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali.Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum...ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir


Apa kebaikan ESP @ Energizing Soy Protien?
Komposis vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Omega guard pula boleh baca info di link ini
====================================

best price boleh pm Mom Simple Shop sms/whatsapp 012 3320460.
Happy breastfeeding

Kaedah pumping yang berkesan

Salam,


Kali nie entry  mengenai kaedah pumping yang boleh membantu penghasilan susu..yea actually jadikanlah ianya amalan..bagi saya pengalaman lalu memberi pengajaran pada hari ini dan masa hadapan bagi memperbaiki kelemahan lalu dan sesuatu ilmu yang diperolehi amatlah lebih bermakna sekiranya dapat dikongsi bersama..amal jariah juga tu...insyaAllah...walaupun sy nie bukanlah pumping mother (I am directfeed mother)...but it is good to know while having the same situation in future at least ada rujukan ada ilmu..tak ingat takpe tetapi mind ready to know more so tak lah gelabah...ape kate baca kisah ini jadikan panduan bersama

credit to MommaMia a.k.a Alin

"Hyperstimulation dan power pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.  Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya.


Daripada beberapa pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah : double-pumping selama 60 minit.

Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60  minit.  Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi period, apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.  Sebaiknya lakukan kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan) sangatlah berlemak. Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita(sebab itu kita sarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insyaallah disebabkan pengambilan alfafa).

Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen.

Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah.  Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu."

Yes kalau nak ikutkan mmg penat letih dengan dangan tugasan harian di pejabat dan di rumah. Harunginya dengan sabar dan berdoa kepada Allah semoga segala urusan harian kita dipermudahkan.


Baru2 nie ada customer meluahkan perasaan sedih nya  tak sempat mengeluarkan susu dan mula stress dengan keadaan kerja yang sememangnya dikelilingi golongan lelaki..perasaan malu...keadan kerja yang kene travel..keaadan kerja yang kerap bos panggil...dia sedih tiada masa...tgh sesi pumping bos panggil...mmmm..susu pun dah mula drop....sian bila dengar....saya mendoakan beliau semoga dapat  mengharungi waktu sukar tu dgn penuh kesabaran dan tekad yang tinggi..laluinya dengan tabah dan terus  kan semangat untuk terus memberikan anaknya dengan susuibu.Sy juga berharap semoga beliau dapat menggunkan tips dan nasihat yang dikongsi bersama..


Salam manis dari CheRus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...